Letihnya mengira jawapan soalan
geoteknik ni. Perlu di ulangkaji berulang kali barulah lekat kat
kepala..InsyaALLAH. Alhamdulilah belum lagi ada kerja yang perlu dilakukan, sa
ambil kesempatan ulangkaji pelajaran sementara ada masa yang terluang di pejabat
ni. Bekerja sepenuh masa dan belajar Sembilan adalah dua perkara yang berbeza
tapi cukup bermakna untuk dilakukan. Ramai juga kawan – kawan yang single cam
sa ni sudah tidak berminat untuk menyambung belajar, dan ada juga yang berminat
namun memikirkan kos menyambung belajar menyebabkan mereka akur untuk melupakan
hasrat menyambung belajar. Semua ini rezeki masing – masing, syukur
alhamdulilah ALLAH bagi sa kesempatan dan peluang.
Awal pagi tadi semasa datang ke
pejabat, masa nak letak kereta, memang sa suka letak kereta di kawasan tu,
tetapi telah dihalang oleh sebuah kereta. Bertanya – Tanya juga dalam hati,
siapa la yang letak keretanya yang makan sampai 3 petak tempat letak kereta?
Sekali keluar seorang lelaki yang seperti sa kenali, macam sa kenal, dia ker?
Ekeke.. betul la, rupanya abang
Ben. Abang ni kerja sendiri, pasang, membaiki, servis aircond. Kalau peti sejuk
rosak pun dia boleh baiki. Sa kenal Abang Ben ni kerna meja isterinya kak Ratna
berjiran dengan meja sa di pejabat satu ketika dahulu. Sa mengenali suami
isteri ini, mereka amat baik hati, bila sa lewat balik kerja merekalah yang
tolong hantar sa balik kerumah.
Bercerita tadi dengannya sekejap
sebelum sa naik ke pejabat. Kesian juga dengar cerita darinya tadi, dia bagitau
anaknya yang ke – 2 sekarang lumpuh dari pinggang sehingga kaki. Ini adalah
disebabkan ketumbuhan di belakang si anak yang sekian lama baru dapat dikesan.
Bila diambil air tulang sum – sum, doktor mengesahkan yang air tulang sum – sum
anaknya sudah di jangkiti kuman. Sekarang masih lagi dalam rawatan, dan air
kencing pula disahkan berkuman baru – baru ni.
Sama – sama kita muhasabah diri, inilah ujian
dari ALLAH. ALLAH telah berfirman : “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan
dibiarkan mengatakan: ‘kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji bagi
membuktikan keimanan mereka? Sesungguhnya Kami telah menguji orang – orang
sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang yang benar dan Dia
mengetahui orang – orang yang berdusta’”. (Surah Al – Ankabut: 2-3) sa doakan semoga Abang Ben sekeluarga tabah
dalam menghadapi ujian. Semoga ALLAH bukakan pintu rezeki untuk mereka
sekeluarga, dipermudakan urusan dunia dan akhirat..aminn.
No comments:
Post a Comment