Tuesday, March 25

AKU TAK MARAH..CUMA AKU GERAM

Berat sungguh beban yang dipikul saat ini. Mau mengadu dengan siapa? Jari – jari ligat menyiapkan plan landskap, tapi otak pun sama ligat memikirkan tugasan – tugasan yang sepatutnya perlu disiapkan minggu ni. Dari tadi keluhan sa tidak pandai berhenti.  Hati kata nak buat tapi terpaksa berlawan dengan perasaan malas ni.. dan akhirnya tugasan tu terbangkalai beberapa minggu. Sekarang dah tinggal seminggu lagi nak siapkan, kalau tak hantar bermakna markah 0.

Tugasan berkumpulan ni adalah perkara yang paling sa tak suka. Lebih baik tugasan secara individu, itu lagi baik. Bila sudah namanya berkumpulan, pasti yang menjalankan tugas Cuma 2 orang yang aktif sahaja, yang selebihnya berdiam diri tunggu markah dimasukkan. Itulah sekejam – kejam manusia dalam berkumpulan sa rasa.

Semua ahli kumpulan pun sama juga macam sa, sudah bekerja, punya tanggungjawab masing – masing, ada masalah sendiri. Tapi itu bukan alasan untuk tidak membantu menyiapkan tugasaan yang diberi.  Sekurang – kurangnya sumbangkanlah idea atau apa – apa sahaja yang diperlukan. Sabar jer la wahai Cik Afra.

Bukannya tidak boleh bersabar, tapi sampai bila. Perlukah sa bersusah payah untuk mereka yang tidak memahami? Sa yang kena banyak berkorban. Bukan nak minta dihargai, tetapi berbaloi ke sa buat seorang diri semuanya sedangkan mereka langsung tak ambil tahu pun. Sa tak juga sampai hati membiarkan dorang gagal subjek ni. Sa tak mau jangan dorang berdendam. Hati manusia ni siapa yang tahu.

Bukan sa tak pernah membantu kawan – kawan sama belajar ni. Ada subjek yang kadang – kadang memerlukan kepakaran sa juga. Dorang minta pertolongan sa membuat pelan, tapi 1 sen pun tak dibayar malah siap nak tiru maklumat pelan dari kumpulan kami. Sa marah bukan sebab tidak dibayar,,tapi dah minta tolong secara percuma, maklumat yang kami bertungkus lumus buat pengiraan pun nak di copy secara percuma juga? Dorang tinggal goyang kaki jer tunggu.. macam tu?.. kejam sungguh.. tada maknanya belajar jika setakat nak lulus jer. Sa rasa satu kerugian untuk manusia yang macam tu. Bayar beribu – ribu semata – mata nak lulus.. nak naik pangkat kat jabatan. Mengapa tak belajar sungguh – sungguh dapat ilmu dan sekali gus lulus dengan cemerlang..


Semoga sa dapat melalui semua ini dengan tenang..