Tuesday, October 15

MEE KARI CIK AFRA

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada kawan - kawan, Raya kali ni sa tidak balik kampung, memandangkan Final Exam dalam beberapa hari lagi. InsyaALLAH selepas Final Exam nanti tiap minggu sa akan balik menjenguk mak ayah.  Hari ini masak mee kari special. Dari semalam lagi fikir - fikir mau masak apa untuk esok. Pagi tadi tiba - tiba teringat mee kari. Ni la ni anak dara moden, semunya dihujung jari. Google resepi mee kari kat internet, da dapat resepi terus bersiap ke pasar untuk membeli bahan. Sebenarnya sa langsung tak pernah masak mee kari special ni ekeke..ini adalah yang pertama kalinya. Jom sa share resepi mee kari special untuk kawan - kawan



yang ni penting.. bebola ikan


daun kesum

bunga kantan


mee kuning

Setelah bertungkus lumus berada di dapur.. akhirnya yang ditunggu - tunggu sudah siap.. ini kali la..

 
Mee kari Cik Afra
Kalau bab - bab merasa kuah ni sa kurang sikit.. sekali pembantu tukang masak masuk dapur dan menambah apa yang kurang.. Alhamdulilah memang sedap.. pandai dia bagi rasa..ekeke.. yang kelakarnya tu adik ipar ni dia kalau mee kari ni dia tak makan dia kata..selepas merasa mee kari Cik Afra ni..Alhamdulilah menambah mee dia..ekeke.. bestnya memasak hari ni..

Teringat mak di kampung.. agaknya apalah mak masak sekarang ni..emmm.. awal pagi tadi da call..Rindunya



2 comments:

  1. As Salam Tini
    Nampak sedap dan semestinya sedap.

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam.. first time ni masak mee kari.. ekeke... memang sedap.. tak sangka.. pas tu tadi abang long sekeluarga datang tini masak lagi.. amboiii menambah dorang sampai 3x.. boleh buka gerai mee kari da ni..

    ReplyDelete