Tiba – tiba hilang idea nak
menaip cerita apa..yaii. Tapi sebenarnya nak bercerita tentang perjalanan ulang
alik kami semalam pergi ke Kundasang. Seronok sangat – sangat. Memandangkan
tiada apa aktiviti pada cuti awal muharram ni, abang long kata jom pi kundasang
menikmati keindahan alam.
Jam 7 pagi kami bergerak dari
Tuaran ke kundasang. Nyamannya suasana dengan kabus tebal menyelubungi laluan perjalanan. Sepanjang perjalanan
aircond kereta dimatikan, tingkap dibuka luas - luas.. sejuk sangat – sangat. Pemandangan
alam kiri dan kanan awal pagi yang mengasyikkan sepanjang laluan. Dari jauh
gunung kinabalu melambai – lambai dan kelihatan juga dari jauh air terjun di
sisi gunung pasti sejuk airnya.
Perjalanan dari Kota Kinabalu ke
kundasang memakan masa dalam 1 jam lebih atau pun 2 jam bergantung kepada
keadaan lalu lintas kenderaan ketika menuju kesana. Jalan menaiki bukit agak
menyukarkan kepada lori – lori besar menyebabkan perjalanan menjadi lambat tuk
kita yang kereta kecil ni.. terpaksa mengekor pakcik lori besar. Kalau rasa da
selamat baru la dapat potong, tu pun kena juga berhati – hati kerna jalan raya
macam ular kena pukul..ekeke.
Kali terakhir sa datang ke
Kundasang adalah pada tahun 2002. Pas tu dah tada kesempatan lagi nak datang.
Bila ada kenderaan sendiri ni alhamdulilah dapat lagi menjejakkan kaki ke sana.
Pekan Kundasang sekarang dah berubah bukan macam dulu lagi. Jalan raya sudah
pun dilebarkan, maksudnya pembangunan infrastukturnya semakin diperbaiki. Ok la
ada perubahan sikit.
Destinasi pertama kami adalah
ladang lembu Desa Dairy Farm. Kelakarnya kami, kami datang kesana semata – mata mahu menikmati
keindahan alam sahaja bukannya nak sangat tengok lembu pun. Kat kampung kan ada
membela kerbau, jadi tengok lembu pun macam tak sangat nak tengok. Memang
kawasan tu menarik macam kita berada di luar Negara. Berlatar belakangkan
gunung kinabalu, dengan kabus tebal sungguh menarik. Ada pula pengantin ambil gambar
kahwin dengan lembu – lembu kat kawasan ladang tu, kekeh – kekeh kami ketawa
tengok. Tak pasal – pasal mati kena
pijak lembu, tau pun terpijak tahi lembu.. macam – macam hal
Destinasi kedua kami sebenarnya
nak pergi mesilau, tapi malangnya sorang pun tak tahu mana tempat tu ekeke..
kakak yang jaga kaunter ladang lembu tu dah bagitau Cuma kami jer yang was –
was nak masuk. Tapi sebenarnya tempat yang kami tuju tu da betul. Memandangkan
dari rumah satu apa pun tak makan atau pun minum, kami singgah sebentar di satu
tempat makan makanan yang kami bawa dari rumah. Air milo panas makan nasi
goreng sambil menikmati keindahan alam.. best. Pas makan ajak abang balik ke
pekan Kundasang.
Destinasi ketiga dan terakhir kami berada di
kawasan pekan Kundasang sahaja iaitu Kundasang War Memorial. Ni la salah satu tempat yang harus disinggahi jika ingin datang ke Kundasang.
Jam 12.30 kami bergerak balik dan sempat lagi singgah sekejap memborong sayur - sayur segar yang murah harganya. Alhamdulilah semuanya selamat.. syukur dapat juga menikmati keindahan
alam tuk hari ni.
As salam
ReplyDeleteBila baca saja hati sudah tertawan ingin pergi melihat keindahan di sana. Insyaallah
InsyaALLAH..jemput2 datang.. kundasang menanti untuk dikunjungi..
ReplyDelete