Wednesday, July 18

SI COMEL IBU


Assalammualikum, hai nama  saya Muhammad Ammar Amsyar. Umur saya 1 tahun 1 bulan. Saya dah pandai berjalan & gigi saya ada 8. Saya selalu buat ibu sibuk setiap hari sampai nak bercerita dalam blog pun susah.. wekeke.

Ini kali pertama aku munculkan si comel kesayangan ku ini dalam blog. Sejak jadi ibu - ibu ni, bila ditempat kerja asyik teringat si kecil  ni kat rumah yang dijaga oleh mak mentua. Ada juga perasaan nak menjadi surirumah 24H nak menjaga anak dan melihat ia membesar bagaikan juara. Mungkin satu hari nanti akan tiba masanya. Dalam fikiran ni banyak sebenarnya perancangan & idea - idea berlegar - legar menunggu masa untuk dilaksanakan. Kalau boleh aku mahu menjadi surirumah sepenuh masa dan berniaga dari rumah.

 Asal awal pagi sebelum bergerak ke tempat kerja, pasti airmata duyungnya mengalir laju kerna ingin turut sama. Wahai anak ku sayang.. Ibu dan abah pergi kerja mencari rezeki sesuap nasi untuk kita semua, tinggal dengan nenek dirumah ya baik - baik, jangan nakal - nakal. Selalu itu yang ku pesan padanya walaupun dia belum mengerti apa-apa. Tangisannya meruntun hati ibu di awal pagi.

Dirumah, dialah penyeri & penghibur hati semua orang kerna dia satu - satunya cucu pertama dalam keluarga suami aku. Alhamdulilah, dia anak yang baik dan senang dijaga. Semoga anak ibu menjadi anak yang soleh & sentiasa memberi kebaikan kepada orang lain.

Ya Allah, peliharalah  insan - insan yang aku sayang.... ammiinn






1 comment: