Lamanya tak update blog..kan?. so kali ni, sa buat cete
istimewa sepanjang cuti hari raya sa selama 13 hari..lama kan cuti?.. panjang
lebar ni, jangan jemu ya..ok selamat membaca.
01 - 02/08/2013
Raya pun da mau dekat, hari
membeli – belah keperluan hari raya pun tiba. Macam ni lah rutin setiap tahun
bila hari raya, tugas sa adalah memestikan semua keperluan untuk hari raya
perlu ada dan mencukupi. Perbelanjaan hari raya sama- sama dikongsi dengan adik
beradik..alhamdulilah kerjasama semua ni buat hari raya tambah bermakna. Kalau
dah berbelanja tu, macam buka kedai runcit, penuh kuda putih dengan barang -
barang..sabar jak la. Selalunya, sa akan senaraikan setiap barang yang perlu di
beli, siap taip dan print lagi. Sebenarnya ini lebih memudahkan untuk membeli,
biasalah perempuan kalau da soping tu mesti senarai barang sentiasa ada
ditangan, siap bawa pen lagi untuk tanda mana yang da dibeli. Lagi pun kalau
ada senarai barang ni kita dapat mengagak berapa kos pembelian dan paling
penting sekali terhindar dari membeli barang keperluan yang tak penting pun..
ini la cara sa berjimat bila membeli belah musim perayaan. Bila mau dekat –
dekat dengan musim perayaan, jalan raya sesak, pusat membeli belah sesak,
parking kereta penuh, orang parking kereta sesuka hati menyebabkn lagi
kesesakan..akhirnya jam 10 malam baru sa siap membeli – belah..masa untuk balik
rumah.
03/08/2013
Awal pagi yang dingin.. hujan
lebat. Misi hari ni adalah balik ke kampung. Balik ke kampung raya tahun ni
berbeza sedikit kerna drive sendiri kuda putih dan ditemani pikacu. Selalu
tumpang abang balik atau balik naik bas atau pun untuk lebih rasa seronok balik
kampung naik keretapi..best sangat. Rugi siapa yang tak pernah naik keretapi. Pikacu
terpaksa dibawa balik ke kampung sebab Ms. Herlina balik ke Tawau naik kapal
terbang ,cian pikacu tinggal dengan mama angkat..ekeke. Berdasarkan planning
asal, pagi ni sa ke pasar borong ikan sebelum meneruskan perjalanan. Cari –
cari ikan basung dengan keadaan hujan renyai - renyai, mau buat laksa peneng time
bersungkai nanti sebenarnya..malangnya langsung tiada seekor ikan basung pun
dijual..sedih. bila sudah kepasar borong ikan ni semestinya memborong la banyak
– banyak untuk dibawa balik ke kampung, ini kerna harga ikan di sini lebih
murah berbanding harga yang dijual di pasar ikan Beaufort. Semuanya suda
selesai..jom3 balik kampung..berhati – hati di jalan raya Cik Afra.
Bila sampai di kampung..amboi,
anak – anak buah da siap – siap menunggu bukannya menunggu makcik kesayangan
dorang ni tapi menunggu pikacu yang cumil lagi gedik sampai..huhuiii.
Alhamdulilah, setelah 2 bulan tak balik ke kampung disebabkan berjuang mencari
ilmu dan rezeki..akhirnya terubat rindu menatap wajah mama. Love u mom muahh.
04/08/2013
Alhamdulilah, dapat juga berkesempatan
bersama keluarga makan sahur puasa tahun ni. Dengan hidangan ala kadar, kami
meneruskan puasa hari yang ke – 26. Selepas solat subuh, bermula lah misi di
dapur..mengemas, membasuh dan segala – galanya. Macam ni la setiap tahun, tiada
lagi orang yang boleh diharapkan untuk membuat kerja – kerja dirumah, ada kakak
tapi sudah ada keluarga sendiri dan mempunyai rumah sendiri, adik yang sorang
tu pula lambat lagi balik kampung, masih lagi bekerja. Sa, mama dan adik bongsu
lah yang berbahagi tugas di rumah. Adik bongsu mengemas ruang tamu, sa mengemas
dapur dan mama mengemas luar rumah...penatnya.
Tidak sedar yang masa berlalu
begitu pantas, tau – tau jak da petang. Rumah sa ni banyak pokok kelapa, kalau
sudah di kampung ni memang air kelapa muda sentiasa menjadi hidangan pada waktu
bersungkai. Ambil buah kelapa muda ni pekerjaan yang mudah jak pun, yang
penting galah mesti panjang dan pisau kait tu kena tajam, bising la mulut mama
kalau sa yang ambil buah kelapa.. dia takut buah kelapa jatuh atas kepala
sa..ekeke.. lex la mom.
