Thursday, May 28

BERSAWANG



Alahai my love blog…bersawang dah?..ekeke.. apalah nasib ko ya blog.. Cik Afra ni dah sibuk sekarang ni…ehhh Cik lagi ker… kerr Puan Afra…ekekek. Yang tu nanti – nantilah cete kan.. sebab nak buat rangkuman cete tu sekali harung dari memula sampai jadi. Takut juga nak cete bebanyak sebab baru separuh jalan.. ekeke.

Entah lerr.. sejak dah habis study ni semakin kurang aktiviti yang sebelum ini menjadi aktiviti wajib. Kalau dulu time study boleh lagi membuat brooch tuk Afra cumil Craft..sekarang ni dah ada seseorng wujud dalam hidup… yang telah mengubah aktiviti itu menjadi tiada… ekekek. Banyak sebenarnya nak di cete tapi masa itu terlalu mencemburui diri ini. Lagi satu hal.. laptop pula ada masalah. 

Sekarang ni menanti hari yang berbahagia, banyak benda nak fikir lak… ekeke. insyaAllah.

Sunday, January 4

CETE KAT MANILA YANG LAMBAT POST - 4th DAY

4th day – 03 November 2014

Patutnya jam 11pagi ni saya ada exam paper structural Analysis..kecewa gak tak dapat joint kawan – kawan.. terpaksa ler exam sorang – sorang nanti. Semalam lagi dah pesan kena gerak sebelum jam 6 pagi ke airport sebab hari ni hari isnin, hari bekerja dan jalan akan sesak. Sampai jer kat airport.. memang agak lambat juga urusan di kaunter. Sambil menunggu pintu gate dibuka, sempat juga saya membaca nota – nota yang saya bawa untuk exam esok. Akhirnya sedia untuk berlepas, masa dalam penerbangan tu sempat lagi ambik gambar dari atas kapal.. ekeke. Alhamdulilah, jam 11 pagi kami sampai di Sabah.. gembira sangat – sangat dah balik..



Pada kawan – kawan yang berminat nak melawat pi negara yang susah nak cari makanan halal ni.. kalau ada masalah pasal makanan, bawalah siap – siap mee meggi dalam cup tau biskut.. ada juga pilihan lain iaitu beli buah – buahan kat sana. Pada orang pempuan, bawalah siap – siap tisu, tisu basah dan air botol kecil masuk dalam beg.. tandas dorang memang bersih, tiada lantai basah pun.. rupanya kat dalam tu tada langsung air buat basuh..kalau nak buang air besar cam mana? Tandas cantik..tapi penggunanya pengotor.. tak basuh.. kita jangan jadi cam dorang.

Banyak lagi gambar nak uplod..tapi masa agak membataskan hari ni.. dah lapar..

CETE KAT MANILA YANG LAMBAT POST - 3rd DAY

3rd  day – 02 November 2014

Awal lagi saya terjaga pagi ni untuk mentelaah. Jam 8 pagi lagi saya dah turun kebawah, Mr. Menrad dah tunggu sebab nak bawa saya pi sarapan kat kedai makan halal semalam tu. Awal pagi makan nasi putih.. ekeke.. lauk daging cincang masak kari ke apa tu.. ekeke.. sup kacang dal.. ngap jer.. janji kenyang. Sambil cete – cete ngan Mr. Menrad.

Nasihat cik afra ler yer.. kalau boleh belajar ler cakap bahasa English.. sepatah dua kata pun boleh bah.. bila kita di Negara orang ni, sepatah haram pun kita tak faham bahasa dorang. Diaorang pun bahasa English diaorang betabur..ekeke.. jadi biar sama – sama pakai broken English..ekeke janji faham.

Habis sarapan, balik semula ke hotel ambil kawan – kawan untuk aktiviti hari ini. Rupanya kawan sebilik saya ni belum lagi siap sarapan. Sebelum saya turun bawah, saya dah kejut dah dia..Turun lambat kata kawan – kawan. Boss dah lain macam.. semalam kawan ni pi masuk bar minum - minum, patut ler lewat bangun.. pening mamai – mamai dan tak mandi pulak tu..ekeke.. Ada ku kisah.

