Tuesday, November 25

HUJUNG MINGGUKU



Hujung minggu lepas balik kampong dah.. so minggu ni tak balik, nak rehat. Dah biasa ada aktiviti hujung minggu..kan.. sekali ada hujung minggu duduk jer kat rumah.. masak.. makan.. tengok cete katun.. tidor.. bangun.. makan.. tengok tv..ekeke.. punya bosan..tu ler aktiviti hari sabtu.

Sok ahad kebetulan ada bebudak 3 orang ni kat rumah. Meriah sikit rumah dengan kerenah dorang. Semua barang bersepah tu perkara biasa kalau ada anak ni, saya ndak hairan tu. Kalau ada anak tapi rumah bersih tiada barang bersepah.. memang bertuah sungguh anak – anak dorang. 

Bila dah ada bebudak 3 ni.. memang bilik sayalah yang jadi markas dorang. Macam – macam ler permintaan dorang, nak main game ler..nak tengok cete kartun ler.. dan macam – macam lagi.. layan jer la. Sampai umie dorang panggil ajak tidur tengahari pun dorang tak nak dengar.. buat tak tau jer. Haus karang pandai ler manja – manja minta dibuatkan susu sorang – sorang.

Try juga lelapkan mata, bagi jer dorang layan game zombie. Tak dapat juga layan mata, jam pun dah nak dekat 4 petang. Ajak dorang turung bawah, pehh berebut nak turun macam berbulan – bulan tak keluar rumah.. kat bawah tu ada taman permainan tapi kebanyakan alat permainannya dah rosak. Jongkang jongket ada 4 tinggal 2 jer.. buai ada 4 tinggal 1 jer tu pun dah uzur berkarat bebenor.. takut juga nak bagi budak main.. takut putus.

Abang – abang ni main ler jongkang jongket.. sekali abang sorang ni main dengan ganasnya sengaja lagi jongket si abang kedua yang sememangnya terkenal dengan kecengengannya..ekeke.. terjongket kat atas sambil jerit – jerit minta diturunkan menahan airmata yang nak jatuh dah. Dah si abang bagi turun.. dah tak nak dah main dengan si abang.. ekeke.



Yang saya pula berlari – lari mengejar si kecik yang licah sungguh berlari keliling taman.. aduh penat.. senaman petang la juga..kan? hari pun dah nak petang.. nak hujan lak tu.. kami pun balik kerumah.. mandi.. janji dorang happy.

SERAM TAPI LUCU



Cete kat Manila tu lum habis lagi draf tau, ada dekat laptop..ekeke. dah siap sok, saya share ler.. jan marah tau Tok Guru.

Alhamdulilah dah berakhirnya hujung minggu study partime selama 2 tahun setengah.  Baru terasa ada hujung minggu yang betul – betul hujung minggu. Selama ni hujung minggu jer dah berlari – lari dengan kuda putih ke Polikk. Cian kat mak, asyik bertanya bila nak balik kampong.. nape lama ndak balik kampong. Bukan tak nak balik, tapi bila dah tahap semester akhir ni memang tumpuan tu kena focus hal yang satu ni je. Cakap je baik – baik ngan mak, nanti dah habis study kami balik la kampong, tiap – tiap minggu balik pun takpe. Sejuk sikit hati mak dengar.

Balik dari Manila hari tu, kebetulan final exam pun dah habis terus balik kampong petang hari jumaat. Petang pas kerja ambik abang kat rumah dia nun dalam hutan belentara, maunya tak hutan belentara kalau nak masuk umah dia tu kiri kanan hutan bukit. Dah maghrib dah masa tu, kebetulan uzur lak. Masa nak gerak tu pelik sungguh nape kete berat sangat.. tak kan abang ni dah bertambah berat badan. Nak pusing steering kuda putih pun lain macam beratnya. Perasaan semata je kot konon..Cakap kat abang yang kuda putih ni berat semacam, abang kata mungkin ada menumpang ni. Tertawa kami berdua..ekeke..

Tawa punya tawa, saya cakap ler time drive tu kata “bah turun cepat, sebelum sa pasang CD bacaan Al-Quran”.. degil… suda saya pasang.. woww kuda putih berlari laju, dah tak berat macam tadi..ekeke. cakap ler dengan abang, sekarang baru sedap pegang steering dan tak payah tekan minyak banyak sebab dah ringan… kuda putih pun kena suka?.. sebab ada sticker Hello kitty yang cute dan comel tu kot..ekeke..

Alhamdulilah, jam 8 malam kami selamat sampai di kampong tercinta.  

