Kebosanan melanda, nda tau
mau buat pa di pejabat ni. Cam ni la bila semua kerja sa selesai dengan
suksesnya, tunggu lagi arahan dan projek seterusnya. Time – time tada kerja cam
ni selalunya sa akan mentelaah buku pelajaran atau isi dengan aktiviti sendiri, tengok pada tahap
kerajinan. Antara aktiviti sa ialah
membuat kraftangan. Alhamdulilah, hasil dari membuat kraftangan tersebut sa
berjaya menjadikan aktiviti tersebut sebagai pendapatan sampingan. Maka
tercipta la jenama “Afra Cumil Craft”.
“Afra Cumil Craft”
sebenarnya ni bermula dari hasil dorongan dan sokongan pensyarah Polikk iaitu
En. Jaya yang mengajar kami subjek keusahawanan. Sebelum ni memang sa ada juga
pengalaman menjual makanan ringan di sekolah secara kecil – kecilan. Namun
tidak begitu serius dan menganggap perniagaan ini Cuma untuk suka – suka
sahaja. Namun sejak mengikuti kelas En. Jaya, perasaan ingin berniaga dan ingin
menjadi usahawan itu datang dan membuatkan sa bersemangat.
Antara kraftangan utama yang
“Afra Cumil Craft” hasilkan adalah keronsang kain Felt. Sa sendiri sebenarnya
tidak pernah mengikuti mana – mana krusus membuatnya, tetapi lebih kepada
belajar dari kawan. Setelah mendapat asas membuatnya, sa tambahkan lagi
pengetahuan dan idea sa dengan mencari contoh – contoh design di dalam laman
web dan belajar cara membuatnya dalam Youtube.
Berkat kesabaran menghadapi
rintangan dan dugaan, semangat tidak mudah mengalah, keyakinan dalam diri,
dorongan dari keluarga, kawan – kawan dan pelanggan “Afra Cumil Craft” Alhamdulilah, “Afra Cumil Craft” semakin
dikenali dan berusaha menghasilkan kraftangan yang pelbagai lagi. Kawan – kawan
boleh singgah menjenguk melihat hasil kraftangan sa di dalam page Facebook Afra
cumil craft. Mungkin ada yang berminat mau order, di persilakan.
Selain daripada kraftangan
sendiri, dalam page Facebook Afra Cumil Craft, saya juga ada menjual keronsang
juntai mutiara dan keronsang juntai Kristal dengan harga yang berpatutan.
Sememangnya negeri sabah amat terkenal dengan mutiaranya yang bermutu.
Setiap apa yang kita lakukan
pasti ada cabaran dan dugaan, sama ada kita dapat menghadapinya atau terus
mengalah, itu adalah dari kita sendiri. Sa sendiri tidak terlepas dari semua
tu, merancang masa adalah penting untuk memastikan semuanya berjalan dengan
lancar. Bagi sa, jika kita berminat, ada
semangat dan yakin dalam diri, In say Allah pasti akan berjaya. En. Jaya
berpesan, Niatkan dalam hati kita yang kita berniaga untuk membantu menambah
hasil pendapatan orang lain. “Anda kaya dan berjaya”
Merenung jauh dia
ReplyDelete