Wednesday, July 18

SI COMEL IBU


Assalammualikum, hai nama  saya Muhammad Ammar Amsyar. Umur saya 1 tahun 1 bulan. Saya dah pandai berjalan & gigi saya ada 8. Saya selalu buat ibu sibuk setiap hari sampai nak bercerita dalam blog pun susah.. wekeke.

Ini kali pertama aku munculkan si comel kesayangan ku ini dalam blog. Sejak jadi ibu - ibu ni, bila ditempat kerja asyik teringat si kecil  ni kat rumah yang dijaga oleh mak mentua. Ada juga perasaan nak menjadi surirumah 24H nak menjaga anak dan melihat ia membesar bagaikan juara. Mungkin satu hari nanti akan tiba masanya. Dalam fikiran ni banyak sebenarnya perancangan & idea - idea berlegar - legar menunggu masa untuk dilaksanakan. Kalau boleh aku mahu menjadi surirumah sepenuh masa dan berniaga dari rumah.

 Asal awal pagi sebelum bergerak ke tempat kerja, pasti airmata duyungnya mengalir laju kerna ingin turut sama. Wahai anak ku sayang.. Ibu dan abah pergi kerja mencari rezeki sesuap nasi untuk kita semua, tinggal dengan nenek dirumah ya baik - baik, jangan nakal - nakal. Selalu itu yang ku pesan padanya walaupun dia belum mengerti apa-apa. Tangisannya meruntun hati ibu di awal pagi.

Dirumah, dialah penyeri & penghibur hati semua orang kerna dia satu - satunya cucu pertama dalam keluarga suami aku. Alhamdulilah, dia anak yang baik dan senang dijaga. Semoga anak ibu menjadi anak yang soleh & sentiasa memberi kebaikan kepada orang lain.

Ya Allah, peliharalah  insan - insan yang aku sayang.... ammiinn






Thursday, October 12

TAK SERAM 1

Selalu Tok Guru aku yang selalu keluarkan cerita - cerita seram di facebooknya... seronok rakan - rakan facebook membaca termasuk aku... ekekek... kalau dia post malam bermakna esok pagi la baru aku membaca ekeke... takut tak dapat tidor malam sebab siap ada lukisan dah sekarang ni...ekeke...

Cerita ni mengenai adik ipar isteri kepada adik lelaki ku. Dulu aku dan mereka sama - sama tinggal serumah kini sesudah aku berkahwin, aku tinggal dirumah ayah mertuaku. Entahlah aku pun tak tau sejak bila adik ipar ku ini mula sakit - sakit dan selalu kerasukan. Sudah banyak tempat adik ku bawa berubat namun semakin kerap benda itu mengganggu. Sehingga adik ku berhenti kerja disebabkan tidak sanggup meninggalkan isteri & anak - anak apabila diarahkan pindah bertugas ke Kelantan. Dia cuma mampu bertahan 2 bulan bertugas di Kelantan kemudian merayu minta ditugaskan kembali ke Sabah namun rayuan tidak dapat  dipertimbangkan. Jalan terbaik baginya adalah berhenti kerja walaupun gaji lumayan. Adik kata rezeki ada dimana - mana, keluarga lebih penting.

Semasa adik di Kelantan, ketika itu kandungan ku dalam 6 bulan. Awal pagi sedang aku dan suami dalam perjalanan menuju ketempat kerja tiba - tiba adik call minta aku singgah kerumah kakak iparnya untuk melihat - lihat adik iparku yang keseorangan dan sedang kerasukan ketika itu. Sampai saja aku dirumah mereka, aku lihat adik iparku terbaring dengan tangan terketar - ketar. Aku memanggil namanya, dia tidak menyahut malah memarahi aku. Entah mana datang kekuatan aku ketika itu, aku bawa dia bercerita. Dalam masa yang sama aku dah syak ada sesuatu masuk kedalam tubuh adik ipar ku ini.

Adik ipar : kamu mau bawa aku jumpa ustad kan? (dengan nada marah)

Aku : Ehh.. mana ada, aku mau ajak kau pergi soping mall beli baju baru.

Adik ipar : kamu tipu.. kamu mau bawa aku jumpa ustad..

