Bila ada orang salah anggap
perbuatan sa di muka buku yang selama ini sa anggap betul, baik baik sahaja,
baru sa sedar yang rupanya ada orang selama ni sering memerhatikan sa dari
jauh. Selepas itu membuat kesimpulan berdasarkan apa yang dia Nampak dan perhatikan.
Sama la juga seperti kita berdiri di tepi pantai memandang lautan yang luas,
kita Nampak ombak, perahu, burung – burung, orang mandi manda dan
sebagainya..ketika itu tidak terlintas di hati kita pun mahu menyelam kedasar
lautan melihat apa yang ada di dalam sana ..
persolan yang bermain di fikiran sa, kenapa tidak cuba untuk mengenali sa dengan
lebih rapat?
Sa Cuma manusia biasa yang selalu
melakukan kesalahan dan kesilapan, semua orang pun tidak ada yang sempurna. sa
muhasabah diri petang ini, merenung kembali kata – katanya. Terima kasih. Terusik
juga hati sa sekejap. Sa hormat dia dan sa anggap dia kawan baik yang boleh sa
berkongsi suka, duka, cerita dan minta pendapat. Rupanya sa sudah tersalah
orang. Mungkin sa pernah menyakiti, minta maaf. Sa fikir positif, bagus juga
sekali sekala orang sedarkan kita. Pandangan dan pendapat orang yang menilai
diri kita mungkin berbeza – beza. Orang yang tidak mengenali kita dengan lebih
rapat tidak akan tahu siapa diri kita.
Bila sa post di muka buku
berkenaan dengan hal – hal agama, orang akan anggap sa ni ustazah, warak, alim
dan tahu hukum hakam agama..maaf..sebenarnya sa bukan orangnya. Sa mengaji
Al-Quran di kampung sahaja. Memang dulu sa berminat sangat –sangat mengikut
jejak langkah grandma muda sa untuk belajar lebih mendalam dalam bidang agama.
Namun perancangan ALLAH itu lebih rapi, sa belajar ilmu seni bina.
Sa suka ilmu agama, sa rasa tak
perlu la sa menunggu menjadi seorang ustazah baru sa post ilmu – ilmu yang baik
untuk dikongsikan bersama kawan – kawan di muka buku sa. Semunya pun sa copy
& paste dari page orang lain yang sa yakin ayatnya betul dan bermanafaat. Takkanlah
ustazah, orang – orang warak dan alim ulama jak yang layak menyebarkan dakwah
islamiah. Dari sa post cakap merapu – rapu entah apa entah yang langsung tada
faedah, baik sebarkan kata – kata yang penuh kebaikan. Cari pahala sekarang ni
bukannya susah pun. Semuanya di hujung jari..kan ?
No comments:
Post a Comment