Dimana aku nak start bercerita
ni.. bulan ramadhan pun dah berlalu, bulan syawal masih ada lagi. Seperti ada
sesuatu.. seperti ada kekurangan.. terasa rawan – rawan hati pun ada. Entah
lah, mungkin ini Cuma perasaan aku saja ni..ekeke.
Banyak perkara yang aku nak
cete..tapi malangnya beberapa bulan ni semuanya berubah.. kalau dulu aku punya
masa yang banyak terluang dengan pelbagai aktiviti di rumah, sekarang pun
terluang juga lah dengan aktiviti..tapi diluar rumah la pula.. macam mana arr
nak settelkan masalah ni?
Study?.. emm sepatutnya perkara
ni yang paling utama penting dari aktiviti luar rumah tu.. nampaknya aku kena
research lebih mendalam benda ni sebelum habis bulan ogos ni.. kalau aku tak
settle benda ni memang huru hara musim exam nanti..ekeke
Cete raya?.. Memandangkan raya
tahun ni Cuma ada aku, adik dan mama jak yang akan sibuk dengan persiapan raya,
aku balik kampung empat hari awal sebelum hari raya.. tambah dengan cuti
raya..cuti hujung minggu dan cuti tahunan yang aku apply, cuti aku semuanya 11
hari..
Meriah la sangat dengan cuti
tu?.. ekeke.. kemeriahan hari raya ku pada tahun ini cuma di dapur sahaja.
Tahun ni memang berbeza sangat meriahnya, rumah kami meriah di kunjungi tetamu
yang tak putus – putus datang berkunjung sampai tak menang tangan nak sediakan
hidangan. Aku bab melayan – layan tetamu ni tak berapa nak suka, jadi dok ler
kat dapur jadi tukang masak merangkap tukang cuci pinggan mangkuk periuk
belanga. Bila dah di dapur, tada dah baju raya yang cantik tu, kena tukar
fesyen lain.. teringat pula cete labu – labi. Bila da balik bekerja, aku dapat
sms dari makcik “Dah balik bekerja dah ker? Ingat masih cuti lagi.. nape tak
datang beraya kat umah mama?” sampai sekarang sms tu belum lagi aku
jawap..ekeke.. adoii..sabar je lah. Minggu ni dah start dah kuliah balik.. nak
balik kampung pun dah tak dapat dah.. aku rasa, hari raya aku tahun ni tak
best.
Bila sampai kampung, aku la
orang yang paling sibuk buat itu dan ini. Tak tahan mata dan tak tahan hati
tengok macam – macam benda yang nak dibuat, kalau dibiarkan aku juga yang kena
buat akhirnya.. nak suruh siapa lagi buat. Bila adik beradik semua membesar
bagaikan juara punya keluarga sendiri, kita yang bujang trang tang tang ni ler
kena handle semuanya. Tapi memang dari dulu aku ler juga yang kena handle..
dari bab beli barang keperluan raya, bab masak memasak, bab kemas – kemas, hias
– hias rumah, bab langsir nak pakai apa tahun ni.. aku la juga. Saat itu datang
kesyahduan konon.. agak – agaknya kalau la aku ni sok tada beraya dah dengan dorang..
siapa la yang nak handle semua ni?.. raya jer hidangan wajip mesti ada kari
ayam, rendang ayam, kelupis pandan, kuih makmur dan mee kari.. siapa nak masak
semua tu?..emm cik Afra ker?
Orit.. dah jam 5 petang, masa
untuk mengemas – mengemas.. dah nak balik rumah dah..ekeke..
No comments:
Post a Comment