Bangun!..bangun!..bangun!.
kelakar juga dengar alunan lenggok lagu adik mengejutkan anak – anaknya Wafie,
Adeel dan Aniq yang sedang lena diulit mimpi. Hari ini adik ipar suda mula
bekerja selepas 2 bulan berehat kerna dalam pantang melahirkan anak yang ke –
3. Kesian juga melihat anak – anak buah sa, dengan baju tidur, gosok – gosok
mata, baru jam 6 pagi suda dikejutkan. Anak – anak ini akan dihantar kerumah
ibu mertua adik sa untuk dijaga disana. Adeel pula membuat kerenah awal pagi
ni, tidak mahu memakai selipar tapi ingin memakai kasut. Adik bertegas mau
Adeel memakai selipar sahaja, apa lagi, meraung manja la Adeel pagi ni. Sa di
dapur baru saja menyiapkan sarapan pagi ni..mee hon goreng. Inilah rutin mereka
setiap hari anak beranak.
Wafie dan Adeel yang selalu
bermanja dengan sa, bila laptop sa terpasang pasti permintaan dorang berdua
adalah cerita kartun Upin Ipin, Ultarman atau Mr. Bean. Tidak pula dorang bosan
asyik tengok cerita yang sama berulang – ulang sampaikan jalan cerita pun
dorang dah tau. Balik dari kerja selalunya sa lah yang ditunggu – tunggu jika
semalam sa ada berjanji akan pasangkan kartun Upin Ipin. Tapi tidak semudah
itu, sebelum pasangkan kartun Upin Ipin sa akan menyuruh dorang berdua mandi
dahulu kemudian makan. Masa makan pula, sa yang akan suapkan dorang siap sa
ugut lagi, siapa yang tidak makan banyak sa tidak kan belikan permainan dalam
kotak.. ekeke. Ini la rutin sa setiap hari di rumah.
Bezanya kehidupan sa waktu kecil
dengan kehidupan dorang sekarang, lebih – lebih lagi bila kedua ibubapa
bekerja. Syukurlah sa membesar dikampung, ada mama 24 jam bersama walaupun ayah
sentiasa berjauhan dengan kami. Anak – anak sekarang ni cepat belajar menggunakan teknologi yang ada
terutamanya Ipad, kita tak payah ajar pun dorang dah tau bagaimana mencari dan
bermain game. Sa selalu melayan mereka berdua bercerita, tak kisah la apa jak
cerita merapu dorang sa akan layan. Kadang – kadang ada juga pertanyaan yang perlu
sa jawap walaupun jawapannya berdasarkan logik akal sa sendiri. Awas, setiap
apa yang kita cakap pasti dorang kan ingat tu.. ekeke.. elakkan menipu bila
kita melayan anak – anak bercerita.
No comments:
Post a Comment