tik tok tik tok...Cepatnya masa berlalu tanpa
disedari. Kesibukkan melanda diri bermula dari cuti hari raya balik kampung
sampai la sekarang. Seharian di penuhi dengan pelbagai aktiviti. Minggu lepas
dan minggu ni misi sa ialah berusaha menyiapkan 500 tempahan Afra Cumil Craft. Penat tapi
berbaloi. Seni kraftangan ni adalah salah satu cabang seni di dalam banyak –
banyak seni. Membuat kraftangan ni memang perkara yang sa paling suka. Selain
dari membuat kraftangan untuk Afra Cumil Craft, sa juga minat sulam kait, sulam
silang pangkah, membuat manik di baju dan menjahit..macam sumandak sabah
terakhir jak..ekeke. semua ni bakat terpendam ni, jarang – jarang ditemui..
spesis cam ni hampir pupus da ni di muka bumi ekeke. Sulam kait ni sa belajar
dari nenek muda sa, umur baya kakak sulong tu yang kena panggil nenek muda,
tapi dia suka kami panggil dia grandma.. updated sikit katanya. Dia la yang
ajar sulam kait, sa ingat lagi mula – mula dia ajar buat sarung kotak tisu, dan
paling susah buat kopiah 2 warna siap ada corak – corak, sebulan baru siap.
Paling seronok buat kasut dan topi baby yang comel. Sulam silang pangkah lak
kakak sulong yang ajar, ini pun best juga, buat corak pemandangan la, corak
bunga – bunga la, macam – macam ada. Siapa yang datang rumah sa, boleh la
melihat koleksi – koleksi sulaman di dinding ruang tamu rumah kami. Buat manik
baju dan menjahit lak boleh la buat sikit – sikit, ada juga minat ni mau tambah
kemahiran dalam bidang sulaman dan jahitan. Tapi bukan sekarang, nanti la da
habis study InsyaALLAH.
Membuat kraftangan ni bermula
dari minat dan rajin. Kalau ada yang berminat tu apa salahnya jadikan membuat kraftangan
ni salah satu pendapatan sampingan macam sa buat sekarang. Tak payah kedai,
post jak sana muka buku. InsyaALLAH, ada rezeki pasti ramai yang berminat
membeli. Semalam sa ada keluarkan design brooch terbaru untuk Afra Cumil Craft,
baru post gambar dalam masa 5 minit dah ada orang bertanya. Inilah mudahnya
kemudahan teknologi kita sekarang. Sambil membuat brooch tu sambil – sambil
juga fikir apa nama yang sesuai untuk design baru ni..emmm.. tiba – tiba
teringat seseorang nun jauh disana tapi sentiasa dekat di hati, terus abadikan
ingatan ni dalam kraftangan terhasilah nama “love roses”..sweet..kan? Sebelum ni dah berusaha juga buat love roses
ni, tapi hilang semangat sebab langsung
tak menjadi. Tok guru sa suruh sa belajar dari youtube..tapi langsung tak
menjadi juga. Semalam cuba kaji kesilapan kenapa tak jadi, emmm..rupanya dah
silap gunting kain daaa, patut la tak jadi..ekeke.
Emm.. amboi gelak sakan
Nampak?... tu buku bila nak buka? Exam lagi 2 bulan ni.. waaaaaaa..*______*
No comments:
Post a Comment