Thursday, October 30

NASI KANGKANG

Kisahnya bermula... emm.. ehh bukan.. tengok cete tu dah sampai pertengahan dah..ekeke.. cete pasal nasi kangkang. Hujung minggu biasa ler mana lagi nak muncul.. kat poli ler.. hari ahad yang last kuliah dah. Sebenarnya nak siapkan tugasan kat perpustakaan, ada pula 4 orang jejaka tak kacak ajak pi poli lagi pagi tu.. kata kat dorang yang aku malas nak drive.. wahh siap dorang lagi yang mai ambik aku.. ekeke.. jadi mak datin duk depan. Sampai poli, kelas senyap jer.. cian, hari – hari terakhir kuliah memang macam ni.. pensyarah pun malas dah nak peduli.. dorang pun sibuk nak tanda kertas budak full time.. nak tanda kertas kami lagi yang partime ni.

Dipendekkan cetenya.. dah nak tengahari, jadi dorang bawa ler mak datin ni pi makan kat restaurant darul naim. Restaurant ni kepunyaan pensyarah kami juga..ekeke.. apa yang bestnya, kat sini ada maggi ketam. Lum lagi la rasa macam mana dorang masak. Tanya kat kawan yang makan..dap tak?..rasa maggi kari katanya..ekeke. Tapi ada juga try masak kat umah baru – baru ni, yang buat maggi tu rasa sedap, rahsia dia air rebusan ketam tu.. kena lagi ketam fresh..pehh.. meletop.. mantop..

Kita bukan cete pasal ketam.. ni cete pasal nasi kangkang.. ekeke. Time tunggu order tu, kebetulan ada main cete nasi kangkang kat tv. Jadi layan ler. Kalau ler betul – betul ada orang buat nasi kangkang ni macam yang dalam cete ni.. MasyaAllah, apalah agaknya hukumannya dari ALLAH nanti. Sebenarnya nak buat apa sampai cam tu? Sayang mana pun kita ni dengan seseorang, jangan ler sampai keterlaluan bagi makan nasi kangkang. Esok mati, sorang – sorang gak dalam kubur, tadanya dia nak teman kita masuk dalam tu.. tak faham?

Mental agaknya orang macam tu.. cetenya pempuan ni dah kawen, tapi kuat cemburu, dia ingat laki dia ada skandal ngan pempuan lain. Dipendekkan cete, mak pempuan ni ajar ler dia buat nasi kangkang supaya laki dia ikut jer cakap dia.. minta apa pun dapat. Memula buat nasi tu.. bukan laki dia yang makan.. dimakan oleh kawan pempuan laki dia yang sama keje.. jadi benda tu tak kena sasaran.. ganggu ler kawan pempuan laki dia ni. Kawan ni sakit – sakit, pas tu di ganggu macam – macam ler. Dah keluarga kawan pempuan ni rasa ada yang tak kena, dorang pun bawa ler berubat…time kami jamah makanan.. time tu la adegan yang pempuan ni berubat dan muntah - muntah.. ekeke.. betul – betul tak kena time la cete ni.. pelanggan nak makan pun rasa nak muntah sama.

Pas tu.. entah apa dah cete, sebab mak datin nak gerak balik dah.. ekeke… gantung cete. Kalau nak tau apa terjadi seterusnya… tengok ler cete nasi kangkang kat astro.. sekian. 











Wednesday, September 3

KASIH SAYANG IBU

Baru jer lepas melawat dan membaca blog tok guru WARNA NOSTALGIA.. ekeke....menjengah kejap konon..jadi menjengah lama.. seronok baca blog tok guru..ekeke

Dari opis kedengaran suara ibu kucing menangis mencari anak – anaknya. Alkisahnya si ibu kucing ini ada 3 ekor anak aku bagi nama si Oren, si Kalut dan si Putut, jantan betina ndak la pula aku pasti. Tapi yang pastinya ada satu hari tu awal pagi hujan, tingkat bawah opis, seekor dari anaknya terperangkap di dalam kotak yang terbuka ia basah kuyup namun tidak mampu keluar sebab masih lagi kecil , kedengaran sayup – sayup suaranya dalam kesejukan itu. Kawasan berhampiran kotak tu pula penuh dengan kayu dan papan berpaku dari kedai yang sedang diubah suai. Aku memang ndak boleh dengar suara kucing.. dengan penuh hati – hati  keluarkan dia dari kotak dan letakkannya dibawah.. si ibu pandang jak aku kemudian datang dekat dan membawa anaknya ke celah – celah papan yang kering dan jauh dari terkena hujan.