Sedapnya minum air kelapa muda
masa bersungkai, dengan kehadiran anak – anak buah yang sama – sama memeriahkan
Suasana bersungkai walaupun ada yang mengaku puasa maka – maka puasa yang yuk.
Yang lucunya lagi, anak buah sa sorang ni puasa makan jak.. haus jak dia minum,
bising la mulut atuk dorang, bising sebab air gas kegemaran dia dalam peti
sejuk habis di minum oleh anak buah..ekeke. cakap dengan mama..elok la tu
habis, ayah tu suka sangat minum minuman manis – manis..emm da habis beli lagi
katanya.
05/08/2013
Puasa yang ke-27. Hari ni jadi pemandu
mak cik dan nenek. Cian dengan dorang, tiada kenderaan mau pergi ke pekan beli
keperluan hari raya. Ajak sekali mama, tapi ada keje mama yang belum selesai, kebetulan adik bongsu ada
kelas tusyen, luahkan perasaan kecewa la dia, kata dah lama tak jalan – jalan
di pekan..cian. lain kali la kita pi lagi..kunun sa memujuk. Kalau bab membeli - belah ni memang sesuai
sangat wanita yang jadi pemandunya. Naluri kewanitaan yang memahami macam mana
punya telitinya wanita – wanita membeli barang.. sempat lagi sms Tanya orang
cat rumah tu. Dia cakap pempuan ni memang cukup lambat kalau beli
barang..ekeke.. harap dia memahami hakikat itu. Lagi senang.. harap nanti dia
kasi sa pi membeli – belah sendiri.. dia duduk rumah diam – diam..kan?..boleh?
06/08/2013
Tengok mama macam tak berapa
sihat hari ni, selsema katanya. Sa suruh dia bersiap, bawa dia pi klinik
kesihatan di kampung Padas Damit. Klinik kesihatan tu agak jauh juga dari
kampung kami, dan disana la kakak sa bertugas sebagai jururawat. Sebelum ni
kakak bertugas di klinik kesihatan ibu dan anak di Mersing, Johor. Bila
suaminya yang sebelum ini bekerja sebagai tentera pencen muda, dorang menetap
dikampung dan kakak pun pindah bertugas ke tempat kelahiran sendiri. Syukurlah,
kakak dapat juga menabur jasa kepada orang kampung sendiri. Tapi kami adik
beradik yang lebih rasa gembira dan lega, sekurang – kurangnya ada kakak
menetap di kampung, boleh lah menjenguk mama dan ayah.
Selepas dari klinik, sempat lagi
kami meninjau ke kampung Bintuka. Majoriti penduduk kampung disini adalah
nelayan. Walaupun agak jauh di pekan beaufort, namun semua infrastuktur dan
jalan raya amat baik. Ini adalah kali pertama sa datang kesini..kesian.
Balik kerumah, sa meneruskan misi
membuat kuih “makmur”, kuih yang harus ada setiap kali hari raya. Kalau tiada
ni kuih, hari raya tidak berseri..ekeke..kuih ni adalah kuih kegemaran nenek
sa. Bila hari raya jak pasti kuih ni yang pertama kali akan dimakannya. Kuih makmur
ni adalah adunan kacang tanah, tepung dan sedikit minyak sapi, apabila adunan
sebati barulah di bentuk bulat – bulat kemudian di bakar dalam pembakar. Apabila
sudah masak barulah di tabur dengan gula icing..sedapnya.
07/08/2013
Alhamdulilah, semua adik beradik
suda sampai, dan berkumpul. Hari ni misi sa membuat kuih kelupis pandan.
Kelupis pandan ni juga adalah makanan wajib ada di hari raya menggantikan
lemang atau ketupat. kelupis pandan ni adalah nasi pulut yang dimasak dengan
santan kemudian dibungkus menggunakan daun pandan. Awal pagi lagi sa sibuk ke
kebun mengambil daun pandan yang cantik dan lebar. Semakin lebar daun pandan
yang digunakan, semakin senang la membungkus nasi pulut tadi.