Perjalanan bermula pada hari ini menuju ke kota lama yang penuh dengan sejarah. Bila pandang bangunan – bangunan yang ada, saya teringat banguan – bangunan lama di negeri Melaka. Selain daripada itu, kami dibawa meninjau kesuluruhan kawasan kota lama ini menaiki kereta kuda.. cian lak kat kuda tu.






Dah habis ronda – ronda, kami di bawa ke china town.. masa untuk bersoping sakan. Masa sampai sana pun dah tengah hari, jadi makan tengahari dulu. Ada juga satu kedai makan halal.. masakan parsi katanya. saya telan jer lah walau pun masak dagingnya dia bubuh banyak sangat serbuk kunyit. Diberi masa 2 jam setengah jer oleh boss tuk soping – soping. Yang saya nak juga soping – soping beli tuk buat ole – ole jer.. sekali kawan – kawan ni 1 jam pilih baju baru kat satu kedai. Banyak sangat kedai sini, barang – barang dia agak murah la juga, baru tingkat 1.. nun lagi 2 tingkat. Leceh gak tunggu dorang. Masa soping dah tamat..

Last sekali singgah kat asia mall.. semua barang branded je kat sini. Tak payah la beli kami kata. Jenama Adidas apa semua tu harga kat tempat kita lebih kurang je.. berat beg je bawa nanti. Jamu mata jer dengan kat dalam.. kat dalam mall ni ada satu ruang khas untuk main luncur ais.. seronok gak tengok budak – budak yang dah mahir main lari – lari. Ada yang baru belajar tu.. takut – takut nak meluncur. Kawan – kawan ni ada juga yang berminat nak masuk.. tapi tak berani nak pi Tanya. Akhirnya.. tak jadi..ekeke..



Balik hotel dah.. penat.. nak kemas semua barang – barang. Esok dah nak balik. Ada gak mak sms Tanya khabar.. cian dia.. cakap kat mak jangan call.. sebab 1 sms pun dah kena potong rm0.50.. suruh sms je. Bgi tau kat mak esok dah nak balik.. dia senang hati la tu.

CETE KAT MANILA YANG LAMBAT POST - 2nd DAY

2nd  day – 01 November 2014

Jam 9 pagi semuanya sudah berkumpul di ruang legar hotel. Mr. menrad pun dah sampai. Hari ni destinasi kami adalah “Tagaytay”. Jauh jugalah nak kesana, sepanjang perjalanan memang mata tak nak lelap pun. Sampai disana, dari kawasan parking kereta, kami dibawa naik ke kawasan puncak atas menaiki Jeepne, sejenis pengangkutan ala – ala van penumpang yang cukup unik. Tagaytay merupakan kawasan tanah tinggi kalau kat sabah macam kat kundasang dimana terdapat satu kawasan mempunyai bangunan gereja.. kena panjat gereja tu baru kita Nampak kawasan sekeliling. Dari sana boleh Nampak salah satu volcano yang di bagi tahu kepada kami ia masih aktif.  


Kita sedia maklum yang Philippine ni majoriti penduduk beragama kristian, banyaklah bangunan gereja dorang. Sebelum nak datang lagi saya dah pasang niat, yang saya datang kesini Cuma nak melihat Negara orang, luaskan pengetahuan dan cari pengalaman. Sedikit pun tak terkesan kat hati bila masuk bangunan gereja diaorang ni. saya buat tak tau jer la, sebab saya pelancong.. ramai juga yang pandang..ekeke.. macam mana orang tak pandang kalau makcik sorang ni je yang bertudung..ekeke.. bayangkan diri anda yang bertudung  berada di satu tempat semua orang free hair, open you big eyes.. kemudian pusing 360°.. ada sesuatu disana yang buat saya tersenyum dan bersyukur.

Time makan tengah hari, singgah ler kat kedai makan ni, memang menarik kedai ni sebab betul – betul berada di lereng bukit dan view menghadap volcano yang masih aktif tu.. view lautan.. tetapi ini bukan kedai makan halal..ekeke, nun kat depan kedai lagi dah terpanggang seekor B***. Diaorang kesian juga kat saya sebab tak dapat joint dorang makan, saya duduk juga teman dorang makan walaupun tak makan.. saya sanggup berlapar dan sakit gastrik dari makan makanan kat sini..




