Assalammualikum..Drive
kete awal pagi nak pi keje, alhamdulilah cuti sekolah dah bermula.. perjalanan
semakin lancar. Sepanjang perjalanan sa memikirkan apa bah yang mau di masukkan
dalam blog.. teruja sangat - sangat sebenarnya. Terima kasih kepada sahabat sa
En. Ariff Budiman Zainal Abidin yang banyak membantu dan memberi tunjuk
ajar..thanks sifu..ayaaa.. manyak – manyak tengkiu ahh..wekeke.. disebabkan sa
orang sabah, jadi selamat belajar bahasa sabahan..
Nama
sa sebenar, Hartini binti Mattahir, berasal dari Kg. Lago Beaufort sabah negeri
dibawah bayu yang aman damai penuh dengan kehidupan flora dan fauna memukau
mata yang memandang. Sabah memang terkenal dengan pelbagai suku kaum, dan sa
dari suku kaum Bisaya. Mejoriti masyarakat Daerah Beaufort adalah suku kaum
Bisaya beragama Islam. Siapa Afra Luthfiyah? Owh nama tu.. sebenarnya sa suka
nama tu, Afra tu bermaksud “putih” dan Luthfiyah pula bermaksud “lemah lembut”.
Masa tu kak ipar mengandung jadi cari – carilah nama baby.. sekali yang keluar
baby boy lak..abang bagi nama baby dia Aliff Iskandar.. sebelum ni cik Afra ni
lah yang jadi tukang cari nama baby.. at last nama Afra Luthfiyah dah jadi nama
kat facebook, kat page facebook. Nanti sa cete pasal facebook.
Dilahirkan
di kampung yang agak jauh dari kawasan Bandar adalah sesuatu yang
menyeronokkan. Lahir sebagai sumandak (gadis) cumil kampung yang lasak. Hutan
adalah kawasan permainan yang paling indah dan mendamaikan, sungai adalah
kawasan utama yang patut disinggahi sebelum balik rumah selepas waktu sekolah,
membantu ibu di sawah padi pada waktu petang, cuti sekolah bantu ibu menoreh
getah. Kenangan yang cukup indah untuk diingati. Alhamdulilah sampai sekarang
sa masih boleh menoreh getah..Cuma sudah
agak lama tidak menoreh sejak bekerja tetap di Bandar.
My home sweet home |
Ibu
sa seorang surirumah tangga yang cukup – cukup hebat dan benar – benar hebat di mata kami adik beradik. Membesarkan
kami 7 beradik bukannya mudah, apatah lagi terpaksa berjauhan dengan ayah yang
merantau mencari rezeki serata tempat pada ketika itu. Ibulah yang menjaga kami
sepanjang ketiadaan ayah. Ayah yang jarang berada dirumah membuatkan kami adik
beradik lebih rapat dengan ibu. Segala – galanya ibu. Wanita hebat ini lasak
dalam setiap pekerjaannya..dan sa pun begitu juga menjadi seperti dia. Dia lah
sifu sa menjala ikan (merambat ikan). Pengalaman pertama menebar jala memang
lucu sangat, percubaan pertama jala jadi bentuk 8..wekeke.. setelah lama – lama
alhamdulilah menebar jala dengan jayanya. Suatu ketika dahulu sungai yang
menjadi tempat aktiviti mandi manda banyak sangat ikannya, ikan puyu (ikan
karuk), ikan haruan (ikan jalak / dalak), ikan keli, ikan sepat..macam - macam
ada, airnya jernih, selagi mata tak
merah jangan harap balik rumah.. sekarang sungai tu tiada sudah.. kesian adik –
adik tak sempat menikmati keseronokan seperti kami dulu.
Ibu dan ayah |
Kesusahan
dan semangat yang kuat ditanam dalam diri dari waktu kecil membuatkan sa dan
adik – beradik yang lain tidak merisaukan ibu dan ayah..sejauh mana pun kaki
kami melangkah Alhamdulilah, hampir 10 tahun suda sa bekerja sebagai Pelukis
Pelan bangunan. Berada dalam bidang Seni
Bina bukanlah cita – cita, tapi inilah rezeki sa. Bermula dari 0 dan sedar tak
sedar banyak pengalaman ditimba. Apa
yang paling mengujakan dan menyeronokkan apabila yang sa lukis menjadi
kenyataan, dan bangunan tu akan berdiri teguh di situ, boleh lah cete cucu
cicit sok moyang dorang ni yang lukis pelan bangunan tu..wekeke.
Kerja - kerja Cik Afra |
Ehamm..still
single lagi ni, kerna single sangat la ni sa ambil kesempatan sambung study.
Sekarang ni sa study partime di Politeknik Kota Kinabalu dalam Diploma
Kejuruteraan Awam. Memandangkan hari bekerja isnin sehingga jumaat jer.. amat –
amat bertuah kerna waktu kuliah sa hari sabtu dan ahad.. inilah yang bestnya
single ni. Ada juga kawan – kawan yang sudah berkahwin sambung study sama –
sama.. namun memang berbeza pengurusan kehidupannya dengan orang single.. jadi
nasihat sa kepada kawan – kawan yang still young & single tu, sambunglah
study selagi berminat, In Sya Allah.. Allah akan permudahkan.
Orit..rasanya
cukup la tu mukadimah untuk kawan – kawan mengenali cik Afra ni.. sa lebih suka
kawan – kawan panggil sa AFRA.. panggil TINI pun boleh.. tada masalah.. In Sya
Allah, selagi jari – jari ini mampu bergerak menaip pasti akan ada cerita yang
kita boleh kongsikan bersama.
Permulaan yang baik. Fuhhh.."panjang juga ceritanya tapi nice reading. Teruskan lagi cik Afra
ReplyDeletecayok3..sedang berusaha ni en. ariff
Deletesaudari...salam perkenalan...kita di bidang yang sama..
ReplyDeletesaudari...salam perkenalan...kita di bidang yang sama..
ReplyDelete