Wednesday, September 25

TERIMA KASIH

Alhamdulilah syukur, terasa tenang pagi ini selepas solat subuh berkesempatan membaca Al Quran, berdoa semoga hari ini dipelihara, dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Mungkin orang anggap sa ni sengaja menunjuk – nunjuk, salah sudah tu, sa Cuma mahu berkongsi kebahagiaan dan ketenangan sa bersama orang yang sedang membaca blog sa. Ini blog sa, sa akan bercerita apa sahaja yang baik – baik. Tolong jangan anggap sa begitu.

Alhamdulilah, syukur kepada ALLAH. Terima kasih sangat – sangat kepada sahabat baik sa En. Ariff Budiman dari blog Warna Nostalgia atas kata – kata nasihatnya dan dorongan yang sentiasa ada dikala sa memerlukan. Semoga ALLAH memelihara, ditambahkan rezeki dan kesihatan yang baik untuk En. Ariff Budiman dan keluarganya.

Entah kenapa, sa masih lagi memikirkan kejadian semalam. Bermula dari rumah sa di putatan sampailah ke Bundusan tempat sa bekerja, sepanjang perjalanan itu sa memikirkan hikmah yang tersembunyi atas kejadian semalam. Sambil – sambil JOHARA pagi ERA menemani sa awal pagi ni buat sa tersenyum dan ketawa sendirian.

Sa bukan marah atau tidak berpuas hati, Cuma sa teringat dengan keegoannya. Sa bukannya yang sempurna, sa akui sa selalu buat kesalahan. Sa juga ada sejarah hidup sa sendiri. Kerna sejarah hidup itu sa merubah kehidupan sa menjadi lebih baik. Sa Cuma mahu kehidupan sa di landasan yang betul. Lakukan semua perkara dengan penuh keikhlasan dan bersungguh – sungguh.

Sa yakin, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik InsyaALLAH. Wanita baik ini tidak akan memandang rupa, harta dan pangkat kamu wahai adam, Cuma diharapkan kamu menjaganya dengan baik dan bersama – sama mencari pahala untuk bekalan akhirat nanti.
Bila hati kita tenang, semua dugaan dan ujian ini menjadi indah.. buat sa tersenyum. Terima kasih.


"Jika seseorang itu mencintai Allah, inshaAllah dia akan mencintai orang lain, walau siapa pun orang tu"

AKU HANYA INSAN BIASA

Bila ada orang salah anggap perbuatan sa di muka buku yang selama ini sa anggap betul, baik baik sahaja, baru sa sedar yang rupanya ada orang selama ni sering memerhatikan sa dari jauh. Selepas itu membuat kesimpulan berdasarkan apa yang dia Nampak dan perhatikan. Sama la juga seperti kita berdiri di tepi pantai memandang lautan yang luas, kita Nampak ombak, perahu, burung – burung, orang mandi manda dan sebagainya..ketika itu tidak terlintas di hati kita pun mahu menyelam kedasar lautan melihat apa yang ada di dalam sana.. persolan yang bermain di fikiran sa, kenapa tidak cuba untuk mengenali sa dengan lebih rapat?

Sa Cuma manusia biasa yang selalu melakukan kesalahan dan kesilapan, semua orang pun tidak ada yang sempurna. sa muhasabah diri petang ini, merenung kembali kata – katanya. Terima kasih. Terusik juga hati sa sekejap. Sa hormat dia dan sa anggap dia kawan baik yang boleh sa berkongsi suka, duka, cerita dan minta pendapat. Rupanya sa sudah tersalah orang. Mungkin sa pernah menyakiti, minta maaf. Sa fikir positif, bagus juga sekali sekala orang sedarkan kita. Pandangan dan pendapat orang yang menilai diri kita mungkin berbeza – beza. Orang yang tidak mengenali kita dengan lebih rapat tidak akan tahu siapa diri kita.

Bila sa post di muka buku berkenaan dengan hal – hal agama, orang akan anggap sa ni ustazah, warak, alim dan tahu hukum hakam agama..maaf..sebenarnya sa bukan orangnya. Sa mengaji Al-Quran di kampung sahaja. Memang dulu sa berminat sangat –sangat mengikut jejak langkah grandma muda sa untuk belajar lebih mendalam dalam bidang agama. Namun perancangan ALLAH itu lebih rapi, sa belajar ilmu seni bina.


