Tuesday, December 10

SIBUKNYA DIA

Assalammualikum.. alahai, lama juga ya menyepikan diri. Sibuk sangat sebenar - benarnya dengan kerja - kerja di pejabat, ada tempahan brooch Afra Cumil Craft.. sekarang dah mula kuliah untuk semester ke - 6. Bermakna tinggal 1 tahun lagi la ni sa jadi student. Tak sabar nak habiskan.

Seminggu ni bersengkang mata menyiapkan tempahan pelanggan.. Alhamdulilah rezeki. Sebelum - sebelum ni pun ada juga buka gerai jualan, Alhamdulilah ramai juga yang singgah membeli terutamanya membeli brooch jenis yang ni.
Pengalaman pertama tuk sa sebenarnya membuka gerai jualan Afra Cumil Craft, selalu online jer. Mula - mula tu rasa segan konon. Dah ramai yang singgah membeli, rasa seronok lak, siap promot lagi beli sepasang percuma 1..ekeke. InsyaAllah kalau ada kesempatan, ada rezeki, sa akan buka gerai Afra Cumil Craft dimana - mana sahaja.

InsyaAllah kalau ada kelapangan pasti akan bercerita lagi..

No comments:

Post a Comment