Aku : tidak lah... mau bawa kamu jalan - jalan

Adik ipar : Aku suka suami dia ni, aku mau dorang bercerai, aku mau kawen dengan suami dia ni

Aku : Buat apa ko suka suami orang... dia sudah ada anak isteri

Adik ipar : aku mau dorang bercerai

Suamiku : Ya kami mau bawa kau jumpa ustad sana masjid

Tiba - tiba suamiku masuk campur... ekeke.. terus hilang getar badan adik ipar ku.. aku syak makhluk tu lari pergi kerana takut. Keadaan adik iparku pulih sedikit. Aku minta adik iparku  tukar pakaian lebih elok dan bertudung. Adik ku berpesan agar membawa ia ke masjid untuk minta di rukyahkan oleh ustad... ok nanti sambung lagi cerita pasal di masjid.. ekeke 







Wednesday, October 11

KEMBALI BERSIARAN

Hari ini cuba untuk memulakan penulisan yang sudah sekian lama terabai disebabkan kesibukan diri dan beberapa masalah yang sulit untuk diselesaikan... alhamdulilah. Kemana menghilang selama ini..ekeke.. bukan menghilang, masih ada lagi dan kini kehidupanku berubah 360͒. Jika dulu, cerita lebih kepada kehidupan seorang gadis yang belum berpunya dan bebas membuat keputusan hidup. Namun kini sudah menyandang status seorang isteri malah seorang ibu kepada seorang baby lelaki comel.

Benarlah, kadang bila kita menginginkan sesuatu yang kita harap- harapkan tapi Allah uji kita dengan tidak memakbulkan keinginan itu sebenarnya bukan Allah jahat tapi bersyukurlah ada yang lebih baik Allah akan beri... begitulah yang terjadi dalam kehidupanku. Siapa sangka & siapa menduga rupanya jodoh ku adalah saudara kepada sahabat baikku sendiri yang sama - sama belajar dengan ku di polikk... bila aku ingat kembali perjalanan kehidupanku mencari cinta hati aku tersenyum. 

Semuanya bermula bila nasib malang menimpa aku dalam mencari cinta hati... asal ada jejaka yang ingin berkawan dengan ku mesti ada masalah... kebanyakan cuma ingin mengambil kesempatan berkawan untuk menjadikan aku mesin duit dikala mereka kesempitan. Ada juga yang baru pertama kali berjumpa sebab nak berkenalan... aku di reject terus sebab terlalu comel dan montel... ekekeke. Semuanya kebanyakan ada agenda masing - masing. Akhirnya aku pasrah, aku berhenti berharap & mencari. Aku mula sibukkan diri dengan kuliah & kerja krafku.

Entah apa angin pada hari itu tiba - tiba sahabatku meminta aku chat dengan saudaranya. Aku layan acuh tak acuh ya la... tak mengharap... ekeke. Mungkin sudah tertulis dalam loh mahfuz begitulah perjalanan kehidupan ku ini... pada 01.04.2014 kami mengikat tali pertunangan. Apa yang menariknya semua kawan - kawan kerja suamiku tidak mengetahui bahawa dia sudah bertunang... dan aku sendiri cuba merahsiakan jejaka yang menjadi tunanganku... ekeke

Genap setahun bertunang... akhirnya kami melangkah ke alam perkahwinan. Riuh kawan - kawan sekerja suamiku apabila mengetahui bahawa dia akan berkahwin, dan ada juga yang tidak percaya. Tak tau la kenapa.. mungkin sebab dia ni jenis yang tidak berani berkawan dengan perempuan, dengan aku sendiri pun sebelum kami bertunang tidak pernah sekali pun ada berkata yang dia ingin mengambil aku menjadi isterinya., tau - tau jer kata nak bawa keluarga dia jumpa mak & ayah kat kampung. Alhamdulilah kehidupan ku kini semakin bertambah baik dan ceria dengan kehadiran cahaya mata penyejuk hati Muhammad Ammar Amsyar. Bila bekerja ni sentiasa rasa nak balik cepat- cepat menatap & melayan kerenahnya. Semoga Allah sentiasa melindungi keluarga kecil ku ini... Amiinn 





Thursday, May 28

BERSAWANG



Alahai my love blog…bersawang dah?..ekeke.. apalah nasib ko ya blog.. Cik Afra ni dah sibuk sekarang ni…ehhh Cik lagi ker… kerr Puan Afra…ekekek. Yang tu nanti – nantilah cete kan.. sebab nak buat rangkuman cete tu sekali harung dari memula sampai jadi. Takut juga nak cete bebanyak sebab baru separuh jalan.. ekeke.

