Rasulullah menggambarkan orang
yang kikir dan orang yang dermawan itu dengan dua orang yang masing – masing
memiliki jubah. Orang yang dermawan terus – menerus memberi dan menginfaqkan
hartanya, sehingga jubah dan baju besinya menjadi longgar dan lapang hingga
akhir hayatnya. Sementara itu orang yang kikir terlalu kuat memegang hartanya
dan tidak mahu menyedekahkannya, sehingga pakaiannya terasa semakin menyempit
dan menghimpit, yang pada akhirnya akan menyempitkan jiwanya.
No comments:
Post a Comment