Hari demi hari anak – anaknya semakin membesar. Kadang – kadang pernah juga aku terlihat ada makanan tersedia di sudut korido tingkat bawah opis aku tu, rezeki ibu kucing dan anak – anaknya. Semoga orang yang memberi makan kucing – kucing ni bertambah rezekinya dan hidupnya sentiasa bahagia.. doaku. Anak – anak dah pandai makan, dibawanya semua mencari makan dikawasan kedai makan sekitar opis aku ni.

Hari jumaat lepas hari terakhir aku Nampak, mereka masih lagi bersama, tidur bersama, anak – anaknya bermain bersama, makan bersama.. kemudian opis bercuti hari kemerdekaan. Selepas bercuti ni hilang dah 2 ekor.. yang tinggal Cuma si Putut dan ibunya. Tu la sekarang ni si ibu ngiau – ngiau jak dari semalam memanggil si Oren dan si Kalut yang entah mana pergi. Sama ada di makan anjing atau pun di ambil orang. Aku berharap semoga si Oren dan si Kalut diambil orang untuk dipelihara. Tapi cian pula dengan ibu kucing..

Cuti hari kemerdekaan baru – baru ni aku berkesempatan ke pesta GATA atau lebih di kenali sebagai Pesta Gasing di daerah spitang. Tujuan sebenar datang ke pesta tu lebih kepada memburu buah durian sebab daerah spitang ni terkenal dengan buah durian terbaik dan harga berpatutan, lebih – lebih lagi sekarang ni musim durian..malangnya sampai sana, buah durian dah habis dahhh.  Lepas jak dari pesta GATA aku singgah ke kampung melepaskan rindu dengan mama.

Aku        : Mak, hujung bulan 10 nanti kami satu opis akan bercuti ke Manila.
Mama     : Exam ko macam mana?
Aku        : Exam bulan 10
Mama     : Time exam, time tu juga ko bejalan?
Aku        : Opis da belikan tiket kapal kena time exam, tapi boleh juga tu sa ambil exam kalau terkena tarikh
                 yang kami bercuti tu..

                (my mom diam kejap..time tu dia di dapur..aku pula bertudung sambil becerita dengan dia)

Kakak    : Woww..pigi Manila?..mesti ada handbeg murah – murah sana..belikan arrr.. yang penting jenama      tu.
Adik       : Manila?..waaa… bawa ole – ole untuk aku ya..(sambil senyum – senyum)
Mama    : Mama ndak minta beli apa – apa, yang penting ko pergi sana dengan selamat, dan ko balik sini         juga dengan selamat..tu jak yang mama mau..

                (Rawan terus aku dibuatnya..aku terdiam)

Aku berfikir balik tentang dua kejadian ini… ibu kucing yang kehilangan anak.. dan my love mom yang anaknya akan bercuti ke Manila bulan 10 ni. Kasih sayang ibu yang tidak terhingga. Mau saja aku bagitau mama, apa – apa saja yang berlaku dengan aku..aku mau dia redha. Bukan ler aku minta – minta ada apa – apa berlaku nanti, Cuma aku mau dia yakin yang kematian ini pasti untuk semua orang bila sudah tiba masa di jemput pergi, sesaat pun tidak akan terkurang...iskk.. karang leleh air mata lak, tak jadi aku cakap..aku berdiam jak.  Kalau dulu tada rasa ketakutan naik kapal.. sekarang ni baru ada rasa seperti itu.. lebih – lebih lagi selepas MH370 hilang dan MH17 ditembak, tu yang mama takutkan. Mana mungkin seorang ibu mahu kehilangan anaknya..begitu juga ibu kucing, kalaulah manusia faham bahasanya..pasti kita pun akan rasa rawan hati mendengar tangisan dan rintihannya atas kehilangan si Oren dan si kalut.

Tuesday, August 26

KEHIDUPAN INI ADALAH UJIAN

Wajah terbaru..lama dah tak nampak..kan??????



Assalammualikum & good morning..ekeke.. hari ni kerja macam biasa cumanya hari ni ada dapat sedikit motivasi pagi. Di rumah kadang – kadang riuh rendah.. tapi banyak ler sunyi sepi bila adik anak beranak tada balik kerumah.. bertemankan cicak jer la yer.

Selesai solat subuh jer terus on tv1, kebetulan ada ceramah berkenaan dengan UJIAN. Sambil biarkan kain di mesin.. sambil sibuk kat dapur masak sarapan.. sambil tu juga dengar ceramah. Buat 3 perkara dalam 1 masa.. orang pempuan memang cam ni..hebat..ekeke.