Entah lerr.. sejak dah habis study ni semakin kurang aktiviti yang sebelum ini menjadi aktiviti wajib. Kalau dulu time study boleh lagi membuat brooch tuk Afra cumil Craft..sekarang ni dah ada seseorng wujud dalam hidup… yang telah mengubah aktiviti itu menjadi tiada… ekekek. Banyak sebenarnya nak di cete tapi masa itu terlalu mencemburui diri ini. Lagi satu hal.. laptop pula ada masalah. 

Sekarang ni menanti hari yang berbahagia, banyak benda nak fikir lak… ekeke. insyaAllah.

Sunday, January 4

CETE KAT MANILA YANG LAMBAT POST - 4th DAY

4th day – 03 November 2014

Patutnya jam 11pagi ni saya ada exam paper structural Analysis..kecewa gak tak dapat joint kawan – kawan.. terpaksa ler exam sorang – sorang nanti. Semalam lagi dah pesan kena gerak sebelum jam 6 pagi ke airport sebab hari ni hari isnin, hari bekerja dan jalan akan sesak. Sampai jer kat airport.. memang agak lambat juga urusan di kaunter. Sambil menunggu pintu gate dibuka, sempat juga saya membaca nota – nota yang saya bawa untuk exam esok. Akhirnya sedia untuk berlepas, masa dalam penerbangan tu sempat lagi ambik gambar dari atas kapal.. ekeke. Alhamdulilah, jam 11 pagi kami sampai di Sabah.. gembira sangat – sangat dah balik..



Pada kawan – kawan yang berminat nak melawat pi negara yang susah nak cari makanan halal ni.. kalau ada masalah pasal makanan, bawalah siap – siap mee meggi dalam cup tau biskut.. ada juga pilihan lain iaitu beli buah – buahan kat sana. Pada orang pempuan, bawalah siap – siap tisu, tisu basah dan air botol kecil masuk dalam beg.. tandas dorang memang bersih, tiada lantai basah pun.. rupanya kat dalam tu tada langsung air buat basuh..kalau nak buang air besar cam mana? Tandas cantik..tapi penggunanya pengotor.. tak basuh.. kita jangan jadi cam dorang.

Banyak lagi gambar nak uplod..tapi masa agak membataskan hari ni.. dah lapar..

CETE KAT MANILA YANG LAMBAT POST - 3rd DAY

3rd  day – 02 November 2014

Awal lagi saya terjaga pagi ni untuk mentelaah. Jam 8 pagi lagi saya dah turun kebawah, Mr. Menrad dah tunggu sebab nak bawa saya pi sarapan kat kedai makan halal semalam tu. Awal pagi makan nasi putih.. ekeke.. lauk daging cincang masak kari ke apa tu.. ekeke.. sup kacang dal.. ngap jer.. janji kenyang. Sambil cete – cete ngan Mr. Menrad.

Nasihat cik afra ler yer.. kalau boleh belajar ler cakap bahasa English.. sepatah dua kata pun boleh bah.. bila kita di Negara orang ni, sepatah haram pun kita tak faham bahasa dorang. Diaorang pun bahasa English diaorang betabur..ekeke.. jadi biar sama – sama pakai broken English..ekeke janji faham.

Habis sarapan, balik semula ke hotel ambil kawan – kawan untuk aktiviti hari ini. Rupanya kawan sebilik saya ni belum lagi siap sarapan. Sebelum saya turun bawah, saya dah kejut dah dia..Turun lambat kata kawan – kawan. Boss dah lain macam.. semalam kawan ni pi masuk bar minum - minum, patut ler lewat bangun.. pening mamai – mamai dan tak mandi pulak tu..ekeke.. Ada ku kisah.

Perjalanan bermula pada hari ini menuju ke kota lama yang penuh dengan sejarah. Bila pandang bangunan – bangunan yang ada, saya teringat banguan – bangunan lama di negeri Melaka. Selain daripada itu, kami dibawa meninjau kesuluruhan kawasan kota lama ini menaiki kereta kuda.. cian lak kat kuda tu.






