MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!..
Selamat Hari Merdeka kepada negaraku yang tercinta. Cuti sempena hari
kemerdekaan ini sa ambil kesempatan berlari laju – laju balik kampung awal pagi ni bersama abang, kak ipar dan si
cubby Aliff .. berlari bersama kuda putih kesayanganku. Sa yang drive,
memandangkan abang semalam bekerja shif malam, bahaya ni orang ngantuk drive
kereta. Harap – harap dia terlena la diulit mimpi – mimpi indah, harapan sa
ketika itu sebab sa suda sedia maklum perangai dia kalau orang lain yang drive.
Rupanya, lagi terang biji matanya.. waaa, oiii tidur la.
Ini la masalahnya bila kita drive
kereta, orang sebelah kita adalah pemandu kereta F1 paling pro disabah. Emm..
napa la dia tak pejam mata tidur , supaya sa yang drive ni tak la stress.
Stress sebab mulutnya pok pek pok pek suruh sa potong kereta depan, suruh
tengok side mirror atau pun jauh lagi jarak kereta di depan tu dia da bising
suruh tekan brek. Patutnya sebelum gerak tadi dia ni wajib di bagi makan ubat
tidur..ekeke.
Sampai di pekan Beaufort, kami
singgah ke Tamu Beaufort. Mungkin ada ni yang tidak tahu maksud Tamu?
Sebenarnya Tamu ni lebih kurang macam pasar tani di semenanjung yang diadakan
seminggu sekali. Ada tapak khas untuk Tamu supaya para petani datang membawa
hasil pertanian mereka untuk dijual. Selain dari hasil pertanian, ada juga
pelbagai gerai yang ada. Bagi kami, ni lah masanya untuk mencari makanan
tradisional kegemaran terutamanya tapai manis dan kuih cincin gula kabung.
Borong habis.
Petang drive lagi, teman mama
pergi melawat kakak sulong di hospital sebab si comey Arrisya terkena penyakit
kuning / jundis. Rata – rata baby baru lahir mesti kena panyakit ni, Tanya juga
dengan mama.. sa dulu kena penyakit kuning tak?.. dia kata, takde. Cian baby
Arrisya, habis belakang tangannya dicucuk jarum ambil darah, hitam lebam. Sayu
jak tengok baby Arrisya sakit, semoga cepat sembuh nak..aminn.
Malam yang dingin, baru jak 3
minit melabuhkan badan yang keletihan ini. Tiba – tiba ayah panggil, dia kata
pakcik sebelah rumah minta tolong hantar cucunya ke hospital sebab demam sampai
tahap dah kena sawan. Kebetulan abang pi kenduri bawa kereta ayah, boleh juga
ayah bawa kuda putih tapi cian juga ayah, tak nak susahkan dia. Gagahkan diri
juga bersiap walaupun tahu tahap kerabunan mataku ini pada waktu malam. Jam 9
malam Sa drive perlahan –lahan, sambil menikmati alunan suara si anak menangis,
cian ni anak. Jam 12.15 baru selesai di rawat si anak, dan sa drive perlahan –
lahan walaupun ketika itu jalan raya lengang. hampir jam 1 pagi baru sampai
kerumah, emm..letihnya dengan aktiviti driving hari ni..ZZZZZZZzzzzz
No comments:
Post a Comment