Balik dari sana dah malam, baik hati juga Mr. Menrad, dia berjanji akan bawa saya pergi ke sebuah kedai makanan halal sebelum sampai ke hotel. Lapar sangat.. dah tapau makanan.. saya pun melahap kat hotel. Letih  yang teramat sangat, yang kawan sebilik ni ada aktiviti ngan kawan – kawan yang lain malam ni.. lantak korang la, yang penting saya rehat.

CETE KAT MANILA YANG LAMBAT POST - 1st DAY

Setelah 5 tahun bekerja dengan syarikat, baru – baru ni boss dengan baik hatinya membawa semua staff bercuti ke Manila, Philippine. Masa tu nak berjalan, masa tu jugalah saya final exam semester akhir.. dan akhirnya saya bawa juga ler buku pi sana..ekeke. Mentelaah kat Manila la konon..ekeke.. boleh laaa. Esok nak gerak, malam semalam baru terhegeh – hegeh pi tukar duit.. duit kita Rm7.30.. duit dorang 100 Peso.. saya tukar hampir Rm500.. dapat 6800 Peso..wekeke.. kaya makcik malam tu kejap..


1st day – 31 October 2014

Yang saya ni pula, seawal jam 6 pagi lagi bergerak dari rumah memandangkan kami bergerak pada hari bekerja, takut jalan jem ler konon.. pi rumah kawan lagi ambik kawan yang sama – sama pergi, pas tu minta yang tersayang hantar kat airport..(opss..yang tersayang?...ekeke)

Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 1 jam 30 minit dari lapangan terbang terminal 2 Kota Kinabalu terus ke lapangan terbang Manila. Sampai di sana, sudah ada Mr. Menrad selaku pemandu pelancong merangkap pemandu bas mini menunggu ketibaan kami.




Dari airport sebelum sampai ke kota raya, menyaksikkan pemandangan yang kurang sweet kalau bagi pendapat saya lah. Tak pasti pula pendapat orang. Kalau saya lah jadi pemerintah Negara dorang ni, saya akan buat pemandangan pertama pelancong mestilah yang cantik – cantik dan sedap mata memandang. Tetapi mata kami ini disajikan dengan pemandangan rumah – rumah setinggan yang tidak  teratur. Kata kawan, seperti kita berada di KK. Ini adalah kerna, kebanyakan pendatang asing yang membanjiri negeri Sabah adalah warga negara Philippine. Memang tidak dapat dinafikan, tidak jauh bezanya mereka yang ada di Sabah dan di sini. Kalau di Sabah, dorang ni suka menjual rokok – rokok haram di tepi – tepi jalan raya, jual produk kecantikan dibawah – bawah pokok.. jual macam- macam la kat mana saja dorang suka, dimana ramai orang lalu lalang, disanalah mereka ada. Siapa yang pernah datang ke Sabah, anda pasti telah temui keadaan ini. Mungkin kita patut puji semangat dorang mencari rezeki walaupun tak sedap mata memandang dan mengganggu orang ramai.

Menyelusuri jalan – jalan sebelum sampai ke destinasi sedikit rasa teruja jugalah sebab ada pelbagai perkara yang berbeza dengan tempat sendiri. Satu perkara yang saya paling puji pasal lalu lintas dorang ni. Manila ni kalau kat tempat kita macam KL. Tapi yang peliknya lampu isyarat jalan raya dorang boleh dikira dengan jari. Lalu lintas dorang memang paling sesak teruk, dua lorong boleh pula jadi tiga lorong..tapi selama berada di sana langsung tak jumpa pula kemalangan jalan raya. Kita boleh berbangga dengan kereta buatan Negara kita.. dorang kat sana lagi hebat sebab semuanya kereta import.. driver sebelah kiri.. ekeke


salah satu kenderaan istimewa disini

Perkara pertama yang bos kata adalah “makan”. Pehh.. saya nak makan apa ni? Saya  memang dah rancang nak bawa mee maggi pada mulanya. Tapi kawan ni kata ada jual kat 7 eleven.. menyesal tak sudah.. macam mana nak beli mee maggi, semuanya tada tanda halal. Diaorang bawa masuk kedai makan, terus terbantut rasa lapar apabila terpandang perkataan “Pork”. Bertabur restaurant KFC kat sana.. tapi maaflah.. Cuma mampu memandang.

