Wednesday, July 18
SI COMEL IBU
Assalammualikum, hai nama saya Muhammad Ammar Amsyar. Umur saya 1 tahun 1 bulan. Saya dah pandai berjalan & gigi saya ada 8. Saya selalu buat ibu sibuk setiap hari sampai nak bercerita dalam blog pun susah.. wekeke.
Ini kali pertama aku munculkan si comel kesayangan ku ini dalam blog. Sejak jadi ibu - ibu ni, bila ditempat kerja asyik teringat si kecil ni kat rumah yang dijaga oleh mak mentua. Ada juga perasaan nak menjadi surirumah 24H nak menjaga anak dan melihat ia membesar bagaikan juara. Mungkin satu hari nanti akan tiba masanya. Dalam fikiran ni banyak sebenarnya perancangan & idea - idea berlegar - legar menunggu masa untuk dilaksanakan. Kalau boleh aku mahu menjadi surirumah sepenuh masa dan berniaga dari rumah.
Asal awal pagi sebelum bergerak ke tempat kerja, pasti airmata duyungnya mengalir laju kerna ingin turut sama. Wahai anak ku sayang.. Ibu dan abah pergi kerja mencari rezeki sesuap nasi untuk kita semua, tinggal dengan nenek dirumah ya baik - baik, jangan nakal - nakal. Selalu itu yang ku pesan padanya walaupun dia belum mengerti apa-apa. Tangisannya meruntun hati ibu di awal pagi.
Dirumah, dialah penyeri & penghibur hati semua orang kerna dia satu - satunya cucu pertama dalam keluarga suami aku. Alhamdulilah, dia anak yang baik dan senang dijaga. Semoga anak ibu menjadi anak yang soleh & sentiasa memberi kebaikan kepada orang lain.
Ya Allah, peliharalah insan - insan yang aku sayang.... ammiinn
Thursday, October 12
TAK SERAM 1
Selalu Tok Guru aku yang selalu keluarkan cerita - cerita seram di facebooknya... seronok rakan - rakan facebook membaca termasuk aku... ekekek... kalau dia post malam bermakna esok pagi la baru aku membaca ekeke... takut tak dapat tidor malam sebab siap ada lukisan dah sekarang ni...ekeke...
Cerita ni mengenai adik ipar isteri kepada adik lelaki ku. Dulu aku dan mereka sama - sama tinggal serumah kini sesudah aku berkahwin, aku tinggal dirumah ayah mertuaku. Entahlah aku pun tak tau sejak bila adik ipar ku ini mula sakit - sakit dan selalu kerasukan. Sudah banyak tempat adik ku bawa berubat namun semakin kerap benda itu mengganggu. Sehingga adik ku berhenti kerja disebabkan tidak sanggup meninggalkan isteri & anak - anak apabila diarahkan pindah bertugas ke Kelantan. Dia cuma mampu bertahan 2 bulan bertugas di Kelantan kemudian merayu minta ditugaskan kembali ke Sabah namun rayuan tidak dapat dipertimbangkan. Jalan terbaik baginya adalah berhenti kerja walaupun gaji lumayan. Adik kata rezeki ada dimana - mana, keluarga lebih penting.
Semasa adik di Kelantan, ketika itu kandungan ku dalam 6 bulan. Awal pagi sedang aku dan suami dalam perjalanan menuju ketempat kerja tiba - tiba adik call minta aku singgah kerumah kakak iparnya untuk melihat - lihat adik iparku yang keseorangan dan sedang kerasukan ketika itu. Sampai saja aku dirumah mereka, aku lihat adik iparku terbaring dengan tangan terketar - ketar. Aku memanggil namanya, dia tidak menyahut malah memarahi aku. Entah mana datang kekuatan aku ketika itu, aku bawa dia bercerita. Dalam masa yang sama aku dah syak ada sesuatu masuk kedalam tubuh adik ipar ku ini.
Adik ipar : kamu mau bawa aku jumpa ustad kan? (dengan nada marah)
Aku : Ehh.. mana ada, aku mau ajak kau pergi soping mall beli baju baru.
Adik ipar : kamu tipu.. kamu mau bawa aku jumpa ustad..
