Cuti sekolah bermula, adik – adik
pun seronok bercuti dan mengikut sa balik ke Kota Kinabalu..ada juga teman
balik. Fikir – fikir juga sepanjang perjalanan, mana mau bawa dorang cuci mata?
Cian dorang ni jarang nak berseronok, jadi sa bawalah dorang bergumbira ke
Pantai Tanjung Aru dan perdana Park. Sumandak (gadis) 4 orang dan anak buah ensom
boy yang banyak kerenah pigi sekali.
Hujung minggu seperti biasa jalan
raya sesak dan kurang lancar. Berpusu – pusu semunya ke Pantai Tanjung Aru
untuk menikmati keindahan matahari terbenam. Malangnya, matahari malu yang teramat sangat..lalu berselindung dibalik awan.. owhh skodeng arr
Selepas dari pantai Tanjung Aru,
terpaksa sebenarnya singgah ke Perdana Park sebab anak buah sa yang ensom ni
beria – ia sangat mau bermain di taman permainan kawasan tersebut. Tapi
akhirnya nda pula dia berani bermain..takut sebab ramai sangat budak – budak yang
bermain..huhuiii. Seronoknya dia bila
dapat berlari – lari di trek jogging, seperti dunia ini tanpa sempadan. Yang sa
pula tercungap – cungap mengejarnya. Siapa yang teringin mau jogging bawa la anak - anak sekali, kejar la mereka di trek jogging pasti anda akan seronok dan badan jadi santik..percayalah..
Perdana
Park ni adalah kawasan awam di mana terdapat trek jogging, taman permainan
kanak – kanak, tempat menjamu selera dan yang menjadi tarikan utama adalah Persembahan
Air Pancutan Berirama.
Penatnya, anak buah lak yang tak sabar mau balik..emm.. cian penat sungguh dia. Apa pun yang penting semua happy hari ni.
Cantik ya lampu2 di sini
ReplyDeleteya en. ariff.. ini tarikan utama ke sini
ReplyDelete