Nak cete ler pasal ceramah tadi pagi tu sikit.. memang kehidupan kat dunia ni ujian buat kita sebagai manusia. Allah tidak akan menguji kita melebihi kemampuan kita. Ujian ini bergantung kepada iman kita sampai tahap mana. Bila keimanan kita kuat, tahap ujian juga akan lebih lagi berbanding orang yang mempunyai tahap keimanannya kurang. Apa saja yang kita hadapi, yakin lah yang semua itu adalah kasih sayang Allah kepada kita, kadang – kadang bila kita terlalai dan terlupa Allah bagi ujian supaya kita ingat balik kat DIA.. Allah penyayang kan? Bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang, bersangka baik kepada Allah dengan setiap ujian yang kita hadapi. 

Kita sebagai manusia yang punya akal fikiran ni patutnya malu dengan cicak. Kalau ikut logik akal patutnya cicak tu ada sayap, sebab makanan dia semuanya serangga yang terbang..kan? aku bayangkan cicak ada sayap, dikejarnya semua serangga yang terbang..ekekek (teringat pula cete katun Oscar cicak yang dok kat padang pasir tu).. tapi tak pernah pun cicak yang bunuh diri sebab tak dapat makan.. Allah kurniakan si cicak dengan lidah flexible dengan boleh ronda – ronda sekeliling rumah kita sampai kat siling pun dia dok lepak tunggu mangsa ralex jer tak gayat pun.. maka semua serangga terbang jadi sumber makanannya. Si cicak pun kene uji tau…

Ni lagi 1.. tu si cacing.. makhluk yang dalam tanah tu.. paling kesian dapat ujian.. tada tangan, tada kaki, tada mata dan tada telinga.. makhluk paling OKU (ustaz tu kata).. patutnya dia ler yang paling marah sekali sebab diciptakan sedemikian rupa.. tapi tada pula si cacing nak marah – marah.. bunuh diri ker.. susah nak hidup ker.. Alhamdulilah hidup dia kat dalam tanah tu aman bahagia dan memberi manafaat lagi kepada makhluk yang berada kat atas tanah..kan? Jadi kita yang ada kaki, tangan, mata, telinga dan akal ni tak nak bersyukur? Jangan ler marah atau tada semangat nak hidup jika tiba – tiba kita mendapat musibah atau ujian.. sabarlah.. ingat selalu.. Allah sayang kita.

Yang orang asyik Tanya bila la aku nak kawin ni tu la soalan cepu emas tuk aku.. ujian bah juga ni..ekeke.. aku dah kebal dah dengan soalan ni. Kepada yang suka sangat Tanya tu.. terima kasih ler ya kerna bertanya walaupun hatiku terluka.. sesungguhnya, kerna mencari Sang Arjuna Beta ini pun pelbagai ujian aku kena hadapi.. bukannya mudah.. akhirnya aku pun berdiam diri.. biar Sang Arjuna Beta cari aku pula..huhuiiii

Yang last sekali, ustaz tu kata kalau kita nak jadi pokok yang tinggi.. bersedia ler ditiup angin kencang yang datang dari kiri, kanan atas dan bawah, tapi kalau takut jadi pokok yang tinggi.. jadilah rumput di halaman yang sentiasa dipijak. Maksudnya yang aku dapat tangkap kat sini  berdasarkan pendapat aku sendiri.. kalau kita nak mencapai sesuatu dengan sukses contohnya yang paling dekat berniaga, kita kena bersedia menghadapai pelbagai ujian, cabaran, masalah, untung dan rugi.. tapi kalau tak nak hadapi semua ni baik dok diam jer kat umah.. tak payah nak susahkan diri.. tapi tada ler side income..ekeke.. kamu yang rugi.

Tengok Facebook tadi.. ada dapat idea baru nak buat brooch tuk Afra Cumil Craft.. rindu nak menjahit ni tapi nak buat cam mana.. sibuk ngan study buat masa sekarang, tinggal beberapa minggu lagi nak final exam. Tiba – tiba gak otak ligat berfikir nak daftarkan Afra Cumil Craft ni sebagai syarikat..ekeke.. nak buka perniagaan baru pun ada juga ni, perniagaan membekalkan perkhidmatan.. nak cari modal dulu.. kalau ada modal memang jadi.. takpe pelahan – lahan.. emm seronoknya berniaga.
  



Monday, August 11

JOM ATUR



Lepas – lepas cuti raya jer aku rasa macam tada semangat nak bekerja.. emmm semangat bekerja ku hilang entah kemana. Mungkin banyak sangat makan bahulu raya mama kot..ekeke. Banyak benda yang bermain – main dalam fikiran ni sebenarnya. Dalam erti kata lain banyak nak fikir. 

