Sunday, January 4

CETE KAT MANILA YANG LAMBAT POST - 4th DAY

4th day – 03 November 2014

Patutnya jam 11pagi ni saya ada exam paper structural Analysis..kecewa gak tak dapat joint kawan – kawan.. terpaksa ler exam sorang – sorang nanti. Semalam lagi dah pesan kena gerak sebelum jam 6 pagi ke airport sebab hari ni hari isnin, hari bekerja dan jalan akan sesak. Sampai jer kat airport.. memang agak lambat juga urusan di kaunter. Sambil menunggu pintu gate dibuka, sempat juga saya membaca nota – nota yang saya bawa untuk exam esok. Akhirnya sedia untuk berlepas, masa dalam penerbangan tu sempat lagi ambik gambar dari atas kapal.. ekeke. Alhamdulilah, jam 11 pagi kami sampai di Sabah.. gembira sangat – sangat dah balik..



Pada kawan – kawan yang berminat nak melawat pi negara yang susah nak cari makanan halal ni.. kalau ada masalah pasal makanan, bawalah siap – siap mee meggi dalam cup tau biskut.. ada juga pilihan lain iaitu beli buah – buahan kat sana. Pada orang pempuan, bawalah siap – siap tisu, tisu basah dan air botol kecil masuk dalam beg.. tandas dorang memang bersih, tiada lantai basah pun.. rupanya kat dalam tu tada langsung air buat basuh..kalau nak buang air besar cam mana? Tandas cantik..tapi penggunanya pengotor.. tak basuh.. kita jangan jadi cam dorang.

Banyak lagi gambar nak uplod..tapi masa agak membataskan hari ni.. dah lapar..

No comments:

Post a Comment