Aku : tidak lah... mau bawa kamu jalan - jalan
Adik ipar : Aku suka suami dia ni, aku mau dorang bercerai, aku mau kawen dengan suami dia ni
Aku : Buat apa ko suka suami orang... dia sudah ada anak isteri
Adik ipar : aku mau dorang bercerai
Suamiku : Ya kami mau bawa kau jumpa ustad sana masjid
Tiba - tiba suamiku masuk campur... ekeke.. terus hilang getar badan adik ipar ku.. aku syak makhluk tu lari pergi kerana takut. Keadaan adik iparku pulih sedikit. Aku minta adik iparku tukar pakaian lebih elok dan bertudung. Adik ku berpesan agar membawa ia ke masjid untuk minta di rukyahkan oleh ustad... ok nanti sambung lagi cerita pasal di masjid.. ekeke
Wednesday, October 11
KEMBALI BERSIARAN
Hari ini cuba untuk memulakan penulisan yang sudah sekian lama terabai disebabkan kesibukan diri dan beberapa masalah yang sulit untuk diselesaikan... alhamdulilah. Kemana menghilang selama ini..ekeke.. bukan menghilang, masih ada lagi dan kini kehidupanku berubah 360͒. Jika dulu, cerita lebih kepada kehidupan seorang gadis yang belum berpunya dan bebas membuat keputusan hidup. Namun kini sudah menyandang status seorang isteri malah seorang ibu kepada seorang baby lelaki comel.
Benarlah, kadang bila kita menginginkan sesuatu yang kita harap- harapkan tapi Allah uji kita dengan tidak memakbulkan keinginan itu sebenarnya bukan Allah jahat tapi bersyukurlah ada yang lebih baik Allah akan beri... begitulah yang terjadi dalam kehidupanku. Siapa sangka & siapa menduga rupanya jodoh ku adalah saudara kepada sahabat baikku sendiri yang sama - sama belajar dengan ku di polikk... bila aku ingat kembali perjalanan kehidupanku mencari cinta hati aku tersenyum.
Semuanya bermula bila nasib malang menimpa aku dalam mencari cinta hati... asal ada jejaka yang ingin berkawan dengan ku mesti ada masalah... kebanyakan cuma ingin mengambil kesempatan berkawan untuk menjadikan aku mesin duit dikala mereka kesempitan. Ada juga yang baru pertama kali berjumpa sebab nak berkenalan... aku di reject terus sebab terlalu comel dan montel... ekekeke. Semuanya kebanyakan ada agenda masing - masing. Akhirnya aku pasrah, aku berhenti berharap & mencari. Aku mula sibukkan diri dengan kuliah & kerja krafku.
Entah apa angin pada hari itu tiba - tiba sahabatku meminta aku chat dengan saudaranya. Aku layan acuh tak acuh ya la... tak mengharap... ekeke. Mungkin sudah tertulis dalam loh mahfuz begitulah perjalanan kehidupan ku ini... pada 01.04.2014 kami mengikat tali pertunangan. Apa yang menariknya semua kawan - kawan kerja suamiku tidak mengetahui bahawa dia sudah bertunang... dan aku sendiri cuba merahsiakan jejaka yang menjadi tunanganku... ekeke
Genap setahun bertunang... akhirnya kami melangkah ke alam perkahwinan. Riuh kawan - kawan sekerja suamiku apabila mengetahui bahawa dia akan berkahwin, dan ada juga yang tidak percaya. Tak tau la kenapa.. mungkin sebab dia ni jenis yang tidak berani berkawan dengan perempuan, dengan aku sendiri pun sebelum kami bertunang tidak pernah sekali pun ada berkata yang dia ingin mengambil aku menjadi isterinya., tau - tau jer kata nak bawa keluarga dia jumpa mak & ayah kat kampung. Alhamdulilah kehidupan ku kini semakin bertambah baik dan ceria dengan kehadiran cahaya mata penyejuk hati Muhammad Ammar Amsyar. Bila bekerja ni sentiasa rasa nak balik cepat- cepat menatap & melayan kerenahnya. Semoga Allah sentiasa melindungi keluarga kecil ku ini... Amiinn
Thursday, May 28
BERSAWANG
Alahai my love blog…bersawang
dah?..ekeke.. apalah nasib ko ya blog.. Cik Afra ni dah sibuk sekarang ni…ehhh
Cik lagi ker… kerr Puan Afra…ekekek. Yang tu nanti – nantilah cete kan.. sebab
nak buat rangkuman cete tu sekali harung dari memula sampai jadi. Takut juga
nak cete bebanyak sebab baru separuh jalan.. ekeke.
