Sunday, January 4

CETE KAT MANILA YANG LAMBAT POST - 3rd DAY

3rd  day – 02 November 2014

Awal lagi saya terjaga pagi ni untuk mentelaah. Jam 8 pagi lagi saya dah turun kebawah, Mr. Menrad dah tunggu sebab nak bawa saya pi sarapan kat kedai makan halal semalam tu. Awal pagi makan nasi putih.. ekeke.. lauk daging cincang masak kari ke apa tu.. ekeke.. sup kacang dal.. ngap jer.. janji kenyang. Sambil cete – cete ngan Mr. Menrad.

Nasihat cik afra ler yer.. kalau boleh belajar ler cakap bahasa English.. sepatah dua kata pun boleh bah.. bila kita di Negara orang ni, sepatah haram pun kita tak faham bahasa dorang. Diaorang pun bahasa English diaorang betabur..ekeke.. jadi biar sama – sama pakai broken English..ekeke janji faham.

Habis sarapan, balik semula ke hotel ambil kawan – kawan untuk aktiviti hari ini. Rupanya kawan sebilik saya ni belum lagi siap sarapan. Sebelum saya turun bawah, saya dah kejut dah dia..Turun lambat kata kawan – kawan. Boss dah lain macam.. semalam kawan ni pi masuk bar minum - minum, patut ler lewat bangun.. pening mamai – mamai dan tak mandi pulak tu..ekeke.. Ada ku kisah.

Perjalanan bermula pada hari ini menuju ke kota lama yang penuh dengan sejarah. Bila pandang bangunan – bangunan yang ada, saya teringat banguan – bangunan lama di negeri Melaka. Selain daripada itu, kami dibawa meninjau kesuluruhan kawasan kota lama ini menaiki kereta kuda.. cian lak kat kuda tu.






Dah habis ronda – ronda, kami di bawa ke china town.. masa untuk bersoping sakan. Masa sampai sana pun dah tengah hari, jadi makan tengahari dulu. Ada juga satu kedai makan halal.. masakan parsi katanya. saya telan jer lah walau pun masak dagingnya dia bubuh banyak sangat serbuk kunyit. Diberi masa 2 jam setengah jer oleh boss tuk soping – soping. Yang saya nak juga soping – soping beli tuk buat ole – ole jer.. sekali kawan – kawan ni 1 jam pilih baju baru kat satu kedai. Banyak sangat kedai sini, barang – barang dia agak murah la juga, baru tingkat 1.. nun lagi 2 tingkat. Leceh gak tunggu dorang. Masa soping dah tamat..

Last sekali singgah kat asia mall.. semua barang branded je kat sini. Tak payah la beli kami kata. Jenama Adidas apa semua tu harga kat tempat kita lebih kurang je.. berat beg je bawa nanti. Jamu mata jer dengan kat dalam.. kat dalam mall ni ada satu ruang khas untuk main luncur ais.. seronok gak tengok budak – budak yang dah mahir main lari – lari. Ada yang baru belajar tu.. takut – takut nak meluncur. Kawan – kawan ni ada juga yang berminat nak masuk.. tapi tak berani nak pi Tanya. Akhirnya.. tak jadi..ekeke..



Balik hotel dah.. penat.. nak kemas semua barang – barang. Esok dah nak balik. Ada gak mak sms Tanya khabar.. cian dia.. cakap kat mak jangan call.. sebab 1 sms pun dah kena potong rm0.50.. suruh sms je. Bgi tau kat mak esok dah nak balik.. dia senang hati la tu.

No comments:

Post a Comment