Sunday, January 4

CETE KAT MANILA YANG LAMBAT POST - 2nd DAY

2nd  day – 01 November 2014

Jam 9 pagi semuanya sudah berkumpul di ruang legar hotel. Mr. menrad pun dah sampai. Hari ni destinasi kami adalah “Tagaytay”. Jauh jugalah nak kesana, sepanjang perjalanan memang mata tak nak lelap pun. Sampai disana, dari kawasan parking kereta, kami dibawa naik ke kawasan puncak atas menaiki Jeepne, sejenis pengangkutan ala – ala van penumpang yang cukup unik. Tagaytay merupakan kawasan tanah tinggi kalau kat sabah macam kat kundasang dimana terdapat satu kawasan mempunyai bangunan gereja.. kena panjat gereja tu baru kita Nampak kawasan sekeliling. Dari sana boleh Nampak salah satu volcano yang di bagi tahu kepada kami ia masih aktif.  


Kita sedia maklum yang Philippine ni majoriti penduduk beragama kristian, banyaklah bangunan gereja dorang. Sebelum nak datang lagi saya dah pasang niat, yang saya datang kesini Cuma nak melihat Negara orang, luaskan pengetahuan dan cari pengalaman. Sedikit pun tak terkesan kat hati bila masuk bangunan gereja diaorang ni. saya buat tak tau jer la, sebab saya pelancong.. ramai juga yang pandang..ekeke.. macam mana orang tak pandang kalau makcik sorang ni je yang bertudung..ekeke.. bayangkan diri anda yang bertudung  berada di satu tempat semua orang free hair, open you big eyes.. kemudian pusing 360°.. ada sesuatu disana yang buat saya tersenyum dan bersyukur.

Time makan tengah hari, singgah ler kat kedai makan ni, memang menarik kedai ni sebab betul – betul berada di lereng bukit dan view menghadap volcano yang masih aktif tu.. view lautan.. tetapi ini bukan kedai makan halal..ekeke, nun kat depan kedai lagi dah terpanggang seekor B***. Diaorang kesian juga kat saya sebab tak dapat joint dorang makan, saya duduk juga teman dorang makan walaupun tak makan.. saya sanggup berlapar dan sakit gastrik dari makan makanan kat sini..




Balik dari sana dah malam, baik hati juga Mr. Menrad, dia berjanji akan bawa saya pergi ke sebuah kedai makanan halal sebelum sampai ke hotel. Lapar sangat.. dah tapau makanan.. saya pun melahap kat hotel. Letih  yang teramat sangat, yang kawan sebilik ni ada aktiviti ngan kawan – kawan yang lain malam ni.. lantak korang la, yang penting saya rehat.

No comments:

Post a Comment