Membungkus pun
ada teknik – teknik dan seninya yang tertentu. Sesudah habis dibungkus, mama
sudah menyiapkan kuali untuk mengukus kelupis pandan. Apa yang istemewanya kelupis pandan ni, ia
Cuma ada di rumah kami sahaja, susah jumpa di rumah orang lain, suda sa pi
beraya rumah orang memang tiada dorang buat..ekeke.. dan masa makan, aroma
wangi pandan akan membuka selera. Selalunya kelupis pandan ni dimakan bersama
kuah kari, rendang atau pun kuah
kacang..sambil taip sambil telan air liur dibuatnya.
08 – 09/08/2013
1 syawal suda menjelma, syukur
alhamdulilah dapat menunaikan solat sunat aidilfitri bersama penduduk kampung
di surau tidak jauh dari rumah sa. Selepas solat semua saudara mara sa akan
pergi ke kubur membacakan Yassin beramai – ramai. Sa pula yang tak dapat
menyertai dorang sebab suda sibuk di dapur dan rumah sudah diserbu. Rumah sa
tidak jauh dari tanah perkuburan, jadi selepas saudara mara balik dari sana,
rumah kami adalah destinasi pertemuan semua. Meriah sangat – sangat rumah kami
awal pagi hari raya, ada saja cerita.
Syukurlah, raya tahun ni adik
yang kerja di Johor ada balik, senang sikit hati sa.. dibandingkan dia dan sa,
dia lagi pandai memasak makanan yang sedap – sedap. Cakap jak apa makanan yang
mau makan pasti akan dimasaknya. Sepanjang dia bercuti hari raya tu.. masak jak
kerja dia pagi petang siang malam..ekeke.
2 syawal, sa ajak adik beraya
dirumah saudara mara. Bawa sekali anak – anak buah untuk memeriahkan
perjalanan. Sekali kira – kira, 15 buah rumah rupanya yang kami da masuk..ekeke..
sampai budak – budak muak tengok kuih raya..sampai ada yang tak mau suda masuk
kerumah.. ekeke..
09/08/2013
3 syawal, sa jadi pemandu
sumandak – sumandak hari ni. Adik bongsu da siap – siap bagitau sebelum raya
lagi hari tu yang dia minta sa jadi pemandu dorang pigi beraya di Membakut.
Dengan 4 lagi kawan dia, hujan lagi tu, kami pun bergerak la ke Membakut. Entah
la budak – budak ni, sa ni layan jak la.. mana dorang mau pigi sa ikut jak
sebab bukan jadi pemandu free..ekeke.. kena bayar beb. Boleh la topup minyak
kete. Masa perjalanan balik sa berfikir – fikir pasal budak – budak ni. Muda
dan masih belajar di sekolah menengah lagi suda ada boyfriend termasuk adik sa,
sa yang da kerja ni pun tada boyfriend.. bukannya jelous.. tapi dorang belum
matang lagi. Melihat kepada situasi sosial dorang ni, memang jauh bezanya zaman
sa dulu dengan sekarang. Dulu kawan – kawan sa tu la juga kawan sekolah sa.
Dorang sekarang ni lain, rangkaian sosial dorang suda makin meluas menggunakan
teknologi yang ada.. emm.. muka buku punya pukulan. Sa jumpa seseorang di muka
buku juga.. ekeke…nah apa beza?
Sampai dirumah, bergerak lagi
kepekan Beaufort dengan adik. Isi minyak
kereta dan adik membeli belah di pasar basah. Selepas itu menuju ke restaurant
KFC..pi memborong KFC 3 kotak..ekeke. Malam ni kami ada majlis makan beramai –
ramai dengan saudara mara terdekat. Ciannya malam tu, ada makcik dan pakcik
kami tak larat suda mau datang makan..ekeke.. perut sarat dengan makanan di
rumah terbuka jiran, yang datang Cuma sepupu – sepupu yang kecik dan sumandak –
sumandak. Apa – apa pun acara tetap diteruskan.
10 - 11/08/2013
Kepenatan melanda diriku, selama dua hari ni, kaw - kaw rehat. Pagi sibuk di dapur da ok semua.. bantal - bantal dan tilam empuk memanggil. Menjelang malam ada pula aktiviti gambar ramai - ramai.
12/08/2013
Bersiap - siap untuk balik ke KK.. sayu hati tinggalkan mama..
13/08/2013
Bangun awal pagi siapkan sarapan, hari ni mau hantar adik ke airport.. alaa da balik JB da tukang masak handalan..ekeke..ok la daaa.
Tak larat da menaip..kejang jari jemari..ekeke..
Mantop. Meriah dan pasti menghiburkan
ReplyDeletepatah jari kaki menaip..
ReplyDelete