Alhamdulilah syukur, terasa
tenang pagi ini selepas solat subuh berkesempatan membaca Al Quran, berdoa
semoga hari ini dipelihara, dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Mungkin
orang anggap sa ni sengaja menunjuk – nunjuk, salah sudah tu, sa Cuma mahu
berkongsi kebahagiaan dan ketenangan sa bersama orang yang sedang membaca blog
sa. Ini blog sa, sa akan bercerita apa sahaja yang baik – baik. Tolong jangan
anggap sa begitu.
Alhamdulilah, syukur kepada
ALLAH. Terima kasih sangat – sangat kepada sahabat baik sa En. Ariff Budiman
dari blog Warna Nostalgia atas kata – kata nasihatnya dan dorongan yang
sentiasa ada dikala sa memerlukan. Semoga ALLAH memelihara, ditambahkan rezeki
dan kesihatan yang baik untuk En. Ariff Budiman dan keluarganya.
Entah kenapa, sa masih lagi
memikirkan kejadian semalam. Bermula dari rumah sa di putatan sampailah ke Bundusan
tempat sa bekerja, sepanjang perjalanan itu sa memikirkan hikmah yang
tersembunyi atas kejadian semalam. Sambil – sambil JOHARA pagi ERA menemani sa
awal pagi ni buat sa tersenyum dan ketawa sendirian.
Sa bukan marah atau tidak
berpuas hati, Cuma sa teringat dengan keegoannya. Sa bukannya yang sempurna, sa
akui sa selalu buat kesalahan. Sa juga ada sejarah hidup sa sendiri. Kerna
sejarah hidup itu sa merubah kehidupan sa menjadi lebih baik. Sa Cuma mahu
kehidupan sa di landasan yang betul. Lakukan semua perkara dengan penuh
keikhlasan dan bersungguh – sungguh.
Sa yakin, perempuan yang baik
untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik
InsyaALLAH. Wanita baik ini tidak akan memandang rupa, harta dan pangkat kamu
wahai adam, Cuma diharapkan kamu menjaganya dengan baik dan bersama – sama
mencari pahala untuk bekalan akhirat nanti.
Bila hati kita tenang, semua
dugaan dan ujian ini menjadi indah.. buat sa tersenyum. Terima kasih.
"Jika seseorang itu mencintai Allah, inshaAllah dia akan mencintai orang lain, walau siapa pun orang tu"
As Salam
ReplyDeleteTerima kasih kerana mendoakan untuk saya. Semoga mereka yg terlalu ego akan menyedari keegoaan mereka tidak kemana. Teruskan Tini melakukan perkara yg baik. Biarlah suatu hari nanti mereka akan tersedar dari keegoaan mereka.
walaikumsalam, tini bersyukur.. Allah tunjuk yang seseorang itu bukan jodoh tini. walau apa pun, siapa pun berhak buat keputusan untuk diri sendiri. Tini doakan semoga ALLAH pertemukan Tini dan Insan itu jodoh masing - masing yang terbaik.
ReplyDelete