Wednesday, May 29

The Upside Down House in Borneo



Suatu hari yang indah, kawan sekuliah sa, Cik June ajak pigi rumah terbalik.


Cik June : Kakak jom kita pigi rumah terbalik..

Cik Afra : Isk..tinggal 2 jam lagi ni sebelum kita start kuliah..sempat ka tu?

Cik June : Sempat bah kakak.. bukannya jauh pun..

Cik Afra : A’ah, kakak pun lum pernah lagi pigi tu.


 

Rumah Terbalik Borneo Kg Telibong Tamparuli
Menurut sumber, rumah ini disiapkan kira-kira 1 tahun dengan menelan kos 1.2 juta. Ianya dibina di atas tanah seluas 140 kaki persegi oleh kumpulan pekerja pemiliknya, Alexander Yap dengan bantuan arkitek Cheong Kok Ann dan jurutera Paul Yap.




Keunikan Rumah Terbalik Borneo Kg Telibong Tamparuli.
Bukan sahaja rumah ini terbalik dari segi struktur binaannya tetapi hiasan dalaman rumah ini juga terbalik, ruang tamu, bilik tidur, ruang dapur, tandas dan perhiasan dindingnya.




Bagaimana mahu ke Rumah Terbalik Borneo Kg Telibong Tamparuli?
Perjalanan selama 20-40 minit dari Kota Kinabalu ke Tamparuli, terletak di tepi jalan utama ke Kundasang, Ranau dan ianya berdekatan dengan SMK Tamparuli.





Berapa tiket masuk ke Rumah Terbalik Borneo Kg Telibong Tamparuli?
RM18 untuk dewasa.
RM10 untuk dewasa pemegang MyKad
RM5 untuk kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi:
Telefon : 088260263






                                          

Tuesday, May 28

Di sini bermula alkisah afra luthfiyah..



Assalammualikum..Drive kete awal pagi nak pi keje, alhamdulilah cuti sekolah dah bermula.. perjalanan semakin lancar. Sepanjang perjalanan sa memikirkan apa bah yang mau di masukkan dalam blog.. teruja sangat - sangat sebenarnya. Terima kasih kepada sahabat sa En. Ariff Budiman Zainal Abidin yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar..thanks sifu..ayaaa.. manyak – manyak tengkiu ahh..wekeke.. disebabkan sa orang sabah, jadi selamat belajar bahasa sabahan..

Nama sa sebenar, Hartini binti Mattahir, berasal dari Kg. Lago Beaufort sabah negeri dibawah bayu yang aman damai penuh dengan kehidupan flora dan fauna memukau mata yang memandang. Sabah memang terkenal dengan pelbagai suku kaum, dan sa dari suku kaum Bisaya. Mejoriti masyarakat Daerah Beaufort adalah suku kaum Bisaya beragama Islam. Siapa Afra Luthfiyah? Owh nama tu.. sebenarnya sa suka nama tu, Afra tu bermaksud “putih” dan Luthfiyah pula bermaksud “lemah lembut”. Masa tu kak ipar mengandung jadi cari – carilah nama baby.. sekali yang keluar baby boy lak..abang bagi nama baby dia Aliff Iskandar.. sebelum ni cik Afra ni lah yang jadi tukang cari nama baby.. at last nama Afra Luthfiyah dah jadi nama kat facebook, kat page facebook. Nanti sa cete pasal facebook.




           Dilahirkan di kampung yang agak jauh dari kawasan Bandar adalah sesuatu yang menyeronokkan. Lahir sebagai sumandak (gadis) cumil kampung yang lasak. Hutan adalah kawasan permainan yang paling indah dan mendamaikan, sungai adalah kawasan utama yang patut disinggahi sebelum balik rumah selepas waktu sekolah, membantu ibu di sawah padi pada waktu petang, cuti sekolah bantu ibu menoreh getah. Kenangan yang cukup indah untuk diingati. Alhamdulilah sampai sekarang sa masih boleh  menoreh getah..Cuma sudah agak lama tidak menoreh sejak bekerja tetap di Bandar.