Alhamdulilah, Mr. menrad ni selalu bawa pelancong muslim juga.. jadi tiada masalah untuk beliau tunjukkan dimana kedai makan halal. Tapi tu la.. mungkin agak sukar juga tuk kita yang baru sampai disini mencari dimana ada kedai makan halal… Alhamdulilah, sedap tak sedap tu belakang kira.. siap bungkus lagi satu untuk makan malam punya.




Malam pertama kat hotel, ingat nak rehat kat bilik. Tapi semua kawan – kawan nak ronda – ronda kat mall berdekatan.. ikut jugalah. Mata saya liar memandang sekeliling.. mencari wanita bertudung.. ada juga la dalam seorang dua.. jadi saya rasa saya tak pelik berada disana.  

Dah balik tu, terus rehat.. panas hati gak dengan kawan sebilik ni, dia Tanya sama ada saya nak tak  tukang urut? Dia nak dia kata, saya kata, saya tak nak. Memaksa pula tu, akhirnya dia mengalah, datang ler tukang urut pempuan tu kat bilik. Saya dah tidur, saya malas nak peduli. Sedap – sedap tidur dia kejutkan saya, rupanya nak pinjam 200 peso sebab dia takde duit kecil, rasa nak ngamuk pun ada tau, dah la tadi dia ganggu, ni ganggu lagi.. macam – macam hal. 1 jam urut 900 peso.. maaf lerr.. saya tak suka berurut.. saya geli.

DOORGIFT CUPCAKE & LOLLIPOP CUMIL

Amboi - amboi cik Afra.. watpe? Maaf la yer.. baru la ni cik Afra free buat promosi.. page Afra Cumil Craft pun sunyi sepi jer yer beberapa menjak tu. Alhamdulilah, berakhir sudah musim - musim padat tak terkata disebabkan last semester study partime. Pulun 7 subjek mau tak mendidih otak, Alhamdulilah akhirnya dapatlah result yang baik - baik sahaja.. syukur tiada subjek yang perlu nak ulang ambik lagi..

Jadi.. Cik Afra nak promo ler projek baru Cik Afra ni..Cenderahati / Doorgift Cupcake & Lollipop Cumil..ehh bukan tuk dimakan.

Cupcake Cumil

Lollipop Cumil


*** CENDERAHATI HARGA MAMPU MILIK ***


2.       Call / SMS / Whatsapp 014-2816918

Untuk Pertanyaan / Tempahan

===============================
CUPCAKE CUMIL & LOLLIPOP CUMIL
===============================
Sesuai untuk majlis pertunangan, kenduri perkahwinan,
cukur jambul, sambutan harijadi dan sebagainya.

CUPCAKE CUMIL
Borong   50pcs – 199pcs                = Rm1.80 / pc
Borong 200pcs – 299pcs                = Rm1.70 / pc
Borong 300pcs – 399pcs                = Rm1.60 / pc
Borong 400pcs – 499pcs                = Rm1.50 / pc
Borong 500pcs – 1000pcs              = Rm1.40 / pc


*** PENGHANTARAN DAN POS PERCUMA KE SELURUH SABAH,
UNTUK SEMENANJUNG / SARAWAK / LABUAN HANYA TAMBAH RM10!!!***

======================
MAKLUMAT PEMBAYARAN
======================
MAYBANK – 110108249588
PENERIMA – HARTINI BINTI MATTAHIR

Jika ada kawan - kawan yang berminat nak tempah.. boleh cari Cik Afra..Terima kasih

BERTAPA

Hari yang cerah.. aku nak bertapa.. bukan kat gua..kekek.. bertapa cari ilmu dan sebarkan ilmu kat perpustakaan ni..ekeke.. nak maraton tu cete yang banyak terbangkalai lum masuk blog.. harap - harap hari ni cete kat Manila tu hari dapat dimasukkan.. jap arr..