Monday, December 23

IBU MENGADU

Sa mempunyi seorang makcik, adik kepada mama sa. Hubungan kami berdua memang rapat. Sa memanggilnya IBU. Ibu mengadu semalam melalui SMS nya, hatinya bagai dihiris sembilu tajam melihat tingkah laku manusia yang seorang ini. Sa tahu betapa beratnya bahu yang memikul, betapa pedih matanya yang memandang. Dia tiada kuasa untuk berbuat apa - apa. Dengan kata - kata penuh kasih sayang sa membalas SMS nya.

IBU..memang terdapat beberapa perkara yang menyebabkan hati diliputi awan kegundahan. Namun, apabila ia kembali kepada tuhanNYA, menyerahkan permasalahan kepada NYA, dan pasrah kepadaNYA dengan segala ketulusan keimanan dalam hati, nescaya ALLAH akan melenyepkan kegundahan tersebut. Tetapi IBU, apabila yang dikatakan itu keluar dari hati yang lalai dan tidak tulus, tentu ALLAH tidak akan menghiraukannya.

Semoga ALLAH melapangkan hatimu IBU.. yakinlah sesungguhnya setiap kesulitan pasti ada kemudahannya. 


Tuesday, December 17

SEDEKAH ITU MELAPANGKAN DADA



Rasulullah menggambarkan orang yang kikir dan orang yang dermawan itu dengan dua orang yang masing – masing memiliki jubah. Orang yang dermawan terus – menerus memberi dan menginfaqkan hartanya, sehingga jubah dan baju besinya menjadi longgar dan lapang hingga akhir hayatnya. Sementara itu orang yang kikir terlalu kuat memegang hartanya dan tidak mahu menyedekahkannya, sehingga pakaiannya terasa semakin menyempit dan menghimpit, yang pada akhirnya akan menyempitkan jiwanya. 




JIN PAKAI TONCING 4





Alhamdulilah, berkat kesabaran menempuh dugaan dan ujian dari ALLAH ini, kini kehidupan sa kembali normal seperti biasa dalam 99%. Baki 1% lagi, sa masih fobia bila tidur malam sehingga sekarang walaupun sebenarnya makhluk tu dah tak datang mengganggu. Sa bersangka baik dengan ALLAH, syukur alhamdulilah dengan ujian ini sa berubah semakin mendekatkan diri dengan – NYA. Memang semua ini bukan mudah untuk dilalui. Namun usaha serta kesabaran itu penting. 

Kepada yang menghadapi gangguan makhluk halus, kuatkan semangat. Semua ini ujian dari ALLAH kepada kita yang DIA sayang, kita sendiri yang kena berusaha mengubati diri kita. Muhasabah diri, periksa balik diri kita mesti ada sebab kenapa sesuatu berlaku pada diri kita. Jangan biarkan diri kita sentiasa dalam ketakutan. Buat apa nak takut, mereka pun makhluk ciptaan ALLAH juga. Kita lebih santik dan sumil lagi dari mereka kot.. kita boleh makan KFC..mereka tak.. sebenarnya mereka dengki kat kita. Kita  boleh masuk syurga kalau amalan kita baik didunia ni tau.. mereka??

Mesti tertanya – Tanya bagaimana menghadapai gangguan ini? 

1.   Jaga solat 5 waktu. Kalau ada rasa malas – malas..kena lawan.. bayangkan keindahan syurga yang ALLAH janjikan.. tak nak ker?
2.   Bacalah Al- Quran sehari sekali, lagi kerap lagi bagus, jangan jadikan hanya sekadar perhiasan dirumah. Usahakan untuk membacanya.
3.       Zikir.
4.       Muhasabah diri, sentiasa mengingati ALLAH.
5.       Jauhkan diri dari kemaksiatan.
6.       Pelihara aurat, jangan seksi – seksi walaupun dirumah sendiri.
7.       Mandi jangan bogel, meleleh air liur Jin gatal tengok.
8.       Pasangkan bacaan ayat – ayat suci Al – Quran di rumah, kalau boleh setiap hari.
9.       Sebelum tidur, buat lah solat taubat.
10.   Sebelum tidur, bacalah surah 3 Qul, ayat kursi dan doa tidur.
11.   Sebelum tidur, doalah semoga ALLAH memelihara kita dari gangguan makhluk – makhluk halus.
12.   Kalau rasa takut nak tidur, dengar bacaan ayat – ayat suci Al – Quran sampai terlena.
13.   Usahakan bangun solat tahjjud.

