Wednesday, October 30

TAK PAYAH PAKAI...




Awal pagi bergerak dari rumah Ms. Herlina ke pejabat. Memandangkan kertas peperiksaan berakhir jam 4.30 petang sa teruskan saja bermalam dirumahnya, faham sangat kalau dah jam 4 petang cam ni jalan mula sesak, semua bergerak balik kerumah.

Alhamdulilah, semalam berakhirnya peperiksaan akhir untuk semester ke – 5 sa di polikk. Keluarkan apa saja yang ada, sa paling suka bab mengira – mengira ni. Lebih – lebih lagi bila sa faham jalan pengiraan memang sa suka. Terasa macam cepat pula masa berlalu ketika membuat pengiraan sampaikan tak mau lepaskan kertas jawapan tu lagi bila masa suda tamat..ekeke.. alahai bayangkan saat – saat pengawas peperiksaan tu nak ambil kertas jawapan pun sa sempat lagi minta kat dia bagi peluang tulis 1 ayat... sadis sungguh…ekeke

Sempat lagi ambik gambar sebelum exam bermula


Awal pagi tadi sarapan sendiri, selalu sarapan dengan kawan satu pejabat. Jaranglah juga makan sarapan di kedai kakak ni. Bukan tak sedap, Cuma agak jauh dari pejabat. Memang niat hati mau bersarapan di kedai kakak ni sebab kedai dia jer yang ada jual mee soto. Dari rumah Ms. Herlina lagi sa teringat – ingat mee soto.

mee soto


Sedang makan sarapan muncul kakak tokey kedai ni, dengan seluar ketat, baju lengan panjang ikut body singkat lagi menyerlahkan bontot, dan pakai tudung macam sangkut jer tudung asal – asal tutup kepala. Kalau kakak ni tak pakai tudung sa rasa tada la sa nak kata apa.. lantak la, sendiri mau ingat. Sa muhasabah diri, periksa balik diri sa sendiri macam mana dengan pakaian sa tutup aurat sebenar atau ada juga terbuka?.. tak kisah ler nak pakai fesyen apa, tapi pakai la elok – elok kalau da namanya pakai tudung. Pakai tudung lak jangan la main sangkut kat kepala jer, kalau pakai cam tu baik tak payah pakai... tak faham..


UJIAN



Letihnya mengira jawapan soalan geoteknik ni. Perlu di ulangkaji berulang kali barulah lekat kat kepala..InsyaALLAH. Alhamdulilah belum lagi ada kerja yang perlu dilakukan, sa ambil kesempatan ulangkaji pelajaran sementara ada masa yang terluang di pejabat ni. Bekerja sepenuh masa dan belajar Sembilan adalah dua perkara yang berbeza tapi cukup bermakna untuk dilakukan. Ramai juga kawan – kawan yang single cam sa ni sudah tidak berminat untuk menyambung belajar, dan ada juga yang berminat namun memikirkan kos menyambung belajar menyebabkan mereka akur untuk melupakan hasrat menyambung belajar. Semua ini rezeki masing – masing, syukur alhamdulilah ALLAH bagi sa kesempatan dan peluang.

Awal pagi tadi semasa datang ke pejabat, masa nak letak kereta, memang sa suka letak kereta di kawasan tu, tetapi telah dihalang oleh sebuah kereta. Bertanya – Tanya juga dalam hati, siapa la yang letak keretanya yang makan sampai 3 petak tempat letak kereta? Sekali keluar seorang lelaki yang seperti sa kenali, macam sa kenal, dia ker?

Ekeke.. betul la, rupanya abang Ben. Abang ni kerja sendiri, pasang, membaiki, servis aircond. Kalau peti sejuk rosak pun dia boleh baiki. Sa kenal Abang Ben ni kerna meja isterinya kak Ratna berjiran dengan meja sa di pejabat satu ketika dahulu. Sa mengenali suami isteri ini, mereka amat baik hati, bila sa lewat balik kerja merekalah yang tolong hantar sa balik kerumah. 

