Sa tak tau bila masa Jin Asyik tu
ganggu sa. Sebelum diganggu, kelopak mata kiri atas asyik bergerak – gerak,
bila Tanya orang, dorang kata ada orang dekat suka kat sa..malas nak ambik
peduli, tapi memang mengganggu. Mula – mula diganggu makhluk tu sa pelik sebab
bila tidur malam ada sesuatu yang datang meraba lembut kaki dan badan sa. Mula
– mula sa tak pedulikan.. tapi semakin hari semakin berani pula makhluk ni
menyentuh tempat – tempat yang sensitif. Macam sedar, macam mimpi tapi terasa
di raba.. sa berusaha melepaskan diri dengan mengerakkan badan. Kerna ketika
itu tubuh dah tak leh gerak..memang susah dah nak gerak.. sa lawan.. bagi gerak
juga. Baca apa – apa ayat - ayat Al Quran pun jadi tungang langgang dibuatnya. Sejak di
ganggu, sa tidur bertemankan alunan bacaan ayat – ayat suci Al – Quran yang sa
pasang di telefon bimbit sa sampai ke pagi..betul – betul bagi dekat kat
telinga Baru sa dapat tidur dengan lena.
Kejadian ni semua berlaku pada
waktu tidur malam. Kadang – kadang ada
masanya terasa macam tubuh ni melayang –layang di udara tapi sebenarnya ketika
tu sa sedang tidur diatas tilam. Sa bermimpi pelik – pelik. Sa pernah mimpikan
harimau belang turun dari bukit belakang rumah sewa. Bila sa cerita dengan
sahabat sa En. Ariff, dia melawak kata ada orang nak masuk meminang..ekeke.. rupanya
Jin pakai toncing da syok kat i.. Sa cuba mendengarkan bacaan ayat – ayat rukyah
sampai habis, sambil pejam mata menghayati bacaan berdebar – debar dibuatnya
dan ada 1 bacaan yang sa rasa macam seluruh tubuh sa rasa macam terapung
diudara sedangkan ketika itu sa sedang duduk.
Harimau cam ni la..waaaaa |
Sa pun tak ingat berapa lama
kejadian tu berlaku. Sebab gangguan ni sa keluar dari rumah maksiat tu, pindah
tinggal dengan rumah adik. Nasib baik masa tu dah ada kuda putih, Alhamdulilah
dipermudahkan. Bila sa cerita dengan sahabat sa En. Ariff apa yang berlaku dia
yang sarankan sa cari ustaz untuk berubat. Berpindah rumah bukan satu cara
untuk lari dari makhluk tu, rupanya dia
mengikut juga. Memang pelik, tangan sebelah kiri meremang 24jam walaupun sa
berpanas dibawah matahari terik.. rasanya dia sebelah jer kot tak nak
berenggang ngan sa.
Perasaan sa ketika itu?.. Allah
sahaja yang tahu betapa takutnya sa dan sa fobia tidur malam menyebabkan berat
badan sa susut. Maunya tak takut, baru jer nak lelepkan mata da ada benda
meraba, kadang – kadang di himpitnya sa sampai tidak dapat bernafas, kadang –
kadang rasa lemas macam kita ni disumbat masuk dalam karung guni, bila kena cam tu sa
tarik nafas dalam – dalam kemudian sa berdoa minta ALLAH pelihara sa dan sa
berzikir. Petang waktu maghrib meremang bulu roma jer.. anak - anak buah mengadu ada nampak hantu katanya.
Pernah satu hari tu anak buah melukis orang gemuk, sa Tanya apa ni, dia kata
hantu..hantu gemuk?? ekeke..macam – macam berlaku.
No comments:
Post a Comment