Rasanya, inilah namanya rezeki
masing – masing. Jodoh itu rezeki, anak itu rezeki, dapat kerja baik itu
rezeki, dapat sambung belajar itu rezeki dan banyak lagi kurniaan ALLAH untuk
kita adalah rezeki dari-NYA. Cuti sabtu dan ahad tu memang hari yang betul –
betul banyak aktiviti meletihkan. Banyak perkara yang buat sa berfikir.
Sabtu tu dalam jam 9 malam,
pakcik jiran sebelah rumah minta tolong hantarkan cucunya ke hospital. Ibu
cucunya tu kawan sa juga. Alhamdulilah, memang sudah rezekinya bertemu jodoh
cepat dan sekarang sudah mempunyai 4 orang cahaya mata yang comel – comel. selain
dia ada 4 orang lagi kawan sekampung sa, Kami seusia, membesar, bersekolah dan
bermain bersama – sama satu ketika dahulu. Sekarang ni 4 orang dari mereka suda
bertemu jodoh, ada anak – anak, tinggal sa dengan kawan yang sorang lagi ni
belum mendapat rezeki jodoh. Rasanya, sa kebal sudah dengan soalan jodoh yang selalunya
seperti peluru bertubi – tubi di tembak
tepat di jantung ni.. senyum jer. Emm.. dorang ingat jodoh ni boleh beli dan
pilih – pilih di pasar ikan ker? Sa bersangka baik sajalah, mungkin dorang pun
mahu melihat sa bahagia, punya suami dan anak – anak seperti orang lain, terima
kasih.
Ceritanya semasa di hospital
malam tu, sa rasa sedih dan rawan hati sangat dengan kawan sa ni. Yang menemani
dia ke hospital malam tu suami dan ayahnya. Namun hati sa terasa sangat bila
suaminya boleh pula menunggu sahaja di luar bangunan duduk di taman sendiri.
Dibiarkannya si isteri sendirian membawa si anak kecil mendapatkan rawatan. Si
datuk pula yang sibuk keluar masuk tempat rawatan kecemasan ketika itu. Sa Cuma
mampu memandang. Sambil berdoa dalam hati “ Ya ALLAH, sembuhkanlah anak kecil
ini, dan aku mohon padamu Ya ALLAH temukanlah aku jodoh yang dalam hatinya
penuh dengan kasih sayang”..aminn. Selesai rawatan si kecil jam 12 malam dan
masa untuk gerak balik, baru pula si suami
sibuk dalam kereta bertanya itu dan ini, kena ambil darah ke tak. Emm..
ini lah ujian buat kawan sa yang sorang ni.. sabar jer la.
Sampai dirumah, pakcik tu
keluarkan dompet dan mau memberi upah. Sa menolak untuk menerima pemberian
pakcik tu. Apalah sangat pertolongan sa dengan dorang, syukurlah yang kuda putih
sa ni berjasa juga kepada orang lain. Lagi pun pakcik tu lah tok guru mengaji
sa, jiran sebelah rumah lagi dan ada hubungan persaudaraan. Apa yang penting,
semua orang selamat sampai ke rumah dan si anak kecil tidur dengan lena..syukur.
Bila kita melihat kebahagiaan
orang lain, orang lain pun melihat kita lebih bahagia dari mereka. Tapi sebalik
kebahagiaan yang kita Nampak itu pastinya ada ujian yang sedang dilalui. Sa tau
ALLAH sedang menguji sa. Apa orang nak kata tentang sa yang masih single ni, sa
biarkan saja. Apa yang penting sa tidak mengganggu dan menyusahkan kehidupan
orang lain. Sebenarnya walaupun belum punya anak sendiri, sa lalui juga
bagaimana letih dan teruji tahap kesabaran dengan anak – anak buah sa yang comel
dan manja dengan sa. Sa jaga, sayang dan layan dorang seperti anak sa sendiri. Keluarga
sa, anak – anak buah sa dan kucing – kucing sa lah yang membuatkan kehidupan sa
penuh kasih sayang..I LOVE U ALL.
No comments:
Post a Comment