Tinggal beberapa bulan lagi ni aku dah nak habis study partime ni.. memang dah tak sabar – sabar dah ni nak habiskan. Pejam celik pejam celik, tak sedar dah nak habis study dah..ekeke. Tu la yang difikir ni, banyak perkara nak kena settle kan sebelum habis tempoh jadi student kat sana.. kalau boleh tak mau la ada sangkut paper. Alhamdulilah, selama 6 semester ni tada pula paper yang sangkut. Fikir pembentangan lagi, tu report tu nak di draf..nak di taip.. emmm

Hari ni aku start atur jadul. Kalau tak buat cam ni memang meraung mencurah – curah air mata darah esok.. nak salahkan siapa?.. ada lagi nak ajak bercuti – cuti pi bali la, bandung la..pi panjat gunung Kinabalu la terpaksa aku reject.. tapi bila boss ajak satu opis pi bercuti kat Manila hujung bulan oktober ni, tak sanggup den nak tolak, sebab semua kawan satu opis pi..lagi pun bukan selalu bos bawa jalan – jalan…adoii dah nak dekat final exam dah tu.

Takpe lah..biar aku rancang dulu.. apa – apa pun ALLAH adalah sebaik – baik perancang.

CERITA RAYA



Dimana aku nak start bercerita ni.. bulan ramadhan pun dah berlalu, bulan syawal masih ada lagi. Seperti ada sesuatu.. seperti ada kekurangan.. terasa rawan – rawan hati pun ada. Entah lah, mungkin ini Cuma perasaan aku saja ni..ekeke. 

Banyak perkara yang aku nak cete..tapi malangnya beberapa bulan ni semuanya berubah.. kalau dulu aku punya masa yang banyak terluang dengan pelbagai aktiviti di rumah, sekarang pun terluang juga lah dengan aktiviti..tapi diluar rumah la pula.. macam mana arr nak settelkan masalah ni? 

Study?.. emm sepatutnya perkara ni yang paling utama penting dari aktiviti luar rumah tu.. nampaknya aku kena research lebih mendalam benda ni sebelum habis bulan ogos ni.. kalau aku tak settle benda ni memang huru hara musim exam nanti..ekeke

Cete raya?.. Memandangkan raya tahun ni Cuma ada aku, adik dan mama jak yang akan sibuk dengan persiapan raya, aku balik kampung empat hari awal sebelum hari raya.. tambah dengan cuti raya..cuti hujung minggu dan cuti tahunan yang aku apply, cuti aku semuanya 11 hari..

Meriah la sangat dengan cuti tu?.. ekeke.. kemeriahan hari raya ku pada tahun ini cuma di dapur sahaja. Tahun ni memang berbeza sangat meriahnya, rumah kami meriah di kunjungi tetamu yang tak putus – putus datang berkunjung sampai tak menang tangan nak sediakan hidangan. Aku bab melayan – layan tetamu ni tak berapa nak suka, jadi dok ler kat dapur jadi tukang masak merangkap tukang cuci pinggan mangkuk periuk belanga. Bila dah di dapur, tada dah baju raya yang cantik tu, kena tukar fesyen lain.. teringat pula cete labu – labi. Bila da balik bekerja, aku dapat sms dari makcik “Dah balik bekerja dah ker? Ingat masih cuti lagi.. nape tak datang beraya kat umah mama?” sampai sekarang sms tu belum lagi aku jawap..ekeke.. adoii..sabar je lah. Minggu ni dah start dah kuliah balik.. nak balik kampung pun dah tak dapat dah.. aku rasa, hari raya aku tahun ni tak best.

Bila sampai kampung, aku la orang yang paling sibuk buat itu dan ini. Tak tahan mata dan tak tahan hati tengok macam – macam benda yang nak dibuat, kalau dibiarkan aku juga yang kena buat akhirnya.. nak suruh siapa lagi buat. Bila adik beradik semua membesar bagaikan juara punya keluarga sendiri, kita yang bujang trang tang tang ni ler kena handle semuanya. Tapi memang dari dulu aku ler juga yang kena handle.. dari bab beli barang keperluan raya, bab masak memasak, bab kemas – kemas, hias – hias rumah, bab langsir nak pakai apa tahun ni.. aku la juga. Saat itu datang kesyahduan konon.. agak – agaknya kalau la aku ni sok tada beraya dah dengan dorang.. siapa la yang nak handle semua ni?.. raya jer hidangan wajip mesti ada kari ayam, rendang ayam, kelupis pandan, kuih makmur dan mee kari.. siapa nak masak semua tu?..emm cik Afra ker? 

Orit.. dah jam 5 petang, masa untuk mengemas – mengemas.. dah nak balik rumah dah..ekeke..