Minta maaf sangat – sangat. Sa ni bukan ustazah, tapi  ini lah yang sa amalkan sehingga kini. Alhamdulilah, sa anggap ini semua ujian dari ALLAH supaya sa sentiasa mendekatkan diri kepada-NYA.

JIN PAKAI TONCING 3



Abang sarankan sa berjumpa dengan seorang ustaz ni. Di sini Allah uji sa lagi. Ustaz ni entah ler, dia nak sa datang berubat sebanyak 21x.. boleh – boleh dia kata sa ada SAKA?.. terkejut teman mendengarnya.  Pas tu kan kali yang ke – 21 tu sa kena bawa air hujan tapi nak yang tadah masuk bekas terus, bukan air hujan kat tangki…ah sudah satu hal lagi. Cara dia mengubat pun pelik – pelik, dia suruh kita ni membelakang dia, pas tu dia baca – baca akhir sekali dia pi tepuk belakang kita ni.. kuat pula tu.. memang pelik.. tapi sa teruskan juga sampai habis 21x. Langsung tada perubahan keatas diriku.. makhluk itu ketawa sampai pecah perut terguling - guling kot tengok sa berubat dengan ustaz ni.


Yang kelakarnya tu..ekeke.. entah hari yang keberapa kali da sa datang berubat. Ustaz ni kalau kita nak berubat dengan dia, upah dia memang la duit tapi ikut keikhlasan hati kita nak bagi berapa. Diluar pusat perubatan dia ni ada air botol yang kita boleh beli dengan harga rm1 sebotol untuk di bacaakan oleh ustaz ni nanti jadi kita boleh bawa pulang untuk diminum. Tiap kali datang sa selalu beli 2 botol, 21x datang, dirumah terhimpun 42 air botol ekeke.. tak habis minum. Diluar pusat perubatan juga disediakan sampul surat. Sampul ni untuk kita isi derma ikhlas kita tu. Boleh – boleh pula masa dia mengubat sa, mulut dia membaca ayat – ayat tapi sambil tangan dia membuka sampul – sampul wang derma ikhlas tu, sa tak Nampak tapi sa dengar bunyi - bunyi..ekeke.. dugaan untuk ku.

Adik sarankan sa berubat dengan ada lagi seorang ustaz ni, tak jauh dari rumah. Adik pun risau sebenarnya, lebih – lebih lagi bila ada benda macam kena semut – semut kat belakang badan.  Ada sekali tu sa suruh dia bacakan surah sambil pegang tempat tu, memang macam bertambah pula semut – semut tu. Sa pergi  seorang diri. Mula – mula sampai tu, ramai juga pesakit. Macam – macam kerenah para pesakit ni, ada juga yang cuba bawa sa bersembang, yang sa pula cam takut – takut tapi sa kuatkan semangat. Sampai giliran sa, sa cerita la dengan ustaz tu yang sa diganggu. Dia suruh sa pejam mata, dia baca ayat – ayat Al - Quran. Perasaan masa tu sayu je, rasa nak nangis pun ada juga tapi sa tahan, badan pun rasa lemah.  sa boleh rasa ada sesuatu keluar dari jari – jari dan badan sa secara perlahan.. percaya tak? 


JIN PAKAI TONCING 2



Sa tak tau bila masa Jin Asyik tu ganggu sa. Sebelum diganggu, kelopak mata kiri atas asyik bergerak – gerak, bila Tanya orang, dorang kata ada orang dekat suka kat sa..malas nak ambik peduli, tapi memang mengganggu. Mula – mula diganggu makhluk tu sa pelik sebab bila tidur malam ada sesuatu yang datang meraba lembut kaki dan badan sa. Mula – mula sa tak pedulikan.. tapi semakin hari semakin berani pula makhluk ni menyentuh tempat – tempat yang sensitif. Macam sedar, macam mimpi tapi terasa di raba.. sa berusaha melepaskan diri dengan mengerakkan badan. Kerna ketika itu tubuh dah tak leh gerak..memang susah dah nak gerak.. sa lawan.. bagi gerak juga. Baca apa – apa ayat - ayat Al Quran pun jadi tungang langgang dibuatnya. Sejak di ganggu, sa tidur bertemankan alunan bacaan ayat – ayat suci Al – Quran yang sa pasang di telefon bimbit sa sampai ke pagi..betul – betul bagi dekat kat telinga Baru sa dapat tidur dengan lena.  

