Sunday, January 4

CETE KAT MANILA YANG LAMBAT POST - 1st DAY

Setelah 5 tahun bekerja dengan syarikat, baru – baru ni boss dengan baik hatinya membawa semua staff bercuti ke Manila, Philippine. Masa tu nak berjalan, masa tu jugalah saya final exam semester akhir.. dan akhirnya saya bawa juga ler buku pi sana..ekeke. Mentelaah kat Manila la konon..ekeke.. boleh laaa. Esok nak gerak, malam semalam baru terhegeh – hegeh pi tukar duit.. duit kita Rm7.30.. duit dorang 100 Peso.. saya tukar hampir Rm500.. dapat 6800 Peso..wekeke.. kaya makcik malam tu kejap..


1st day – 31 October 2014

Yang saya ni pula, seawal jam 6 pagi lagi bergerak dari rumah memandangkan kami bergerak pada hari bekerja, takut jalan jem ler konon.. pi rumah kawan lagi ambik kawan yang sama – sama pergi, pas tu minta yang tersayang hantar kat airport..(opss..yang tersayang?...ekeke)

Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 1 jam 30 minit dari lapangan terbang terminal 2 Kota Kinabalu terus ke lapangan terbang Manila. Sampai di sana, sudah ada Mr. Menrad selaku pemandu pelancong merangkap pemandu bas mini menunggu ketibaan kami.




Dari airport sebelum sampai ke kota raya, menyaksikkan pemandangan yang kurang sweet kalau bagi pendapat saya lah. Tak pasti pula pendapat orang. Kalau saya lah jadi pemerintah Negara dorang ni, saya akan buat pemandangan pertama pelancong mestilah yang cantik – cantik dan sedap mata memandang. Tetapi mata kami ini disajikan dengan pemandangan rumah – rumah setinggan yang tidak  teratur. Kata kawan, seperti kita berada di KK. Ini adalah kerna, kebanyakan pendatang asing yang membanjiri negeri Sabah adalah warga negara Philippine. Memang tidak dapat dinafikan, tidak jauh bezanya mereka yang ada di Sabah dan di sini. Kalau di Sabah, dorang ni suka menjual rokok – rokok haram di tepi – tepi jalan raya, jual produk kecantikan dibawah – bawah pokok.. jual macam- macam la kat mana saja dorang suka, dimana ramai orang lalu lalang, disanalah mereka ada. Siapa yang pernah datang ke Sabah, anda pasti telah temui keadaan ini. Mungkin kita patut puji semangat dorang mencari rezeki walaupun tak sedap mata memandang dan mengganggu orang ramai.

Menyelusuri jalan – jalan sebelum sampai ke destinasi sedikit rasa teruja jugalah sebab ada pelbagai perkara yang berbeza dengan tempat sendiri. Satu perkara yang saya paling puji pasal lalu lintas dorang ni. Manila ni kalau kat tempat kita macam KL. Tapi yang peliknya lampu isyarat jalan raya dorang boleh dikira dengan jari. Lalu lintas dorang memang paling sesak teruk, dua lorong boleh pula jadi tiga lorong..tapi selama berada di sana langsung tak jumpa pula kemalangan jalan raya. Kita boleh berbangga dengan kereta buatan Negara kita.. dorang kat sana lagi hebat sebab semuanya kereta import.. driver sebelah kiri.. ekeke


salah satu kenderaan istimewa disini

Perkara pertama yang bos kata adalah “makan”. Pehh.. saya nak makan apa ni? Saya  memang dah rancang nak bawa mee maggi pada mulanya. Tapi kawan ni kata ada jual kat 7 eleven.. menyesal tak sudah.. macam mana nak beli mee maggi, semuanya tada tanda halal. Diaorang bawa masuk kedai makan, terus terbantut rasa lapar apabila terpandang perkataan “Pork”. Bertabur restaurant KFC kat sana.. tapi maaflah.. Cuma mampu memandang.

Alhamdulilah, Mr. menrad ni selalu bawa pelancong muslim juga.. jadi tiada masalah untuk beliau tunjukkan dimana kedai makan halal. Tapi tu la.. mungkin agak sukar juga tuk kita yang baru sampai disini mencari dimana ada kedai makan halal… Alhamdulilah, sedap tak sedap tu belakang kira.. siap bungkus lagi satu untuk makan malam punya.




Malam pertama kat hotel, ingat nak rehat kat bilik. Tapi semua kawan – kawan nak ronda – ronda kat mall berdekatan.. ikut jugalah. Mata saya liar memandang sekeliling.. mencari wanita bertudung.. ada juga la dalam seorang dua.. jadi saya rasa saya tak pelik berada disana.  

Dah balik tu, terus rehat.. panas hati gak dengan kawan sebilik ni, dia Tanya sama ada saya nak tak  tukang urut? Dia nak dia kata, saya kata, saya tak nak. Memaksa pula tu, akhirnya dia mengalah, datang ler tukang urut pempuan tu kat bilik. Saya dah tidur, saya malas nak peduli. Sedap – sedap tidur dia kejutkan saya, rupanya nak pinjam 200 peso sebab dia takde duit kecil, rasa nak ngamuk pun ada tau, dah la tadi dia ganggu, ni ganggu lagi.. macam – macam hal. 1 jam urut 900 peso.. maaf lerr.. saya tak suka berurut.. saya geli.

No comments:

Post a Comment