Saturday, June 14

COPY & SHARE..

Agar tidak dilupakan setelah mati, tulislah sesuatu untuk dibaca, Buatlah sesuatu untuk ditulis. Tulislah apa yang ingin kamu ungkapkan, tak kira, apa saja. Jangan pedulikan orang yang menilai tulisanmu. Seorang penulis hebat tidak menulis untuk dirinya sendiri, tapi dia menulis untuk orang lain.
Selalulah tanyakan pada diri:
Apakah isi tulisan ini benar-benar dari hati saya? Atau,
Apakah tulisan ini berasal dari pengalaman saya? Atau, mungkin juga melalui pengalaman orang lain
Apakah tulisan ini terkandung pengetahuan yang bermanfaat? Atau,
Apakah bahasanya mudah difahami? Atau,
Apakah tulisan saya ini dapat memberi kesedaran untuk memperbaiki diri?

Ketika anda menulis dengan CINTA dari hati yang paling dalam, maka akan ada banyak orang akan mendapatkan pengetahuan darinya. Atau akan ada ramai orang yang akan berubah dan memperbaiki dirinya. Maka tulislah sesuatu yang bermanfaat dan membahagiakan dirimu di akhirat nanti.
Persoalannya..
Sudahkah kita menulis sesuatu yang bermanfaat?
Sudahkah kita mengikhlaskan setiap bait patah perkataan dan bait rasa yang lahir itu dibaca dan dinilai oleh orang lain.?
Sudikah kita menghalalkan setiap idea idea anugerah Allah SWT itu di kongsi oleh pihak lain tanpa perlu berkira kira dalam soal menegakkan yang ‘hak’?
Kalau belum mulailah dari sekarang.
Apabila saya menulis ia bukan kerana saya ada banyak ilmu, ia bukan kerana saya lebih bagus dari anda pembaca. Sememangnya dari dulu saya percaya menulis kerana mahu menyampaikan sesuatu serta berkongsi apa yang kita boleh kongsikan sesuatu yang dirasakan boleh memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.
Saya juga percaya, menulis sesuatu yang ada diminda mampu dikongsi oleh ramai orang yang tidak kita kenali. Tiada apa menjadi milik kita. Semuanya dari Allah dan perlu dilakukan kerana Allah. Maka menulis sekadar menyampaikan ilham yang ada bersama pembaca. Segala kesempurnaan hanya milik Allah.Yang baik dari Dia yang kekurangan itu adalah kelemahan penulis sendiri..

Thursday, May 15

SUNSET

Sunyi sepi blog cik Afra..ekeke..maaf, bukan sengaja..banyak cerita tapi terlalu sibuk dengan aktiviti. InsyaALLAH nanti akan cik Afra masukkan cerita. Beberapa menjak ni sa berminat mengambil gambar - gambar matahari di waktu petang.. antaranya :

Jesselton Point


Pantai Tanjung Aru
 
Cik Afra happy..


Tuesday, March 25

AKU TAK MARAH..CUMA AKU GERAM

Berat sungguh beban yang dipikul saat ini. Mau mengadu dengan siapa? Jari – jari ligat menyiapkan plan landskap, tapi otak pun sama ligat memikirkan tugasan – tugasan yang sepatutnya perlu disiapkan minggu ni. Dari tadi keluhan sa tidak pandai berhenti.  Hati kata nak buat tapi terpaksa berlawan dengan perasaan malas ni.. dan akhirnya tugasan tu terbangkalai beberapa minggu. Sekarang dah tinggal seminggu lagi nak siapkan, kalau tak hantar bermakna markah 0.

Tugasan berkumpulan ni adalah perkara yang paling sa tak suka. Lebih baik tugasan secara individu, itu lagi baik. Bila sudah namanya berkumpulan, pasti yang menjalankan tugas Cuma 2 orang yang aktif sahaja, yang selebihnya berdiam diri tunggu markah dimasukkan. Itulah sekejam – kejam manusia dalam berkumpulan sa rasa.

Semua ahli kumpulan pun sama juga macam sa, sudah bekerja, punya tanggungjawab masing – masing, ada masalah sendiri. Tapi itu bukan alasan untuk tidak membantu menyiapkan tugasaan yang diberi.  Sekurang – kurangnya sumbangkanlah idea atau apa – apa sahaja yang diperlukan. Sabar jer la wahai Cik Afra.

Bukannya tidak boleh bersabar, tapi sampai bila. Perlukah sa bersusah payah untuk mereka yang tidak memahami? Sa yang kena banyak berkorban. Bukan nak minta dihargai, tetapi berbaloi ke sa buat seorang diri semuanya sedangkan mereka langsung tak ambil tahu pun. Sa tak juga sampai hati membiarkan dorang gagal subjek ni. Sa tak mau jangan dorang berdendam. Hati manusia ni siapa yang tahu.