Kejadian ni semua berlaku pada waktu tidur malam.  Kadang – kadang ada masanya terasa macam tubuh ni melayang –layang di udara tapi sebenarnya ketika tu sa sedang tidur diatas tilam. Sa bermimpi pelik – pelik. Sa pernah mimpikan harimau belang turun dari bukit belakang rumah sewa. Bila sa cerita dengan sahabat sa En. Ariff, dia melawak kata ada orang nak masuk meminang..ekeke.. rupanya Jin pakai toncing da syok kat i.. Sa cuba mendengarkan bacaan ayat – ayat rukyah sampai habis, sambil pejam mata menghayati bacaan berdebar – debar dibuatnya dan ada 1 bacaan yang sa rasa macam seluruh tubuh sa rasa macam terapung diudara sedangkan ketika itu sa sedang duduk. 

Harimau cam ni la..waaaaa

Sa pun tak ingat berapa lama kejadian tu berlaku. Sebab gangguan ni sa keluar dari rumah maksiat tu, pindah tinggal dengan rumah adik. Nasib baik masa tu dah ada kuda putih, Alhamdulilah dipermudahkan. Bila sa cerita dengan sahabat sa En. Ariff apa yang berlaku dia yang sarankan sa cari ustaz untuk berubat. Berpindah rumah bukan satu cara untuk lari  dari makhluk tu, rupanya dia mengikut juga. Memang pelik, tangan sebelah kiri meremang 24jam walaupun sa berpanas dibawah matahari terik.. rasanya dia sebelah jer kot tak nak berenggang ngan sa. 

Perasaan sa ketika itu?.. Allah sahaja yang tahu betapa takutnya sa dan sa fobia tidur malam menyebabkan berat badan sa susut. Maunya tak takut, baru jer nak lelepkan mata da ada benda meraba, kadang – kadang di himpitnya sa sampai tidak dapat bernafas, kadang – kadang rasa lemas macam kita ni disumbat masuk dalam karung guni, bila kena cam tu sa tarik nafas dalam – dalam kemudian sa berdoa minta ALLAH pelihara sa dan sa berzikir. Petang waktu maghrib meremang bulu roma jer.. anak -  anak buah mengadu ada nampak hantu katanya. Pernah satu hari tu anak buah melukis orang gemuk, sa Tanya apa ni, dia kata hantu..hantu gemuk?? ekeke..macam – macam berlaku.

JIN PAKAI TONCING 1



Cerita Mak Limah tu dah lama dah, yang terbaru ni di ganggu Jin la pula, ni la ujian ALLAH untuk orang yang istimewa. Dari apa yang sa baca, sa diganggu Jin Asyik yang tergoda dengan sa. Agaknya sa ni comel sangat.. masam santik jer, masam sumil jer. Memang sumil pun. Mungkin ada yang pernah diganggu ni?.. masih lagi di ganggu?.. korang baca la pengalaman sa menghadapi gangguan ini mungkin sedikit sebanyak memberi sedikit  motivasi bagi yang masih lagi di ganggu. Baca jangan tak baca.

sumil macam ni..tau

Malas da nak sewa rumah sebiji, sa membuat keputusan berpindah mencari bilik sewa yang tidak jauh dari tempat kerja. Pergi kerja pun Cuma 10 minit jer berjalan kaki. Tinggal lah sa menyewa dengan seorang janda anak 1. Sa sebenarnya tak nak mengganggu kehidupan orang, sa Cuma mampu memandang kemaksiatan yang berlaku dalam rumah sewa baru ni. Pada mulanya mak janda ni cakap semua perempuan jer yang tinggal di rumah tu. Tetiba – tiba, ada pula jantan dia bermalam kat umah.. maksiat. Sa langsung tak pernah cerita dengan keluarga sa yang rumah sewa baru ni macam tu punya teruk. Sa nekad juga tinggal di sini dan bertahan tinggal di sana selama 6 bulan, yang penting jangan sa di ganggu dah. Alhamdulilah.. sa selamat dari diganggu oleh manusia di rumah tu, tapi tak selamat dari diganggu Jin gatal.

Rumah tu ada 3 bilik, bilik yang sebelah pun sama juga ceritanya. Sesuka hati mereka membawa jantan bermalam dirumah. Teruk betul kehidupan mereka itu, halal haram sudah tidak dipedulikan lagi. Ayat suci Al – Quran tak pernah kedengaran. Sa sendiri pun kena tempis jadi macam malas – malas nak beribadah pada ketika itu. Hati jadi keras duduk dirumah yang ada buat maksiat ni.