Entah lerr.. sejak dah
habis study ni semakin kurang aktiviti yang sebelum ini menjadi aktiviti wajib.
Kalau dulu time study boleh lagi membuat brooch tuk Afra cumil Craft..sekarang
ni dah ada seseorng wujud dalam hidup… yang telah mengubah aktiviti itu menjadi
tiada… ekekek. Banyak sebenarnya nak di cete tapi masa itu terlalu mencemburui
diri ini. Lagi satu hal.. laptop pula ada masalah.
Sekarang ni menanti
hari yang berbahagia, banyak benda nak fikir lak… ekeke. insyaAllah.
Sunday, January 4
CETE KAT MANILA YANG LAMBAT POST - 4th DAY
4th
day – 03 November 2014
Patutnya jam 11pagi ni
saya ada exam paper structural Analysis..kecewa gak tak dapat joint kawan –
kawan.. terpaksa ler exam sorang – sorang nanti. Semalam lagi dah pesan kena
gerak sebelum jam 6 pagi ke airport sebab hari ni hari isnin, hari bekerja dan jalan
akan sesak. Sampai jer kat airport.. memang agak lambat juga urusan di kaunter.
Sambil menunggu pintu gate dibuka, sempat juga saya membaca nota – nota yang
saya bawa untuk exam esok. Akhirnya sedia untuk berlepas, masa dalam
penerbangan tu sempat lagi ambik gambar dari atas kapal.. ekeke. Alhamdulilah,
jam 11 pagi kami sampai di Sabah.. gembira sangat – sangat dah balik..
Pada kawan – kawan yang
berminat nak melawat pi negara yang susah nak cari makanan halal ni.. kalau ada
masalah pasal makanan, bawalah siap – siap mee meggi dalam cup tau biskut.. ada
juga pilihan lain iaitu beli buah – buahan kat sana. Pada orang pempuan,
bawalah siap – siap tisu, tisu basah dan air botol kecil masuk dalam beg..
tandas dorang memang bersih, tiada lantai basah pun.. rupanya kat dalam tu tada
langsung air buat basuh..kalau nak buang air besar cam mana? Tandas cantik..tapi
penggunanya pengotor.. tak basuh.. kita jangan jadi cam dorang.
Banyak lagi gambar nak uplod..tapi masa agak membataskan hari ni.. dah lapar..
CETE KAT MANILA YANG LAMBAT POST - 3rd DAY
3rd day – 02 November 2014
Awal lagi saya terjaga pagi
ni untuk mentelaah. Jam 8 pagi lagi saya dah turun kebawah, Mr. Menrad dah
tunggu sebab nak bawa saya pi sarapan kat kedai makan halal semalam tu. Awal
pagi makan nasi putih.. ekeke.. lauk daging cincang masak kari ke apa tu..
ekeke.. sup kacang dal.. ngap jer.. janji kenyang. Sambil cete – cete ngan Mr.
Menrad.
Nasihat cik afra ler
yer.. kalau boleh belajar ler cakap bahasa English.. sepatah dua kata pun boleh
bah.. bila kita di Negara orang ni, sepatah haram pun kita tak faham bahasa
dorang. Diaorang pun bahasa English diaorang betabur..ekeke.. jadi biar sama –
sama pakai broken English..ekeke janji faham.
Habis sarapan, balik
semula ke hotel ambil kawan – kawan untuk aktiviti hari ini. Rupanya kawan
sebilik saya ni belum lagi siap sarapan. Sebelum saya turun bawah, saya dah
kejut dah dia..Turun lambat kata kawan – kawan. Boss dah lain macam.. semalam
kawan ni pi masuk bar minum - minum, patut ler lewat bangun.. pening mamai –
mamai dan tak mandi pulak tu..ekeke.. Ada ku kisah.
Perjalanan bermula pada
hari ini menuju ke kota lama yang penuh dengan sejarah. Bila pandang bangunan –
bangunan yang ada, saya teringat banguan – bangunan lama di negeri Melaka. Selain
daripada itu, kami dibawa meninjau kesuluruhan kawasan kota lama ini menaiki
kereta kuda.. cian lak kat kuda tu.
