Hujung minggu pada kali ini penuh dengan aktiviti
sampingan.. ekeke. Ini berlaku apabila pensyarah membatalkan kuliah atau pun
kuliah berakhir dengan segara. Bukan selalu macam ni tau, budak – budak nakal
ni ambil ler kesempatan menikmati masa - masa pembatalan kuliah dengan penuh
berhemah sekali..hebat, terima kasih.
15 Feb 2014 – Sabtu
TAMU PUTATAN
Setiap sabtu, kuliah akan bermula
pada jam 12 tengahari. Hari ini sa sengaja meminta kawan baik sa Cik June untuk
datang kerumah dengan lebih awal. Nasib baiklah Cik June ni setuju, sebab pada
awal pagi sebelum kenderaan banyak, kami akan melawat tapak projek. Sa tau,
memang dia ni jenis liat nak bangun pagi..ekeke.. sengaja ler nak mendera dia.
Sebelum bergerak ke tapak projek, sa bawa dia ke tamu putatan.
Tamu Putatan atau pun pasar tani
Putatan tidak jauh dari rumah sa. Kalau naik kuda putih, tak sampai 10 minit
perjalanan. Apa yang paling sa suka di sini ni adalah makanan kegemaran sa ada
terjual iaitu laksa Penang..nyummm dapnya. Memang pelbagai kuih muih yang sedap
– sedap terjual disini. Kalau tak tahan hati, pasti nak borong semua.. tapi
jangan membazir. Selain itu, terdapat juga gerai menjual pelbagai jenis sayur –
sayuran dari kundasang, sayur – sayur kampung, buah – buahan, bunga –
bungaan, binatang peliharaan, pelbagai
jenis hasil tangkapan laut & sungai, kraftangan yang menarik dan pakaian yang cantik - cantik.
Seronok dapat membawa Cik June
keliling tamu.. sudah dapat laksa penang, Cik June beli nasi lemak sedap dan 2
potong kek durian.. jom3 gerak.
MELAWAT TAPAK PROJEK
Nasib baiklah Cik June hari ini
mod bagus, dia ni jenis liat nak bangun pagi. Jam 8 pagi lagi da muncul, cian
juga ngan dia. Nak buat cam mana kan?.. Tapak projek ni sebenarnya adalah
tugasan yang perlu sa siapkan bersama beberapa orang kawan. Tapi malangnya,
yang menyiapkan tugasan ini Cuma sa ngan Cik June jer la nampaknya. Nak
harapkan kawan – kawan tu?..huhuiii, sampai habis semester pun belum tentu lagi
akan siap.
Sepatutnya dalam setiap kumpulan
diminta memberikan beberapa idea yang perlu untuk memulakan sesuatu projek,
entah apa la nasib ni dapat kawan sekumpulan yang kurang memberi kerjasama. Sa
tengok pun dorang tak nak ambil peduli. Kalaulah sa ni jahat sangat, jangan
harap ler nama dorang ada kat muka depan laporan projek ni nanti..nak sa jadi
jahat??? Kalau la sa ni sampai hati..huhuiii
Tapak projek ni sebenarnya adalah
jalan raya yang sa lalui setiap hari berulang alik menuju ke pejabat. Ia
merupakan jalan raya utama sepanjang 500m yang sering berlaku kerosakan. Apabila
dibaik pulih, tidak sampai sebulan jalan ini akan mengalami kerosakan. Alhamdulilah
syukur apabila sa memberikan idea ini kepada pensyarah, dia bersetuju sa dan
rakan – rakan jadikan jalan raya ini sebagai tugasan.
KOTA KINABALU WETLAND
Dah pergi tamu putatan..dah turun
pi meninjau tapak projek.. sempatkan diri lagi melawat ke kawasan paya bakau
sebelum masuk kuliah. Cik June ni memang banyak sangat idea kalau bab melawat
tempat – tempat menarik. Sebelum ni pun memang dia ler yang jadi pemandu
pelancong sa, sebab dia ler juga sa dapat banyak info kawasan – kawasan menarik
yang boleh sa bawa bila ada kawan – kawan yang berminat ingin melawat ke Sabah
nanti..jom3 datang ke negeri di bawah bayu..
“Kota kinabalu wetlands“ adalah
salah satu pusat tanah lembab berpaya bakau negeri sabah. Apa yang menariknya,
pelbagai spesis hidupan paya bakau akan kita temui. Selain itu pelbagai spesis
pokok kayu bakau ada terdapat disini. Menyelusuri walkway yang sedia ada, kiri
dan kanan dedaun hijau bakau, terasa amat mendamaikan berada disini. Sa yang
sukakan keindahan alam semula jadi sememangnya rasa teruja.. jika ingin lari
sebentar dari pandangan bangunan konkrit setiap hari, boleh la datang kesini
menikmati pemandangan alam.
16 Feb 2014 – Ahad
SUTERA HARBOUR BEACH RESORT
Semalam selepas habis kuliah
malam, sa bermalam dirumah Cik June. Awal pagi bangun dan bersiap – siap untuk
ke kuliah. Semalam naik kuda putih, hari ni naik si putih kereta Cik June.
Masih awal lagi, sempat lagi singgah sebentar melihat keindahan alam tepi
pantai. Menurut kata Cik June, kawasan ini merupakan kawasan tempat orang
tengok matahari terbenam.. tempat orang memancing.. dan macam – macam lagi la..
apa tu Cik June?
AIR TERJUN KIANSOM, INANAM
Pagi ini dengan penuh bersemangat
kami berdua pergi kuliah, tiba – tiba dapat sms dari sorang rakan kelas
mengatakan kuliah pagi ini dibatalkan atas sebab, En. Anuar kurang sihat. Emm..
baru jam 9 pagi, sedangkan kuliah seterusnya pad jam 1 petang. Cepat jer Cik
June memberi idea, katanya pergi ke Air Terjun Kiansom, Inanam. Tanpa banyak
cakap, apa lagi..terus bergerak.
Ini adalah kali pertama sa
datang, sebelum ini ada juga berniat untuk mengunjungi kawasan ini, namun sabar
jer lah sebab tak berani sorang – sorang datang pi sini. Kawasan air terjun ini
sebenarnya agak jauh dari pekan Inanam. Bunyi
air terjun sudah kedengaran dari jauh.
Alangkah damainya berada di
kawasan ini, kan best kalau ada rumah sendiri kat sini, belakang rumah ada
sungai yang berhubung dengan air terjun… emmm..bestnya. Memang indah pemandangan
berada disini, kena berhati – hati dengan langkah kerna batu – batu yang ada
agak licin. Airnya amat sejuk sekali, rasa seperti air yang disimpan dalam peti
sejuk.
Dah puas bermain air..da puas posing sana sini..jom Cik June..kita balik, kuliah jam 1 ni..balik dulu...
No comments:
Post a Comment