Antara menonton berita di tv dan
membaca, sa lebih suka membaca. Menonton berita di tv bagi sa amat membosankan,
lebih – lebih lagi berita yang dipaparkan kebanyakan mengenai politik. Sa bukan
salah seorang anti politik, Cuma kurang berminat dengan cerita politik. Dari
tengok cerita politik lebih baik sa tengok cerita kartun..ekeke. Walaupun dah
tua Bangka cam ni, kalau anak – anak buah sa menonton kartun semestinya sa
adalah salah seorang diantara mereka yang turut sama menonton..ekeke.
Opss..bukan nak cete pasal kartun
ya, nak cete pasal buku. Biasalah minat membaca ni, buku dan majalah agama yang
berfaedah adalah satu kemestian yang perlu dimiliki. Membeli majalah atau buku setiap
bulan sudah menjadi satu kewajipan untuk sa. Sa sayang buku – buku dan majalah
yang sa beli. Sa tak suka buku – buku sa rosak, dan oleh sebab itu sa akan
balut kulit buku – buku dengan plastik khas tu sebelum sa mula membacanya.
Satu hari tu cam biasa sa ke
masjid berhampiran dengan tempat kerja sa. Sa Nampak banyak rak –rak buku
kosong dikawasan ruang solat wanita. Tiba – tiba terdetik dihati sa, alangkah
eloknya sa isikan sahaja majalah dan buku – buku agama kesayangan sa di rak –
rak kosong tu. Semua orang boleh mendapat ilmu yang bermanafaat. Laju la pula
otak sa berfikir..ekeke..kan elok kalau sa boleh jadikan ini satu projek
kemasyarakatan, ajak kawan – kawan lain wakafkan majalah dan buku – buku agama
untuk masjid ni..kan? InsyaALLAH..semoga ALLAH permudahkan. Alhamdulilah,
sebahagian dari majalah dan buku kesayangan sa sudah pun mengisi kekosongan rak
buku yang ada di masjid tu. Dengan niat hati sa mudah – mudahan setiap orang
yang membacanya akan memperoleh ilmu yang bermanafaat untuk disebarkan kepada
umat islam yang lain.
Alamak dah lari tajuk ni..ekeke,
sa sebenarnya mau bercerita tentang buku yang sa baca sekarang ni tajuk dia “La
Tahzan” atau “Jangan Bersedih” kerna setelah kesulitan pasti ada kemudahan.
Buku ni adalah buku yang terlaris di Malaysia hasil tulisan Dr. ‘Aidh bin
‘Abdullah Al Qarni dan diterjemahkan kedalam bahasa melayu oleh Noraine Abu.
Buku ni lama da sa beli 18.01.2012, dah nak – nak masuk 2 tahun pun separuh tak
habis lagi di baca ekeke. Muka surat sampai 613 sekarang sa baru kat muka surat
81. Sa sayang sangat buku ni. Sa beli buku ni pun sebab putus cinta dengan
mamat tu dulu..ekeke. Selepas membaca buku ni Alhamdulilah banyak manafaatnya
yang akan membuka pintu minda dan akal fikiran kita.. sa muhasabah diri selepas
membaca buku ni.
Secara keseluruhannya, buku ini
memang terbaik untuk kita semua baca. Terutama sekali untuk mereka yang
menghadapi masalah dalam kehidupan terutama sekali mereka yang ragu – ragu,
gelisah, dukacita, menderita, bersedih, sukar membuat keputusan, hilang
harapan, hilang arah tuju, kecewa dan pelbagai lagi. Miliki dan bacalah buku
ini, pasti buku ini akan mengatakan kepada anda “bergembiralah, tenanglah,
bersikap optimislah dan jangan bersedih”. Maaf sa bukan penjual buku ni, sikit
pun sa tiada kaitan, Cuma sa bantu promo buku terbaik untuk kita semua baca.
Mana yang baik kita akan kongsikan bersama agar sama – sama kita memperoleh
manafaat, InsyaALLAH.
No comments:
Post a Comment