Dah habis ronda –
ronda, kami di bawa ke china town.. masa untuk bersoping sakan. Masa sampai
sana pun dah tengah hari, jadi makan tengahari dulu. Ada juga satu kedai makan
halal.. masakan parsi katanya. saya telan jer lah walau pun masak dagingnya dia
bubuh banyak sangat serbuk kunyit. Diberi masa 2 jam setengah jer oleh boss tuk
soping – soping. Yang saya nak juga soping – soping beli tuk buat ole – ole
jer.. sekali kawan – kawan ni 1 jam pilih baju baru kat satu kedai. Banyak
sangat kedai sini, barang – barang dia agak murah la juga, baru tingkat 1.. nun
lagi 2 tingkat. Leceh gak tunggu dorang. Masa soping dah tamat..
Last sekali singgah kat
asia mall.. semua barang branded je kat sini. Tak payah la beli kami kata.
Jenama Adidas apa semua tu harga kat tempat kita lebih kurang je.. berat beg je
bawa nanti. Jamu mata jer dengan kat dalam.. kat dalam mall ni ada satu ruang
khas untuk main luncur ais.. seronok gak tengok budak – budak yang dah mahir
main lari – lari. Ada yang baru belajar tu.. takut – takut nak meluncur. Kawan
– kawan ni ada juga yang berminat nak masuk.. tapi tak berani nak pi Tanya.
Akhirnya.. tak jadi..ekeke..
Balik hotel dah..
penat.. nak kemas semua barang – barang. Esok dah nak balik. Ada gak mak sms
Tanya khabar.. cian dia.. cakap kat mak jangan call.. sebab 1 sms pun dah kena
potong rm0.50.. suruh sms je. Bgi tau kat mak esok dah nak balik.. dia senang
hati la tu.
CETE KAT MANILA YANG LAMBAT POST - 2nd DAY
2nd
day – 01 November 2014
Jam 9 pagi semuanya
sudah berkumpul di ruang legar hotel. Mr. menrad pun dah sampai. Hari ni
destinasi kami adalah “Tagaytay”. Jauh jugalah nak kesana, sepanjang perjalanan
memang mata tak nak lelap pun. Sampai disana, dari kawasan parking kereta, kami
dibawa naik ke kawasan puncak atas menaiki Jeepne, sejenis pengangkutan ala –
ala van penumpang yang cukup unik. Tagaytay merupakan kawasan tanah tinggi kalau
kat sabah macam kat kundasang dimana terdapat satu kawasan mempunyai bangunan
gereja.. kena panjat gereja tu baru kita Nampak kawasan sekeliling. Dari sana
boleh Nampak salah satu volcano yang di bagi tahu kepada kami ia masih aktif.
Kita sedia maklum yang Philippine
ni majoriti penduduk beragama kristian, banyaklah bangunan gereja dorang.
Sebelum nak datang lagi saya dah pasang niat, yang saya datang kesini Cuma nak
melihat Negara orang, luaskan pengetahuan dan cari pengalaman. Sedikit pun tak
terkesan kat hati bila masuk bangunan gereja diaorang ni. saya buat tak tau jer
la, sebab saya pelancong.. ramai juga yang pandang..ekeke.. macam mana orang
tak pandang kalau makcik sorang ni je yang bertudung..ekeke.. bayangkan diri
anda yang bertudung berada di satu
tempat semua orang free hair, open you big eyes.. kemudian pusing 360°.. ada
sesuatu disana yang buat saya tersenyum dan bersyukur.
Time makan tengah hari,
singgah ler kat kedai makan ni, memang menarik kedai ni sebab betul – betul
berada di lereng bukit dan view menghadap volcano yang masih aktif tu.. view
lautan.. tetapi ini bukan kedai makan halal..ekeke, nun kat depan kedai lagi
dah terpanggang seekor B***. Diaorang kesian juga kat saya sebab tak dapat
joint dorang makan, saya duduk juga teman dorang makan walaupun tak makan.. saya
sanggup berlapar dan sakit gastrik dari makan makanan kat sini..