Bercerita tadi dengannya sekejap sebelum sa naik ke pejabat. Kesian juga dengar cerita darinya tadi, dia bagitau anaknya yang ke – 2 sekarang lumpuh dari pinggang sehingga kaki. Ini adalah disebabkan ketumbuhan di belakang si anak yang sekian lama baru dapat dikesan. Bila diambil air tulang sum – sum, doktor mengesahkan yang air tulang sum – sum anaknya sudah di jangkiti kuman. Sekarang masih lagi dalam rawatan, dan air kencing pula disahkan berkuman baru – baru ni. 

Sama – sama kita muhasabah diri, inilah ujian dari ALLAH. ALLAH telah berfirman : “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: ‘kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji bagi membuktikan keimanan mereka? Sesungguhnya Kami telah menguji orang – orang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang yang benar dan Dia mengetahui orang – orang yang berdusta’”. (Surah Al – Ankabut: 2-3)  sa doakan semoga Abang Ben sekeluarga tabah dalam menghadapi ujian. Semoga ALLAH bukakan pintu rezeki untuk mereka sekeluarga, dipermudakan urusan dunia dan akhirat..aminn.

Sunday, October 20

SEMOGA BERMANAFAAT

Pinjamkan lima minit anda untuk ini. 
Terdapat hanya 15 minit lagi sebelum masuk waktu Solat Isyak. Dia segera mengambil wudhu dan melaksanakan Solat Maghrib. Lambat, tapi pada anggapannya asalkan dia bersolat. Dia mula membaca doa dan mula bersujud dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa letih, sangat letih.

Dia tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia memandang sekeliling. Dia berpeluh semahu-mahunya.

Dia memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya. Ianya sangat sesak. Setiap tempat yang dia pandang telah dipenuhi dengan orang ramai. Beberapa berdiri kaku melihat sekeliling, ada yang berjalan mundar-mandir dan ada yang berlutut dengan tangan mereka menutup wajah mereka hanya menunggu seperti dalam ketakutan. Dia ketakutan dan berasa bimbang kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada

Jatungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat.

Ianya adalah hari kiamat!

Sewaktu dia masih hidup, dia telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan pada hari kiamat, tetapi pada anggapannya lama lagi kiamat itu akan berlaku.

Mungkinkah ini hanyalah permainan dan imaginasinya sendiri?

Tidak! Melihat keadaan sekeliling ianya kelihatan sangat benar!

Soal siasat itu sedang berlaku!

Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai dan mencari di antara orang ramai untuk bertanya jika namanya telah dipanggil.

Tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mengendahkanya. Semuanya sibuk dengan urusan mereka sendiri

Tiba-tiba nama dia dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan dan membuat satu laluan untuknya.

Dua malaikat memegang tangannya dan membawanya ke hadapan. Dia berjalan dengan lemah dan pasrah melalui orang ramai.

Para malaikat membawanya ke tengah kawasan dan meninggalkan dia di sana. Kepalanya tunduk dan seluruh hidupnya sedang ditayangkan di hadapan matanya seperti sebuah filem.

Dia membuka matanya tetapi apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya yang dipamerkan. Orang ramai semua tidak menghiraukannya.

Di dalam filem hidupnya, dia melihat beberapa babak seperti
Dia melihat bapanya berjalan dari satu rumah kebajikan me rumah yang lain, membelanjakan hartanya di jalan Islam.

Ibunya mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan tersebut dan satu meja sedang disusunkan makanan manakala yang lain sedang dibersihkan.

