Setelah 5 tahun bekerja
dengan syarikat, baru – baru ni boss dengan baik hatinya membawa semua staff
bercuti ke Manila, Philippine. Masa tu nak berjalan, masa tu jugalah saya final
exam semester akhir.. dan akhirnya saya bawa juga ler buku pi sana..ekeke.
Mentelaah kat Manila la konon..ekeke.. boleh laaa. Esok nak gerak, malam
semalam baru terhegeh – hegeh pi tukar duit.. duit kita Rm7.30.. duit dorang
100 Peso.. saya tukar hampir Rm500.. dapat 6800 Peso..wekeke.. kaya makcik
malam tu kejap..
1st
day – 31 October 2014
Yang saya ni pula,
seawal jam 6 pagi lagi bergerak dari rumah memandangkan kami bergerak pada hari
bekerja, takut jalan jem ler konon.. pi rumah kawan lagi ambik kawan yang sama
– sama pergi, pas tu minta yang tersayang hantar kat airport..(opss..yang
tersayang?...ekeke)
Perjalanan yang memakan
masa lebih kurang 1 jam 30 minit dari lapangan terbang terminal 2 Kota Kinabalu
terus ke lapangan terbang Manila. Sampai di sana, sudah ada Mr. Menrad selaku
pemandu pelancong merangkap pemandu bas mini menunggu ketibaan kami.
Dari airport sebelum
sampai ke kota raya, menyaksikkan pemandangan yang kurang sweet kalau bagi
pendapat saya lah. Tak pasti pula pendapat orang. Kalau saya lah jadi
pemerintah Negara dorang ni, saya akan buat pemandangan pertama pelancong mestilah
yang cantik – cantik dan sedap mata memandang. Tetapi mata kami ini disajikan
dengan pemandangan rumah – rumah setinggan yang tidak teratur. Kata kawan, seperti kita berada di
KK. Ini adalah kerna, kebanyakan pendatang asing yang membanjiri negeri Sabah
adalah warga negara Philippine. Memang tidak dapat dinafikan, tidak jauh
bezanya mereka yang ada di Sabah dan di sini. Kalau di Sabah, dorang ni suka
menjual rokok – rokok haram di tepi – tepi jalan raya, jual produk kecantikan
dibawah – bawah pokok.. jual macam- macam la kat mana saja dorang suka, dimana
ramai orang lalu lalang, disanalah mereka ada. Siapa yang pernah datang ke
Sabah, anda pasti telah temui keadaan ini. Mungkin kita patut puji semangat
dorang mencari rezeki walaupun tak sedap mata memandang dan mengganggu orang
ramai.
Menyelusuri jalan –
jalan sebelum sampai ke destinasi sedikit rasa teruja jugalah sebab ada
pelbagai perkara yang berbeza dengan tempat sendiri. Satu perkara yang saya
paling puji pasal lalu lintas dorang ni. Manila ni kalau kat tempat kita macam
KL. Tapi yang peliknya lampu isyarat jalan raya dorang boleh dikira dengan jari.
Lalu lintas dorang memang paling sesak teruk, dua lorong boleh pula jadi tiga
lorong..tapi selama berada di sana langsung tak jumpa pula kemalangan jalan
raya. Kita boleh berbangga dengan kereta buatan Negara kita.. dorang kat sana
lagi hebat sebab semuanya kereta import.. driver sebelah kiri.. ekeke
![]() |
salah satu kenderaan istimewa disini |
Perkara pertama yang
bos kata adalah “makan”. Pehh.. saya nak makan apa ni? Saya memang dah rancang nak bawa mee maggi pada
mulanya. Tapi kawan ni kata ada jual kat 7 eleven.. menyesal tak sudah.. macam
mana nak beli mee maggi, semuanya tada tanda halal. Diaorang bawa masuk kedai
makan, terus terbantut rasa lapar apabila terpandang perkataan “Pork”. Bertabur
restaurant KFC kat sana.. tapi maaflah.. Cuma mampu memandang.
Alhamdulilah, Mr.
menrad ni selalu bawa pelancong muslim juga.. jadi tiada masalah untuk beliau
tunjukkan dimana kedai makan halal. Tapi tu la.. mungkin agak sukar juga tuk
kita yang baru sampai disini mencari dimana ada kedai makan halal…
Alhamdulilah, sedap tak sedap tu belakang kira.. siap bungkus lagi satu untuk
makan malam punya.
Malam pertama kat
hotel, ingat nak rehat kat bilik. Tapi semua kawan – kawan nak ronda – ronda
kat mall berdekatan.. ikut jugalah. Mata saya liar memandang sekeliling..
mencari wanita bertudung.. ada juga la dalam seorang dua.. jadi saya rasa saya
tak pelik berada disana.
Dah balik tu,
terus rehat.. panas hati gak dengan kawan sebilik ni, dia Tanya sama ada saya
nak tak tukang urut? Dia nak dia kata,
saya kata, saya tak nak. Memaksa pula tu, akhirnya dia mengalah, datang ler
tukang urut pempuan tu kat bilik. Saya dah tidur, saya malas nak peduli. Sedap
– sedap tidur dia kejutkan saya, rupanya nak pinjam 200 peso sebab dia takde
duit kecil, rasa nak ngamuk pun ada tau, dah la tadi dia ganggu, ni ganggu lagi..
macam – macam hal. 1 jam urut 900 peso.. maaf lerr.. saya tak suka berurut..
saya geli.
No comments:
Post a Comment