Sa suka ilmu agama, sa rasa tak perlu la sa menunggu menjadi seorang ustazah baru sa post ilmu – ilmu yang baik untuk dikongsikan bersama kawan – kawan di muka buku sa. Semunya pun sa copy & paste dari page orang lain yang sa yakin ayatnya betul dan bermanafaat. Takkanlah ustazah, orang – orang warak dan alim ulama jak yang layak menyebarkan dakwah islamiah. Dari sa post cakap merapu – rapu entah apa entah yang langsung tada faedah, baik sebarkan kata – kata yang penuh kebaikan. Cari pahala sekarang ni bukannya susah pun. Semuanya di hujung jari..kan?

Tuesday, September 17

HASIL MALAM NI

Malam ni rasa cam tak berapa nak sihat, asyik bersin, tekak pun dah bagi isyarat. Mudah - mudahan tak la ni jadi sakit tekak.

Entah gatal pula jari - jari cumil malam ni membuat Brooch "Hany Sweet Roses".. ekeke. Tu la nama Adik bongsu dalam muka buku. Bagi penghormatan kepada insan yang banyak memberi banyak semangat untuk sa membuat banyak - banyak brooch untuk dia jual. Bila dia yang jual mesti akan habis.. bukan main gembira lagi dia.

Brooch Hany Sweet Roses

Banyak lagi bah cete ni..tapi nantilah ada masa kita cete - cete lagi..ok..selamat malam

Monday, September 2

SYUKUR..ALHAMDULILAH



Rasanya, inilah namanya rezeki masing – masing. Jodoh itu rezeki, anak itu rezeki, dapat kerja baik itu rezeki, dapat sambung belajar itu rezeki dan banyak lagi kurniaan ALLAH untuk kita adalah rezeki dari-NYA. Cuti sabtu dan ahad tu memang hari yang betul – betul banyak aktiviti meletihkan. Banyak perkara yang buat sa berfikir.

Sabtu tu dalam jam 9 malam, pakcik jiran sebelah rumah minta tolong hantarkan cucunya ke hospital. Ibu cucunya tu kawan sa juga. Alhamdulilah, memang sudah rezekinya bertemu jodoh cepat dan sekarang sudah mempunyai 4 orang cahaya mata yang comel – comel. selain dia ada 4 orang lagi kawan sekampung sa, Kami seusia, membesar, bersekolah dan bermain bersama – sama satu ketika dahulu. Sekarang ni 4 orang dari mereka suda bertemu jodoh, ada anak – anak, tinggal sa dengan kawan yang sorang lagi ni belum mendapat rezeki jodoh. Rasanya, sa kebal sudah dengan soalan jodoh yang selalunya seperti peluru bertubi – tubi  di tembak tepat di jantung ni.. senyum jer. Emm.. dorang ingat jodoh ni boleh beli dan pilih – pilih di pasar ikan ker? Sa bersangka baik sajalah, mungkin dorang pun mahu melihat sa bahagia, punya suami dan anak – anak seperti orang lain, terima kasih. 

Ceritanya semasa di hospital malam tu, sa rasa sedih dan rawan hati sangat dengan kawan sa ni. Yang menemani dia ke hospital malam tu suami dan ayahnya. Namun hati sa terasa sangat bila suaminya boleh pula menunggu sahaja di luar bangunan duduk di taman sendiri. Dibiarkannya si isteri sendirian membawa si anak kecil mendapatkan rawatan. Si datuk pula yang sibuk keluar masuk tempat rawatan kecemasan ketika itu. Sa Cuma mampu memandang. Sambil berdoa dalam hati “ Ya ALLAH, sembuhkanlah anak kecil ini, dan aku mohon padamu Ya ALLAH temukanlah aku jodoh yang dalam hatinya penuh dengan kasih sayang”..aminn. Selesai rawatan si kecil jam 12 malam dan masa untuk gerak balik, baru pula si suami  sibuk dalam kereta bertanya itu dan ini, kena ambil darah ke tak. Emm.. ini lah ujian buat kawan sa yang sorang ni.. sabar jer la. 

Sampai dirumah, pakcik tu keluarkan dompet dan mau memberi upah. Sa menolak untuk menerima pemberian pakcik tu. Apalah sangat pertolongan sa dengan dorang, syukurlah yang kuda putih sa ni berjasa juga kepada orang lain. Lagi pun pakcik tu lah tok guru mengaji sa, jiran sebelah rumah lagi dan ada hubungan persaudaraan. Apa yang penting, semua orang selamat sampai ke rumah dan si anak kecil tidur dengan lena..syukur.