  My home sweet home

Ibu sa seorang surirumah tangga yang cukup – cukup hebat dan benar – benar  hebat di mata kami adik beradik. Membesarkan kami 7 beradik bukannya mudah, apatah lagi terpaksa berjauhan dengan ayah yang merantau mencari rezeki serata tempat pada ketika itu. Ibulah yang menjaga kami sepanjang ketiadaan ayah. Ayah yang jarang berada dirumah membuatkan kami adik beradik lebih rapat dengan ibu. Segala – galanya ibu. Wanita hebat ini lasak dalam setiap pekerjaannya..dan sa pun begitu juga menjadi seperti dia. Dia lah sifu sa menjala ikan (merambat ikan). Pengalaman pertama menebar jala memang lucu sangat, percubaan pertama jala jadi bentuk 8..wekeke.. setelah lama – lama alhamdulilah menebar jala dengan jayanya. Suatu ketika dahulu sungai yang menjadi tempat aktiviti mandi manda banyak sangat ikannya, ikan puyu (ikan karuk), ikan haruan (ikan jalak / dalak), ikan keli, ikan sepat..macam - macam ada,  airnya jernih, selagi mata tak merah jangan harap balik rumah.. sekarang sungai tu tiada sudah.. kesian adik – adik tak sempat menikmati keseronokan seperti kami dulu.


      Ibu dan ayah
Ayah sejak dari muda memang suka merantau, mencari rezeki untuk keluarga. Lelaki gagah ini berusah sedaya upayanya untuk isteri dan anak – anak yang membesar. Betapa pentingnya ilmu pelajaran untuk anak – anak. Wanita hebat dan lelaki gagah inilah yang menjadi penggerak utama kami adik beradik berjaya dalam hidup sekarang. Ibu dan ayah bersekolah setakat sekolah rendah sahaja, memang besar harapanya mau semua anak – anaknya berjaya dalam bidang masing – masing. Alhamdulilah berkat ketabahan, kesabaran dan doa mereka. Semoga ALLAH memelihara mereka berdua seperti mereka memelihara kami sewaktu kecil dahulu, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat mereka berdua..aminn.



Kesusahan dan semangat yang kuat ditanam dalam diri dari waktu kecil membuatkan sa dan adik – beradik yang lain tidak merisaukan ibu dan ayah..sejauh mana pun kaki kami melangkah Alhamdulilah, hampir 10 tahun suda sa bekerja sebagai Pelukis Pelan bangunan. Berada dalam  bidang Seni Bina bukanlah cita – cita, tapi inilah rezeki sa. Bermula dari 0 dan sedar tak sedar banyak pengalaman ditimba.  Apa yang paling mengujakan dan menyeronokkan apabila yang sa lukis menjadi kenyataan, dan bangunan tu akan berdiri teguh di situ, boleh lah cete cucu cicit sok moyang dorang ni yang lukis pelan bangunan tu..wekeke.  

     Kerja - kerja Cik Afra
Ehamm..still single lagi ni, kerna single sangat la ni sa ambil kesempatan sambung study. Sekarang ni sa study partime di Politeknik Kota Kinabalu dalam Diploma Kejuruteraan Awam. Memandangkan hari bekerja isnin sehingga jumaat jer.. amat – amat bertuah kerna waktu kuliah sa hari sabtu dan ahad.. inilah yang bestnya single ni. Ada juga kawan – kawan yang sudah berkahwin sambung study sama – sama.. namun memang berbeza pengurusan kehidupannya dengan orang single.. jadi nasihat sa kepada kawan – kawan yang still young & single tu, sambunglah study selagi berminat, In Sya Allah.. Allah akan permudahkan. 


Orit..rasanya cukup la tu mukadimah untuk kawan – kawan mengenali cik Afra ni.. sa lebih suka kawan – kawan panggil sa AFRA.. panggil TINI pun boleh.. tada masalah.. In Sya Allah, selagi jari – jari ini mampu bergerak menaip pasti akan ada cerita yang kita boleh kongsikan bersama.