CETE KAT MANILA YANG LAMBAT POST - 1st DAY
Setelah 5 tahun bekerja
dengan syarikat, baru – baru ni boss dengan baik hatinya membawa semua staff
bercuti ke Manila, Philippine. Masa tu nak berjalan, masa tu jugalah saya final
exam semester akhir.. dan akhirnya saya bawa juga ler buku pi sana..ekeke.
Mentelaah kat Manila la konon..ekeke.. boleh laaa. Esok nak gerak, malam
semalam baru terhegeh – hegeh pi tukar duit.. duit kita Rm7.30.. duit dorang
100 Peso.. saya tukar hampir Rm500.. dapat 6800 Peso..wekeke.. kaya makcik
malam tu kejap..
1st
day – 31 October 2014
Yang saya ni pula,
seawal jam 6 pagi lagi bergerak dari rumah memandangkan kami bergerak pada hari
bekerja, takut jalan jem ler konon.. pi rumah kawan lagi ambik kawan yang sama
– sama pergi, pas tu minta yang tersayang hantar kat airport..(opss..yang
tersayang?...ekeke)
Perjalanan yang memakan
masa lebih kurang 1 jam 30 minit dari lapangan terbang terminal 2 Kota Kinabalu
terus ke lapangan terbang Manila. Sampai di sana, sudah ada Mr. Menrad selaku
pemandu pelancong merangkap pemandu bas mini menunggu ketibaan kami.
Dari airport sebelum
sampai ke kota raya, menyaksikkan pemandangan yang kurang sweet kalau bagi
pendapat saya lah. Tak pasti pula pendapat orang. Kalau saya lah jadi
pemerintah Negara dorang ni, saya akan buat pemandangan pertama pelancong mestilah
yang cantik – cantik dan sedap mata memandang. Tetapi mata kami ini disajikan
dengan pemandangan rumah – rumah setinggan yang tidak teratur. Kata kawan, seperti kita berada di
KK. Ini adalah kerna, kebanyakan pendatang asing yang membanjiri negeri Sabah
adalah warga negara Philippine. Memang tidak dapat dinafikan, tidak jauh
bezanya mereka yang ada di Sabah dan di sini. Kalau di Sabah, dorang ni suka
menjual rokok – rokok haram di tepi – tepi jalan raya, jual produk kecantikan
dibawah – bawah pokok.. jual macam- macam la kat mana saja dorang suka, dimana
ramai orang lalu lalang, disanalah mereka ada. Siapa yang pernah datang ke
Sabah, anda pasti telah temui keadaan ini. Mungkin kita patut puji semangat
dorang mencari rezeki walaupun tak sedap mata memandang dan mengganggu orang
ramai.
Menyelusuri jalan –
jalan sebelum sampai ke destinasi sedikit rasa teruja jugalah sebab ada
pelbagai perkara yang berbeza dengan tempat sendiri. Satu perkara yang saya
paling puji pasal lalu lintas dorang ni. Manila ni kalau kat tempat kita macam
KL. Tapi yang peliknya lampu isyarat jalan raya dorang boleh dikira dengan jari.
Lalu lintas dorang memang paling sesak teruk, dua lorong boleh pula jadi tiga
lorong..tapi selama berada di sana langsung tak jumpa pula kemalangan jalan
raya. Kita boleh berbangga dengan kereta buatan Negara kita.. dorang kat sana
lagi hebat sebab semuanya kereta import.. driver sebelah kiri.. ekeke
![]() |
| salah satu kenderaan istimewa disini |
Perkara pertama yang
bos kata adalah “makan”. Pehh.. saya nak makan apa ni? Saya memang dah rancang nak bawa mee maggi pada
mulanya. Tapi kawan ni kata ada jual kat 7 eleven.. menyesal tak sudah.. macam
mana nak beli mee maggi, semuanya tada tanda halal. Diaorang bawa masuk kedai
makan, terus terbantut rasa lapar apabila terpandang perkataan “Pork”. Bertabur
restaurant KFC kat sana.. tapi maaflah.. Cuma mampu memandang.
Alhamdulilah, Mr.
menrad ni selalu bawa pelancong muslim juga.. jadi tiada masalah untuk beliau
tunjukkan dimana kedai makan halal. Tapi tu la.. mungkin agak sukar juga tuk
kita yang baru sampai disini mencari dimana ada kedai makan halal…
Alhamdulilah, sedap tak sedap tu belakang kira.. siap bungkus lagi satu untuk
makan malam punya.