Dia mengaku kesnya,

"Saya juga sentiasa di atas jalan ini. Saya membantu orang lain. Saya menyebarkan perkataan Allah. Saya melakukannya. Saya berpuasa pada bulan Ramadhan. Apa yang Allah perintahkan kita untuk lakukan, saya lakukan. Apa sahaja yang Allah melarang, saya tidak lakukan. "

Dia mula menangis dan berfikir tentang betapa dia mengasihi Allah. Dia tahu bahawa apa yang dia telah dilakukan dalam kehidupannya akan menjadi kurang bermakna daripada apa yang Allah redha dan perlindungan Allah sahaja yang dia mohon kini. Dia berpeluh seperti tidak pernah berpeluh sebelum ini dan bergegar seluruh tubuhnya ketakutan

Matanya tetap pada skala timbangan, menunggu keputusan muktamad.

Akhirnya, keputusan itu dibuat.

Kedua-dua malaikat itu dengan helaian kertas di tangan mereka, berpaling kepada orang ramai. Kakinya berasa sangat lemah. Dia memejamkan matanya kerana mereka mula membaca nama-nama orang-orang yang dihukum memasuki neraka.

Namanya disebut sebagai orang yang pertama. Dia jatuh melutut dan dia menjerit menyatakan ianya salah

"Bagaimana saya boleh pergi ke neraka? Saya berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup saya, saya menyebarkan perkataan Allah kepada orang lain"

Matanya telah menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh. Kedua-dua malaikat menghampirinya dan memegang tangannya. Kakinya diseret, mereka pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam.

Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit semua kebaikan yang telah dia lakukan, bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya, dia bertanya jika seorang pun daripada mereka akan membantunya

Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.

Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat

Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata,

"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"

Dia mula menjerit,

"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"

Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Api neraka yang membahang telah membakar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa yang tinggal di dalam dirinya.

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.

Dia hanya jatuh lima atau enam kaki apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan dan ditarik kembali ke atas. Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki tua dengan janggut putih yang panjang.

Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,

"Siapakah anda?"

Orang tua itu menjawab,

"Saya solat anda"

"Mengapa kamu begitu lewat! Saya hampir terjatuh ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya jatuh"

Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,

"Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir, adakah anda lupa?"

Pada ketika itu, dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud

Dia berada di dalam kebasahan akibat peluh. Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak.

Dia bangun dengan cepat dan pergi untuk mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini

Kongsi kisah ini kepada kawan-kawan anda dan keluarga. Mungkin, anda boleh membantu seseorang membuka mata mereka.

-CaliphOfUmmah-
COPY DARI :  https://www.facebook.com/akuislamblog?hc_location=stream

Thursday, October 17

TERIMA KASIH MAK

Kata nak diet?..ekeke.. Minta maaf la kat kawan - kawan kat semenanjung. Sesungguhnya orang Sabah ni kalau bab makan pedas - pedas ni kureng sikit. Lidah - lidah ini dah terbiasa makan tak pedas, kalau pedas sikit pun dah di kira pedas la tu. Janganlah hairan ya..ekeke. Adalah juga yang suka pedas tapi kebanyakan tak berapa sangat makan pedas - pedas. Kalau ada yang datang sabah, jangan hairan kalau makanan kat sini tak pedas. Memang cam tu.. 

Alhamdulilah, malam ni masak asam pedas sabah mari.. asam pedas yang tak pedas..ekeke. Saki baki daun kesum dan bunga kantan masih ada lagi tu la malam ni sa rajin pula masak, cuma lengkuas jer yang tada kat asam pedas tadi..boleh tahan la.. (puji sendiri..ekeke) Dinner malam ni bersendirian.. 

menjadi kebiasaan sa dan adik, bila kami balik kampung memang mak tak masak, sebab dapur sudah dikuasi oleh kami berdua. Cakap jer nak makan apa pasti akan dimasak. Adik lagi yang memang suka memasak.. bila da ada tukang masak pro kat rumah, kami akan menjemput nenek, pakcik dan makcik datang rumah untuk sama - sama makan tengahari.. seronok sangat makan ramai - ramai.

