Berat sungguh beban yang dipikul
saat ini. Mau mengadu dengan siapa? Jari – jari ligat menyiapkan plan landskap,
tapi otak pun sama ligat memikirkan tugasan – tugasan yang sepatutnya perlu
disiapkan minggu ni. Dari tadi keluhan sa tidak pandai berhenti. Hati kata nak buat tapi terpaksa berlawan
dengan perasaan malas ni.. dan akhirnya tugasan tu terbangkalai beberapa
minggu. Sekarang dah tinggal seminggu lagi nak siapkan, kalau tak hantar
bermakna markah 0.
Tugasan berkumpulan ni adalah
perkara yang paling sa tak suka. Lebih baik tugasan secara individu, itu lagi
baik. Bila sudah namanya berkumpulan, pasti yang menjalankan tugas Cuma 2 orang
yang aktif sahaja, yang selebihnya berdiam diri tunggu markah dimasukkan.
Itulah sekejam – kejam manusia dalam berkumpulan sa rasa.
Semua ahli kumpulan pun sama juga
macam sa, sudah bekerja, punya tanggungjawab masing – masing, ada masalah
sendiri. Tapi itu bukan alasan untuk tidak membantu menyiapkan tugasaan yang
diberi. Sekurang – kurangnya
sumbangkanlah idea atau apa – apa sahaja yang diperlukan. Sabar jer la wahai
Cik Afra.
Bukannya tidak boleh bersabar,
tapi sampai bila. Perlukah sa bersusah payah untuk mereka yang tidak memahami? Sa
yang kena banyak berkorban. Bukan nak minta dihargai, tetapi berbaloi ke sa
buat seorang diri semuanya sedangkan mereka langsung tak ambil tahu pun. Sa tak
juga sampai hati membiarkan dorang gagal subjek ni. Sa tak mau jangan dorang
berdendam. Hati manusia ni siapa yang tahu.
Bukan sa tak pernah membantu
kawan – kawan sama belajar ni. Ada subjek yang kadang – kadang memerlukan
kepakaran sa juga. Dorang minta pertolongan sa membuat pelan, tapi 1 sen pun
tak dibayar malah siap nak tiru maklumat pelan dari kumpulan kami. Sa marah bukan sebab tidak dibayar,,tapi dah minta tolong secara percuma, maklumat yang kami bertungkus lumus buat pengiraan pun nak di
copy secara percuma juga? Dorang tinggal goyang kaki jer tunggu.. macam tu?..
kejam sungguh.. tada maknanya belajar jika setakat nak lulus jer. Sa rasa satu
kerugian untuk manusia yang macam tu. Bayar beribu – ribu semata – mata nak lulus..
nak naik pangkat kat jabatan. Mengapa tak belajar sungguh – sungguh dapat ilmu
dan sekali gus lulus dengan cemerlang..
Semoga sa dapat melalui semua ini
dengan tenang..