Malam pertama kat
hotel, ingat nak rehat kat bilik. Tapi semua kawan – kawan nak ronda – ronda
kat mall berdekatan.. ikut jugalah. Mata saya liar memandang sekeliling..
mencari wanita bertudung.. ada juga la dalam seorang dua.. jadi saya rasa saya
tak pelik berada disana.
Dah balik tu,
terus rehat.. panas hati gak dengan kawan sebilik ni, dia Tanya sama ada saya
nak tak tukang urut? Dia nak dia kata,
saya kata, saya tak nak. Memaksa pula tu, akhirnya dia mengalah, datang ler
tukang urut pempuan tu kat bilik. Saya dah tidur, saya malas nak peduli. Sedap
– sedap tidur dia kejutkan saya, rupanya nak pinjam 200 peso sebab dia takde
duit kecil, rasa nak ngamuk pun ada tau, dah la tadi dia ganggu, ni ganggu lagi..
macam – macam hal. 1 jam urut 900 peso.. maaf lerr.. saya tak suka berurut..
saya geli.
DOORGIFT CUPCAKE & LOLLIPOP CUMIL
Amboi - amboi cik Afra.. watpe? Maaf la yer.. baru la ni cik Afra free buat promosi.. page Afra Cumil Craft pun sunyi sepi jer yer beberapa menjak tu. Alhamdulilah, berakhir sudah musim - musim padat tak terkata disebabkan last semester study partime. Pulun 7 subjek mau tak mendidih otak, Alhamdulilah akhirnya dapatlah result yang baik - baik sahaja.. syukur tiada subjek yang perlu nak ulang ambik lagi..
Jadi.. Cik Afra nak promo ler projek baru Cik Afra ni..Cenderahati / Doorgift Cupcake & Lollipop Cumil..ehh bukan tuk dimakan.
Jika ada kawan - kawan yang berminat nak tempah.. boleh cari Cik Afra..Terima kasih
Jadi.. Cik Afra nak promo ler projek baru Cik Afra ni..Cenderahati / Doorgift Cupcake & Lollipop Cumil..ehh bukan tuk dimakan.
![]() |
| Cupcake Cumil |
![]() |
| Lollipop Cumil |
*** CENDERAHATI
HARGA MAMPU MILIK ***
2.
Call / SMS / Whatsapp 014-2816918
Untuk Pertanyaan / Tempahan
===============================
CUPCAKE CUMIL & LOLLIPOP CUMIL
===============================
Sesuai untuk majlis pertunangan, kenduri perkahwinan,
cukur jambul, sambutan harijadi dan sebagainya.
CUPCAKE CUMIL
Borong 50pcs –
199pcs = Rm1.80 / pc
Borong 200pcs – 299pcs =
Rm1.70 / pc
Borong 300pcs – 399pcs =
Rm1.60 / pc
Borong 400pcs – 499pcs =
Rm1.50 / pc
Borong 500pcs – 1000pcs =
Rm1.40 / pc
*** PENGHANTARAN DAN POS PERCUMA KE SELURUH SABAH,
UNTUK SEMENANJUNG / SARAWAK / LABUAN HANYA TAMBAH RM10!!!***
======================
MAKLUMAT PEMBAYARAN
======================
MAYBANK – 110108249588
PENERIMA – HARTINI BINTI MATTAHIR
Jika ada kawan - kawan yang berminat nak tempah.. boleh cari Cik Afra..Terima kasih
BERTAPA
Hari yang cerah.. aku nak bertapa.. bukan kat gua..kekek.. bertapa cari ilmu dan sebarkan ilmu kat perpustakaan ni..ekeke.. nak maraton tu cete yang banyak terbangkalai lum masuk blog.. harap - harap hari ni cete kat Manila tu hari dapat dimasukkan.. jap arr..
Tuesday, November 25
HUJUNG MINGGUKU
Hujung minggu lepas
balik kampong dah.. so minggu ni tak balik, nak rehat. Dah biasa ada aktiviti
hujung minggu..kan..
sekali ada hujung minggu duduk jer kat rumah.. masak.. makan.. tengok cete
katun.. tidor.. bangun.. makan.. tengok tv..ekeke.. punya bosan..tu ler
aktiviti hari sabtu.
