Mengalirkan airmata tengok cete
ni, buat rawan – rawan hati. Dah berapa kali da tengok cete ni, disebabkan
petang ni tada apa nak buat buka la lagi cete kat komputer ni. Cete ni tajuk
dia ‘Foster’ atau pun ‘anak angkat’ cete mak dan pak salleh.
Mengisahkan mak salleh dan pak
salleh yang kepingin nak ada anak. Sebelum ni memang dorang ada anak lelaki
sorang tapi meninggal di langgar kete time dia kejar bola masa main ngan mak
salleh kat luar rumah. Dorang usaha ler untuk mendapatkan anak, pi klinik buat
pemeriksaan kesihatan. Masa kat klinik tu mak salleh Nampak brochure sebuah
rumah anak yatim, dia bawalah balik sekeping. Kat rumah dia tunjuk kat pak
salleh brochure tu. Pak salleh cam nak tak nak, tapi akhirnya dorang pergi
jugalah rumah anak yatim tu.
Masa kat rumah anak yatim tu, mak
salleh Nampak ler ada seorang budak lelaki yang comel berpakaian segak,
tersenyum memandang dia. Setelah berjumpa dengan penjaga rumah anak yatim tu,
dorang balik kerumah. Dalam beberapa hari kemudian datang budak lelaki yang mak
salleh Nampak kat rumah anak yatim tu memperkenalkan diri bahawa dia dihantar
sebagai anak angkat mak dan pak salleh. Mak dan pak salleh tak percaya, jadi
bawa budak tu balik pergi rumah anak yatim. Kebetulan masa dah sampai rumah
anak yatim tu, penjaga rumah anak yatim tu sakit, dan baru sahaja mahu dibawa
kehospital. Dorang mak dan pak salleh pun Tanya la kat kerani. Kerani pun tak
tau apa – apa sebab yang tau mengenai urusan pengambilan anak angkat ni Cuma
penjaga yang sakit tu.
Dorang yakin jer la yang budak ni
memang dihantar untuk jadi anak angkat dorang. Bermula la cete dengan budak tu.
Budak ni bukan sembarang budak, tapi budak akal panjang, petah berkata – kata,
dia tak suka tengok cete kartun, budak ni secara keseluruhannya sebenarnya
menjadi orang tengah untuk mengeratkan kasih sayang mak dan pak salleh yang
selama ini agak hambar.
Semakin lama hubungan mak dan pak
salleh semakin erat, saling berkasih sayang macam dulu – dulu baru kawin.
Perniagaan pak salleh pun semakin Berjaya. Kehidupan mak dan pak salleh penuh
dengan kebahagiaan. Mak dan pak salleh pun dah jatuh sayang lak kat budak
lelaki ni, dan akhirnya mak salleh disahkan mengandung. Bukan main gembira lagi
mak dan pak salleh. Satu pagi yang indah, mak dan pak salleh panggil la budak
tu turun sarapan, tada turun – turun. Masa tu juga ada call dari rumah anak
yatim dan bagi tau yang budak lelaki tu tiada pun dalam senarai anak yatim kat
rumah anak yatim tu. Mak salleh terkejut, budak lelaki tu pun dah tada dalam
bilik, menangis la mak salleh sambil baca surat budak lelaki tu.
Beberapa bulan kemudian, mak
salleh selamat melahirkan anak. Pengakhiran yang menggembirakan. Kesimpulannya
apa – apa saja yang berlaku, sebagai suami isteri hendaklah sentiasa berfikiran
positif, saling berkasih sayang dan saling memahami antara satu sama lain.
Hidup ini bukan untuk bersedih dan berduka, setiap kesulitan pasti ada
kemudahan..InsyaALLAH.
No comments:
Post a Comment