Saturday, June 14

COPY & SHARE..

Agar tidak dilupakan setelah mati, tulislah sesuatu untuk dibaca, Buatlah sesuatu untuk ditulis. Tulislah apa yang ingin kamu ungkapkan, tak kira, apa saja. Jangan pedulikan orang yang menilai tulisanmu. Seorang penulis hebat tidak menulis untuk dirinya sendiri, tapi dia menulis untuk orang lain.
Selalulah tanyakan pada diri:
Apakah isi tulisan ini benar-benar dari hati saya? Atau,
Apakah tulisan ini berasal dari pengalaman saya? Atau, mungkin juga melalui pengalaman orang lain
Apakah tulisan ini terkandung pengetahuan yang bermanfaat? Atau,
Apakah bahasanya mudah difahami? Atau,
Apakah tulisan saya ini dapat memberi kesedaran untuk memperbaiki diri?

Ketika anda menulis dengan CINTA dari hati yang paling dalam, maka akan ada banyak orang akan mendapatkan pengetahuan darinya. Atau akan ada ramai orang yang akan berubah dan memperbaiki dirinya. Maka tulislah sesuatu yang bermanfaat dan membahagiakan dirimu di akhirat nanti.
Persoalannya..
Sudahkah kita menulis sesuatu yang bermanfaat?
Sudahkah kita mengikhlaskan setiap bait patah perkataan dan bait rasa yang lahir itu dibaca dan dinilai oleh orang lain.?
Sudikah kita menghalalkan setiap idea idea anugerah Allah SWT itu di kongsi oleh pihak lain tanpa perlu berkira kira dalam soal menegakkan yang ‘hak’?
Kalau belum mulailah dari sekarang.
Apabila saya menulis ia bukan kerana saya ada banyak ilmu, ia bukan kerana saya lebih bagus dari anda pembaca. Sememangnya dari dulu saya percaya menulis kerana mahu menyampaikan sesuatu serta berkongsi apa yang kita boleh kongsikan sesuatu yang dirasakan boleh memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.
Saya juga percaya, menulis sesuatu yang ada diminda mampu dikongsi oleh ramai orang yang tidak kita kenali. Tiada apa menjadi milik kita. Semuanya dari Allah dan perlu dilakukan kerana Allah. Maka menulis sekadar menyampaikan ilham yang ada bersama pembaca. Segala kesempurnaan hanya milik Allah.Yang baik dari Dia yang kekurangan itu adalah kelemahan penulis sendiri..