Dah habis ronda – ronda, kami di bawa ke china town.. masa untuk bersoping sakan. Masa sampai sana pun dah tengah hari, jadi makan tengahari dulu. Ada juga satu kedai makan halal.. masakan parsi katanya. saya telan jer lah walau pun masak dagingnya dia bubuh banyak sangat serbuk kunyit. Diberi masa 2 jam setengah jer oleh boss tuk soping – soping. Yang saya nak juga soping – soping beli tuk buat ole – ole jer.. sekali kawan – kawan ni 1 jam pilih baju baru kat satu kedai. Banyak sangat kedai sini, barang – barang dia agak murah la juga, baru tingkat 1.. nun lagi 2 tingkat. Leceh gak tunggu dorang. Masa soping dah tamat..

Last sekali singgah kat asia mall.. semua barang branded je kat sini. Tak payah la beli kami kata. Jenama Adidas apa semua tu harga kat tempat kita lebih kurang je.. berat beg je bawa nanti. Jamu mata jer dengan kat dalam.. kat dalam mall ni ada satu ruang khas untuk main luncur ais.. seronok gak tengok budak – budak yang dah mahir main lari – lari. Ada yang baru belajar tu.. takut – takut nak meluncur. Kawan – kawan ni ada juga yang berminat nak masuk.. tapi tak berani nak pi Tanya. Akhirnya.. tak jadi..ekeke..



Balik hotel dah.. penat.. nak kemas semua barang – barang. Esok dah nak balik. Ada gak mak sms Tanya khabar.. cian dia.. cakap kat mak jangan call.. sebab 1 sms pun dah kena potong rm0.50.. suruh sms je. Bgi tau kat mak esok dah nak balik.. dia senang hati la tu.

CETE KAT MANILA YANG LAMBAT POST - 2nd DAY

2nd  day – 01 November 2014

Jam 9 pagi semuanya sudah berkumpul di ruang legar hotel. Mr. menrad pun dah sampai. Hari ni destinasi kami adalah “Tagaytay”. Jauh jugalah nak kesana, sepanjang perjalanan memang mata tak nak lelap pun. Sampai disana, dari kawasan parking kereta, kami dibawa naik ke kawasan puncak atas menaiki Jeepne, sejenis pengangkutan ala – ala van penumpang yang cukup unik. Tagaytay merupakan kawasan tanah tinggi kalau kat sabah macam kat kundasang dimana terdapat satu kawasan mempunyai bangunan gereja.. kena panjat gereja tu baru kita Nampak kawasan sekeliling. Dari sana boleh Nampak salah satu volcano yang di bagi tahu kepada kami ia masih aktif.  


Kita sedia maklum yang Philippine ni majoriti penduduk beragama kristian, banyaklah bangunan gereja dorang. Sebelum nak datang lagi saya dah pasang niat, yang saya datang kesini Cuma nak melihat Negara orang, luaskan pengetahuan dan cari pengalaman. Sedikit pun tak terkesan kat hati bila masuk bangunan gereja diaorang ni. saya buat tak tau jer la, sebab saya pelancong.. ramai juga yang pandang..ekeke.. macam mana orang tak pandang kalau makcik sorang ni je yang bertudung..ekeke.. bayangkan diri anda yang bertudung  berada di satu tempat semua orang free hair, open you big eyes.. kemudian pusing 360°.. ada sesuatu disana yang buat saya tersenyum dan bersyukur.

Time makan tengah hari, singgah ler kat kedai makan ni, memang menarik kedai ni sebab betul – betul berada di lereng bukit dan view menghadap volcano yang masih aktif tu.. view lautan.. tetapi ini bukan kedai makan halal..ekeke, nun kat depan kedai lagi dah terpanggang seekor B***. Diaorang kesian juga kat saya sebab tak dapat joint dorang makan, saya duduk juga teman dorang makan walaupun tak makan.. saya sanggup berlapar dan sakit gastrik dari makan makanan kat sini..




Balik dari sana dah malam, baik hati juga Mr. Menrad, dia berjanji akan bawa saya pergi ke sebuah kedai makanan halal sebelum sampai ke hotel. Lapar sangat.. dah tapau makanan.. saya pun melahap kat hotel. Letih  yang teramat sangat, yang kawan sebilik ni ada aktiviti ngan kawan – kawan yang lain malam ni.. lantak korang la, yang penting saya rehat.