Wajah terbaru..lama dah tak nampak..kan?????? |
Assalammualikum & good
morning..ekeke.. hari ni kerja macam biasa cumanya hari ni ada dapat sedikit
motivasi pagi. Di rumah kadang – kadang riuh rendah.. tapi banyak ler sunyi
sepi bila adik anak beranak tada balik kerumah.. bertemankan cicak jer la yer.
Selesai solat subuh jer terus
on tv1, kebetulan ada ceramah berkenaan dengan UJIAN. Sambil biarkan kain di
mesin.. sambil sibuk kat dapur masak sarapan.. sambil tu juga dengar ceramah.
Buat 3 perkara dalam 1 masa.. orang pempuan memang cam ni..hebat..ekeke.
Nak cete ler pasal ceramah tadi
pagi tu sikit.. memang kehidupan kat dunia ni ujian buat kita sebagai manusia.
Allah tidak akan menguji kita melebihi kemampuan kita. Ujian ini bergantung
kepada iman kita sampai tahap mana. Bila keimanan kita kuat, tahap ujian juga
akan lebih lagi berbanding orang yang mempunyai tahap keimanannya kurang. Apa
saja yang kita hadapi, yakin lah yang semua itu adalah kasih sayang Allah
kepada kita, kadang – kadang bila kita terlalai dan terlupa Allah bagi ujian
supaya kita ingat balik kat DIA.. Allah penyayang kan? Bersyukur dengan apa yang kita ada
sekarang, bersangka baik kepada Allah dengan setiap ujian yang kita hadapi.
Kita sebagai manusia yang punya
akal fikiran ni patutnya malu dengan cicak. Kalau ikut logik akal patutnya
cicak tu ada sayap, sebab makanan dia semuanya serangga yang terbang..kan? aku bayangkan cicak
ada sayap, dikejarnya semua serangga yang terbang..ekekek (teringat pula cete
katun Oscar cicak yang dok kat padang
pasir tu).. tapi tak pernah pun cicak yang bunuh diri sebab tak dapat makan..
Allah kurniakan si cicak dengan lidah flexible dengan boleh ronda – ronda
sekeliling rumah kita sampai kat siling pun dia dok lepak tunggu mangsa ralex
jer tak gayat pun.. maka semua serangga terbang jadi sumber makanannya. Si
cicak pun kene uji tau…
Ni lagi 1.. tu si cacing..
makhluk yang dalam tanah tu.. paling kesian dapat ujian.. tada tangan, tada
kaki, tada mata dan tada telinga.. makhluk paling OKU (ustaz tu kata)..
patutnya dia ler yang paling marah sekali sebab diciptakan sedemikian rupa..
tapi tada pula si cacing nak marah – marah.. bunuh diri ker.. susah nak hidup
ker.. Alhamdulilah hidup dia kat dalam tanah tu aman bahagia dan memberi
manafaat lagi kepada makhluk yang berada kat atas tanah..kan? Jadi kita yang ada kaki, tangan, mata,
telinga dan akal ni tak nak bersyukur? Jangan ler marah atau tada semangat nak
hidup jika tiba – tiba kita mendapat musibah atau ujian.. sabarlah.. ingat
selalu.. Allah sayang kita.
Yang orang asyik Tanya bila la
aku nak kawin ni tu la soalan cepu emas tuk aku.. ujian bah juga ni..ekeke..
aku dah kebal dah dengan soalan ni. Kepada yang suka sangat Tanya tu.. terima
kasih ler ya kerna bertanya walaupun hatiku terluka.. sesungguhnya, kerna
mencari Sang Arjuna Beta ini pun pelbagai ujian aku kena hadapi.. bukannya
mudah.. akhirnya aku pun berdiam diri.. biar Sang Arjuna Beta cari aku
pula..huhuiiii
Yang last sekali, ustaz tu kata
kalau kita nak jadi pokok yang tinggi.. bersedia ler ditiup angin kencang yang
datang dari kiri, kanan atas dan bawah, tapi kalau takut jadi pokok yang
tinggi.. jadilah rumput di halaman yang sentiasa dipijak. Maksudnya yang aku
dapat tangkap kat sini berdasarkan
pendapat aku sendiri.. kalau kita nak mencapai sesuatu dengan sukses contohnya
yang paling dekat berniaga, kita kena bersedia menghadapai pelbagai ujian, cabaran,
masalah, untung dan rugi.. tapi kalau tak nak hadapi semua ni baik dok diam jer
kat umah.. tak payah nak susahkan diri.. tapi tada ler side income..ekeke..
kamu yang rugi.
Tengok Facebook tadi.. ada
dapat idea baru nak buat brooch tuk Afra Cumil Craft.. rindu nak menjahit ni
tapi nak buat cam mana.. sibuk ngan study buat masa sekarang, tinggal beberapa
minggu lagi nak final exam. Tiba – tiba gak otak ligat berfikir nak daftarkan
Afra Cumil Craft ni sebagai syarikat..ekeke.. nak buka perniagaan baru pun ada
juga ni, perniagaan membekalkan perkhidmatan.. nak cari modal dulu.. kalau ada
modal memang jadi.. takpe pelahan – lahan.. emm seronoknya berniaga.
No comments:
Post a Comment