Bila kita melihat kebahagiaan orang lain, orang lain pun melihat kita lebih bahagia dari mereka. Tapi sebalik kebahagiaan yang kita Nampak itu pastinya ada ujian yang sedang dilalui. Sa tau ALLAH sedang menguji sa. Apa orang nak kata tentang sa yang masih single ni, sa biarkan saja. Apa yang penting sa tidak mengganggu dan menyusahkan kehidupan orang lain. Sebenarnya walaupun belum punya anak sendiri, sa lalui juga bagaimana letih dan teruji tahap kesabaran dengan anak – anak buah sa yang comel dan manja dengan sa. Sa jaga, sayang dan layan dorang seperti anak sa sendiri. Keluarga sa, anak – anak buah sa dan kucing – kucing sa lah yang membuatkan kehidupan sa penuh kasih sayang..I LOVE U ALL.


DRIVER FOR EVER



MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!.. Selamat Hari Merdeka kepada negaraku yang tercinta. Cuti sempena hari kemerdekaan ini sa ambil kesempatan berlari laju – laju balik kampung  awal pagi ni bersama abang, kak ipar dan si cubby Aliff .. berlari bersama kuda putih kesayanganku. Sa yang drive, memandangkan abang semalam bekerja shif malam, bahaya ni orang ngantuk drive kereta. Harap – harap dia terlena la diulit mimpi – mimpi indah, harapan sa ketika itu sebab sa suda sedia maklum perangai dia kalau orang lain yang drive. Rupanya, lagi terang biji matanya.. waaa, oiii tidur la. 

Ini la masalahnya bila kita drive kereta, orang sebelah kita adalah pemandu kereta F1 paling pro disabah. Emm.. napa la dia tak pejam mata tidur , supaya sa yang drive ni tak la stress. Stress sebab mulutnya pok pek pok pek suruh sa potong kereta depan, suruh tengok side mirror atau pun jauh lagi jarak kereta di depan tu dia da bising suruh tekan brek. Patutnya sebelum gerak tadi dia ni wajib di bagi makan ubat tidur..ekeke.
  
Sampai di pekan Beaufort, kami singgah ke Tamu Beaufort. Mungkin ada ni yang tidak tahu maksud Tamu? Sebenarnya Tamu ni lebih kurang macam pasar tani di semenanjung yang diadakan seminggu sekali. Ada tapak khas untuk Tamu supaya para petani datang membawa hasil pertanian mereka untuk dijual. Selain dari hasil pertanian, ada juga pelbagai gerai yang ada. Bagi kami, ni lah masanya untuk mencari makanan tradisional kegemaran terutamanya tapai manis dan kuih cincin gula kabung. Borong habis.

Petang drive lagi, teman mama pergi melawat kakak sulong di hospital sebab si comey Arrisya terkena penyakit kuning / jundis. Rata – rata baby baru lahir mesti kena panyakit ni, Tanya juga dengan mama.. sa dulu kena penyakit kuning tak?.. dia kata, takde. Cian baby Arrisya, habis belakang tangannya dicucuk jarum ambil darah, hitam lebam. Sayu jak tengok baby Arrisya sakit, semoga cepat sembuh nak..aminn.



Malam yang dingin, baru jak 3 minit melabuhkan badan yang keletihan ini. Tiba – tiba ayah panggil, dia kata pakcik sebelah rumah minta tolong hantar cucunya ke hospital sebab demam sampai tahap dah kena sawan. Kebetulan abang pi kenduri bawa kereta ayah, boleh juga ayah bawa kuda putih tapi cian juga ayah, tak nak susahkan dia. Gagahkan diri juga bersiap walaupun tahu tahap kerabunan mataku ini pada waktu malam. Jam 9 malam Sa drive perlahan –lahan, sambil menikmati alunan suara si anak menangis, cian ni anak. Jam 12.15 baru selesai di rawat si anak, dan sa drive perlahan – lahan walaupun ketika itu jalan raya lengang. hampir jam 1 pagi baru sampai kerumah, emm..letihnya dengan aktiviti driving hari ni..ZZZZZZZzzzzz