Sok ahad kebetulan ada
bebudak 3 orang ni kat rumah. Meriah sikit rumah dengan kerenah dorang. Semua
barang bersepah tu perkara biasa kalau ada anak ni, saya ndak hairan tu. Kalau
ada anak tapi rumah bersih tiada barang bersepah.. memang bertuah sungguh anak
– anak dorang.
Bila dah ada bebudak 3
ni.. memang bilik sayalah yang jadi markas dorang. Macam – macam ler permintaan
dorang, nak main game ler..nak tengok cete kartun ler.. dan macam – macam
lagi.. layan jer la. Sampai umie dorang panggil ajak tidur tengahari pun dorang
tak nak dengar.. buat tak tau jer. Haus karang pandai ler manja – manja minta
dibuatkan susu sorang – sorang.
Try juga lelapkan mata,
bagi jer dorang layan game zombie. Tak dapat juga layan mata, jam pun dah nak
dekat 4 petang. Ajak dorang turung bawah, pehh berebut nak turun macam berbulan
– bulan tak keluar rumah.. kat bawah tu ada taman permainan tapi kebanyakan
alat permainannya dah rosak. Jongkang jongket ada 4 tinggal 2 jer.. buai ada 4
tinggal 1 jer tu pun dah uzur berkarat bebenor.. takut juga nak bagi budak
main.. takut putus.
Abang – abang ni main
ler jongkang jongket.. sekali abang sorang ni main dengan ganasnya sengaja lagi
jongket si abang kedua yang sememangnya terkenal dengan kecengengannya..ekeke..
terjongket kat atas sambil jerit – jerit minta diturunkan menahan airmata yang
nak jatuh dah. Dah si abang bagi turun.. dah tak nak dah main dengan si abang..
ekeke.
Yang saya pula berlari –
lari mengejar si kecik yang licah sungguh berlari keliling taman.. aduh penat..
senaman petang la juga..kan?
hari pun dah nak petang.. nak hujan lak tu.. kami pun balik kerumah.. mandi..
janji dorang happy.
SERAM TAPI LUCU
Cete kat Manila tu lum habis lagi draf tau, ada dekat
laptop..ekeke. dah siap sok, saya share ler.. jan marah tau Tok Guru.
Alhamdulilah dah
berakhirnya hujung minggu study partime selama 2 tahun setengah. Baru terasa ada hujung minggu yang betul –
betul hujung minggu. Selama ni hujung minggu jer dah berlari – lari dengan kuda
putih ke Polikk. Cian kat mak, asyik bertanya bila nak balik kampong.. nape
lama ndak balik kampong. Bukan tak nak balik, tapi bila dah tahap semester
akhir ni memang tumpuan tu kena focus hal yang satu ni je. Cakap je baik – baik
ngan mak, nanti dah habis study kami balik la kampong, tiap – tiap minggu balik
pun takpe. Sejuk sikit hati mak dengar.
Balik dari Manila hari tu, kebetulan final exam pun dah habis terus
balik kampong petang hari jumaat. Petang pas kerja ambik abang kat rumah dia
nun dalam hutan belentara, maunya tak hutan belentara kalau nak masuk umah dia
tu kiri kanan hutan bukit. Dah maghrib dah masa tu, kebetulan uzur lak. Masa
nak gerak tu pelik sungguh nape kete berat sangat.. tak kan abang ni dah bertambah berat badan. Nak
pusing steering kuda putih pun lain macam beratnya. Perasaan semata je kot
konon..Cakap kat abang yang kuda putih ni berat semacam, abang kata mungkin ada
menumpang ni. Tertawa kami berdua..ekeke..
Tawa punya tawa, saya
cakap ler time drive tu kata “bah turun cepat, sebelum sa pasang CD bacaan
Al-Quran”.. degil… suda saya pasang.. woww kuda putih berlari laju, dah tak
berat macam tadi..ekeke. cakap ler dengan abang, sekarang baru sedap pegang
steering dan tak payah tekan minyak banyak sebab dah ringan… kuda putih pun
kena suka?.. sebab ada sticker Hello kitty yang cute dan comel tu kot..ekeke..
Alhamdulilah, jam 8
malam kami selamat sampai di kampong tercinta.
Subscribe to:
Posts (Atom)




