Bukan sa tak pernah membantu kawan – kawan sama belajar ni. Ada subjek yang kadang – kadang memerlukan kepakaran sa juga. Dorang minta pertolongan sa membuat pelan, tapi 1 sen pun tak dibayar malah siap nak tiru maklumat pelan dari kumpulan kami. Sa marah bukan sebab tidak dibayar,,tapi dah minta tolong secara percuma, maklumat yang kami bertungkus lumus buat pengiraan pun nak di copy secara percuma juga? Dorang tinggal goyang kaki jer tunggu.. macam tu?.. kejam sungguh.. tada maknanya belajar jika setakat nak lulus jer. Sa rasa satu kerugian untuk manusia yang macam tu. Bayar beribu – ribu semata – mata nak lulus.. nak naik pangkat kat jabatan. Mengapa tak belajar sungguh – sungguh dapat ilmu dan sekali gus lulus dengan cemerlang..


Semoga sa dapat melalui semua ini dengan tenang..


Tuesday, February 18

HUJUNG MINGGU YANG BERHEMAH



Hujung minggu  pada kali ini penuh dengan aktiviti sampingan.. ekeke. Ini berlaku apabila pensyarah membatalkan kuliah atau pun kuliah berakhir dengan segara. Bukan selalu macam ni tau, budak – budak nakal ni ambil ler kesempatan menikmati masa - masa pembatalan kuliah dengan penuh berhemah sekali..hebat, terima kasih.

15 Feb 2014 – Sabtu

TAMU PUTATAN
Setiap sabtu, kuliah akan bermula pada jam 12 tengahari. Hari ini sa sengaja meminta kawan baik sa Cik June untuk datang kerumah dengan lebih awal. Nasib baiklah Cik June ni setuju, sebab pada awal pagi sebelum kenderaan banyak, kami akan melawat tapak projek. Sa tau, memang dia ni jenis liat nak bangun pagi..ekeke.. sengaja ler nak mendera dia. Sebelum bergerak ke tapak projek, sa bawa dia ke tamu putatan. 

Tamu Putatan atau pun pasar tani Putatan tidak jauh dari rumah sa. Kalau naik kuda putih, tak sampai 10 minit perjalanan. Apa yang paling sa suka di sini ni adalah makanan kegemaran sa ada terjual iaitu laksa Penang..nyummm dapnya. Memang pelbagai kuih muih yang sedap – sedap terjual disini. Kalau tak tahan hati, pasti nak borong semua.. tapi jangan membazir. Selain itu, terdapat juga gerai menjual pelbagai jenis sayur – sayuran dari kundasang, sayur – sayur kampung, buah – buahan, bunga – bungaan,  binatang peliharaan, pelbagai jenis hasil tangkapan laut & sungai, kraftangan yang menarik  dan pakaian yang cantik - cantik.





Seronok dapat membawa Cik June keliling tamu.. sudah dapat laksa penang, Cik June beli nasi lemak sedap dan 2 potong kek durian.. jom3 gerak.




MELAWAT TAPAK PROJEK
Nasib baiklah Cik June hari ini mod bagus, dia ni jenis liat nak bangun pagi. Jam 8 pagi lagi da muncul, cian juga ngan dia. Nak buat cam mana kan?.. Tapak projek ni sebenarnya adalah tugasan yang perlu sa siapkan bersama beberapa orang kawan. Tapi malangnya, yang menyiapkan tugasan ini Cuma sa ngan Cik June jer la nampaknya. Nak harapkan kawan – kawan tu?..huhuiii, sampai habis semester pun belum tentu lagi akan siap. 

Sepatutnya dalam setiap kumpulan diminta memberikan beberapa idea yang perlu untuk memulakan sesuatu projek, entah apa la nasib ni dapat kawan sekumpulan yang kurang memberi kerjasama. Sa tengok pun dorang tak nak ambil peduli. Kalaulah sa ni jahat sangat, jangan harap ler nama dorang ada kat muka depan laporan projek ni nanti..nak sa jadi jahat??? Kalau la sa ni sampai hati..huhuiii

Tapak projek ni sebenarnya adalah jalan raya yang sa lalui setiap hari berulang alik menuju ke pejabat. Ia merupakan jalan raya utama sepanjang 500m yang sering berlaku kerosakan. Apabila dibaik pulih, tidak sampai sebulan jalan ini akan mengalami kerosakan. Alhamdulilah syukur apabila sa memberikan idea ini kepada pensyarah, dia bersetuju sa dan rakan – rakan jadikan jalan raya ini sebagai tugasan.





