Lamanya tak update blog.
Sememangnya agak sibuk sekarang ni, dengan kuliah hujung minggu, dengan sedikit
tugasan, dengan tempahan ‘Afra Cumil
Craft’, dengan aktiviti dirumah. Kena hadapi semuanya dengan senyuman yang
paling sweet ^______^ barulah hidup lebih
ceria. Paling ceria balik rumah kalau ada anak – anak buah kesayanganku, riuh
sikit bilik sa bila dorang yang masuk. Misi dorang 1 jak, minta dibukakan
youtube untuk melihat kartun Upin Ipin atau pun kartun Ultraman di laptop
sa. Bila dorang tada, home alone jak ni.
Beberapa minggu ni, Bosan juga
tada kerja mau di buat di pejabat, Belek – belek majalah kesayangan sa ni ‘
majalah IMAN’ bil. No. 16. Inilah majalah yang mesti sa beli setiap bulan, dan
sentiasa ada dalam kereta di baca masa menunggu lama, di atas meja kerja di
baca pada masa bosan tada kerja dan tepi katil untuk dibaca sebelum menidurkan
diri, kalau nda beli rasa kerugian. Sa selalu berkongsi membacanya dengan mama
sa, dia pun suka majalah ni dan kadang – kadang dia akan bercerita dengan sa
apa yang telah dibacanya. Sebelum majalah ni sampai ke tangan mama, sa akan
membacanya dulu smpai khatam, sebab mama akan bertanya macam – macam. Dalam
erti kata lain sa pula yang kena sedia dengan jawapan..ekeke. Bagus juga ya
mama membaca, terbuka sikit pemikirannya dan ada sedikit ilmu yang dia
dapat..Alhamdulilah.
Apa yang menarik tajuk salah satu
isi kandungannya pada kali ini adalah mengenai ‘Pandang Ujian Allah Secara
Positif’ hasil tulisan Prof. Dr. Muhaya Muhamad. Beliau merupakan salah seorang
penulis tetap untuk majalah IMAN. Selain itu, beliau merupakan pakar
oftalmologi, penulis buku dan penceramah inspirasi yang aktif. Kata beliau’ 3
perkara yang menghalang kita daripada gembira dan bahagia iaitu merungut,
mengumpat serta menyesali apa yang berlaku. Oleh sebab itu jangan membiarkan
emosi negatif menguasi diri. Apabila diuji dengan kesedihan atau penderitaan,
kita hendaklah sabar dan redha menerima ketentuan Ilahi. Manusia mempunyai
takdir masing – masing. Tidak perlu menangisi atau menyesali apa yang telah
berlaku. Terimalah seikhlas hati kenyataan itu, walaupun bukan senang untuk
kita melaluinya. Anggaplah hari – hari yang dilalui adalah hari – hari terakhir
kita. Hanya pada-NYA tempat kita meluahkan segala hasrat dan hajat agar kita
segera keluar dari penderitaan dan kesengsaraan yang ditanggung ini’.
Alhamdulilah, bila kita membaca
sesuatu yang baik seperti majalah ini, Insya ALLAH sedikit sebanyak membuat
kita berfikir sejenak tentang diri kita, muhasabah diri. Bila sa ingat – ingat
balik apa yang sudah pernah sa hadapi sa selalu tersenyum. Sebab semuanya sudah
berlalu dan hanya tinggal kenangan walaupun sukar sangat melupakannya.
Bersyukur kerna dapat menghadapinya. Sememangnya hidup ini penuh ujian. Kita
jangan terlalu tertekan, didiklah diri kita menjadi orang yang berfikiran
positif, menjadi orang yang berharga dan yakin pada diri sendiri. Apa yang
penting, kita terus berbuat baik, menghargai apa yang kita ada dan Jangan
abaikan kebahagiaan akhirat.
As salam
ReplyDeleteIni yang dikatakan ilmu yang di manfaatkan. Teruskan cik adik manis
akan sentiasa di teruskan en. Ariff
ReplyDelete