Pas dinner nampak kuih bahulu yang mak kirim. Abang Long balik kampung raya haji tu, mak kirim la kuih bahulu. Cian kat mak, tak dapat nak balik raya haji tu, final exam dah dekat da. Sambil makan teringat kat mak dan ayah, apalah agaknya mak masak malam ni.. mesti sedap. 

Kuih Bahulu air tangan mak
malam ni nak sambung buat Assignment sambil makan kuih bahulu.. ekeke..jemput3 makan.

Wednesday, October 16

BUFDAY CIK NUYUN

Final exam tak lama lagi.. semua tugasan pun di saat - saat akhir ni baru pensyarah keluarkan untuk kami buat..pehh.. nak muntah hijau juga mengira. Minggu lepas sempat lagi sambut hari jadi Cik Nuyun dalam kelas. 

Para perancang






kek cokelat da mariiiii

Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar, Cik Nuyun ni orang JB, masih single lagi, comel, cute.. lagi yang paling kami suka dia mengajar dengan penuh didikasi dan ajar kami penuh kesabaran. Dah yang kami ni baya - baya dia juga jadi faham sangat la dia kami ni cam mana, tu yang best. Cik Nuyun the best. Semoga Cik Nuyun dipertemukan jodoh yang terbaik dan Allah permudahkan urusan dunia dan akhiratnya.. Aminn. Cik Nuyun jan marah - marah arr..nanti kena jual..opsss
 


HATI


Wahai hati janganlah bersedih,
Senyumlah seindah bunga di waktu pagi,
Harum semerbak mewangi,
Esokkan masih ada lagi…

Wahai hati janganlah berduka,
Mereka tidak tahu keikhlasan mu,
Kerna ia tidak kelihatan di mata,
Tapi boleh dirasa oleh mereka yang menghargai…

Wahai hati yang sedang lara,
Dengarlah alunan ayat – ayat suci,
Rasakan ketenteraman ini,
Yang menusuk hingga ke sanubari…

Wahai hati..bersabarlah
Sama ada engkau terus maju,
Atau ingin undur diri..
Cuba dulu jangan putus asa,
Jangan putus berdoa…

Wahai hati..
Semoga semuanya..
Berakhir dengan kebaikan,
Satu saat nanti pasti mereka tahu,
Hati yang satu ini
umpama permata dalam timbunan kaca..

Tuesday, October 15

MEE KARI CIK AFRA

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada kawan - kawan, Raya kali ni sa tidak balik kampung, memandangkan Final Exam dalam beberapa hari lagi. InsyaALLAH selepas Final Exam nanti tiap minggu sa akan balik menjenguk mak ayah.  Hari ini masak mee kari special. Dari semalam lagi fikir - fikir mau masak apa untuk esok. Pagi tadi tiba - tiba teringat mee kari. Ni la ni anak dara moden, semunya dihujung jari. Google resepi mee kari kat internet, da dapat resepi terus bersiap ke pasar untuk membeli bahan. Sebenarnya sa langsung tak pernah masak mee kari special ni ekeke..ini adalah yang pertama kalinya. Jom sa share resepi mee kari special untuk kawan - kawan



yang ni penting.. bebola ikan


daun kesum

bunga kantan


mee kuning

Setelah bertungkus lumus berada di dapur.. akhirnya yang ditunggu - tunggu sudah siap.. ini kali la..

 
Mee kari Cik Afra
Kalau bab - bab merasa kuah ni sa kurang sikit.. sekali pembantu tukang masak masuk dapur dan menambah apa yang kurang.. Alhamdulilah memang sedap.. pandai dia bagi rasa..ekeke.. yang kelakarnya tu adik ipar ni dia kalau mee kari ni dia tak makan dia kata..selepas merasa mee kari Cik Afra ni..Alhamdulilah menambah mee dia..ekeke.. bestnya memasak hari ni..

Teringat mak di kampung.. agaknya apalah mak masak sekarang ni..emmm.. awal pagi tadi da call..Rindunya