KOTA KINABALU WETLAND
Dah pergi tamu putatan..dah turun pi meninjau tapak projek.. sempatkan diri lagi melawat ke kawasan paya bakau sebelum masuk kuliah. Cik June ni memang banyak sangat idea kalau bab melawat tempat – tempat menarik. Sebelum ni pun memang dia ler yang jadi pemandu pelancong sa, sebab dia ler juga sa dapat banyak info kawasan – kawasan menarik yang boleh sa bawa bila ada kawan – kawan yang berminat ingin melawat ke Sabah nanti..jom3 datang ke negeri di bawah bayu..





“Kota kinabalu wetlands“ adalah salah satu pusat tanah lembab berpaya bakau negeri sabah. Apa yang menariknya, pelbagai spesis hidupan paya bakau akan kita temui. Selain itu pelbagai spesis pokok kayu bakau ada terdapat disini. Menyelusuri walkway yang sedia ada, kiri dan kanan dedaun hijau bakau, terasa amat mendamaikan berada disini. Sa yang sukakan keindahan alam semula jadi sememangnya rasa teruja.. jika ingin lari sebentar dari pandangan bangunan konkrit setiap hari, boleh la datang kesini menikmati pemandangan alam. 



16 Feb 2014 – Ahad
SUTERA HARBOUR BEACH RESORT
Semalam selepas habis kuliah malam, sa bermalam dirumah Cik June. Awal pagi bangun dan bersiap – siap untuk ke kuliah. Semalam naik kuda putih, hari ni naik si putih kereta Cik June. Masih awal lagi, sempat lagi singgah sebentar melihat keindahan alam tepi pantai. Menurut kata Cik June, kawasan ini merupakan kawasan tempat orang tengok matahari terbenam.. tempat orang memancing.. dan macam – macam lagi la.. apa tu Cik June?

 

AIR TERJUN KIANSOM, INANAM
Pagi ini dengan penuh bersemangat kami berdua pergi kuliah, tiba – tiba dapat sms dari sorang rakan kelas mengatakan kuliah pagi ini dibatalkan atas sebab, En. Anuar kurang sihat. Emm.. baru jam 9 pagi, sedangkan kuliah seterusnya pad jam 1 petang. Cepat jer Cik June memberi idea, katanya pergi ke Air Terjun Kiansom, Inanam. Tanpa banyak cakap, apa lagi..terus bergerak.

Ini adalah kali pertama sa datang, sebelum ini ada juga berniat untuk mengunjungi kawasan ini, namun sabar jer lah sebab tak berani sorang – sorang datang pi sini. Kawasan air terjun ini sebenarnya agak jauh dari pekan Inanam.  Bunyi air terjun sudah kedengaran dari jauh.




 
Alangkah damainya berada di kawasan ini, kan best kalau ada rumah sendiri kat sini, belakang rumah ada sungai yang berhubung dengan air terjun… emmm..bestnya. Memang indah pemandangan berada disini, kena berhati – hati dengan langkah kerna batu – batu yang ada agak licin. Airnya amat sejuk sekali, rasa seperti air yang disimpan dalam peti sejuk.

Dah puas bermain air..da puas posing sana sini..jom Cik June..kita balik, kuliah jam 1 ni..balik dulu...

SUKA - SUKA



Sa bukannya seorang photographer professional.. dan langsung tidak mengambil apa – apa krusus mengenai bidang ni, tapi sa sangat – sangat berminat mengambil gambar. Dengan berbekalkan kamera “Lumix GF5” kesayangan sa, banyak kenangan, keindahan dan suasana yang dapat dirakamkan. 



Mungkin ada yang berminat mengambil gambar untuk suka – suka, tidak punya asas dalam bidang ni seperti sa, kamera “Lumix GF5” adalah yang paling sesuai dimiliki. Ini kerana, kamera ini senang digunakan, tidak banyak nak di setting sana sini, just pilih apa yang patut sahaja, touch screen dan yang penting sangat – sangat gambar yang kita ambil memang cantik seperti apa yang wujud. Kena rajin godek – godek apa benda yang istimewa sangat pasal kamera ni.. memang best tu.



Biar gambar berbicara..ekeke, ini adalah beberapa hasil yang terbaik setakat ini, semoga menjadi inspirasi buat kawan – kawan yang minat ambil gambar. Untuk pengetahuan kawan - kawan, semua gambar - gambar yang ada ni adalah asli dan tidak di edit sedikit pun..ekeke..terbaik dari ladang..