Wednesday, November 6

KUNDASANG AKU DATANG..



Tiba – tiba hilang idea nak menaip cerita apa..yaii. Tapi sebenarnya nak bercerita tentang perjalanan ulang alik kami semalam pergi ke Kundasang. Seronok sangat – sangat. Memandangkan tiada apa aktiviti pada cuti awal muharram ni, abang long kata jom pi kundasang menikmati keindahan alam.





Jam 7 pagi kami bergerak dari Tuaran ke kundasang. Nyamannya suasana dengan kabus tebal menyelubungi  laluan perjalanan. Sepanjang perjalanan aircond kereta dimatikan, tingkap dibuka luas - luas.. sejuk sangat – sangat. Pemandangan alam kiri dan kanan awal pagi yang mengasyikkan sepanjang laluan. Dari jauh gunung kinabalu melambai – lambai dan kelihatan juga dari jauh air terjun di sisi gunung pasti sejuk airnya.






Perjalanan dari Kota Kinabalu ke kundasang memakan masa dalam 1 jam lebih atau pun 2 jam bergantung kepada keadaan lalu lintas kenderaan ketika menuju kesana. Jalan menaiki bukit agak menyukarkan kepada lori – lori besar menyebabkan perjalanan menjadi lambat tuk kita yang kereta kecil ni.. terpaksa mengekor pakcik lori besar. Kalau rasa da selamat baru la dapat potong, tu pun kena juga berhati – hati kerna jalan raya macam ular kena pukul..ekeke.


Kali terakhir sa datang ke Kundasang adalah pada tahun 2002. Pas tu dah tada kesempatan lagi nak datang. Bila ada kenderaan sendiri ni alhamdulilah dapat lagi menjejakkan kaki ke sana. Pekan Kundasang sekarang dah berubah bukan macam dulu lagi. Jalan raya sudah pun dilebarkan, maksudnya pembangunan infrastukturnya semakin diperbaiki. Ok la ada perubahan sikit.



Destinasi pertama kami adalah ladang lembu Desa Dairy Farm. Kelakarnya kami, kami datang kesana semata – mata mahu menikmati keindahan alam sahaja bukannya nak sangat tengok lembu pun. Kat kampung kan ada membela kerbau, jadi tengok lembu pun macam tak sangat nak tengok. Memang kawasan tu menarik macam kita berada di luar Negara. Berlatar belakangkan gunung kinabalu, dengan kabus tebal sungguh menarik. Ada pula pengantin ambil gambar kahwin dengan lembu – lembu kat kawasan ladang tu, kekeh – kekeh kami ketawa tengok.  Tak pasal – pasal mati kena pijak lembu, tau pun terpijak tahi lembu.. macam – macam hal










Destinasi kedua kami sebenarnya nak pergi mesilau, tapi malangnya sorang pun tak tahu mana tempat tu ekeke.. kakak yang jaga kaunter ladang lembu tu dah bagitau Cuma kami jer yang was – was nak masuk. Tapi sebenarnya tempat yang kami tuju tu da betul. Memandangkan dari rumah satu apa pun tak makan atau pun minum, kami singgah sebentar di satu tempat makan makanan yang kami bawa dari rumah. Air milo panas makan nasi goreng sambil menikmati keindahan alam.. best. Pas makan ajak abang balik ke pekan Kundasang.


Destinasi ketiga dan terakhir kami berada di kawasan pekan Kundasang sahaja iaitu Kundasang War Memorial. Ni la salah satu tempat yang harus disinggahi jika ingin datang ke Kundasang.
 

















Jam 12.30 kami bergerak balik dan sempat lagi singgah sekejap memborong sayur - sayur segar yang murah harganya. Alhamdulilah semuanya selamat.. syukur dapat juga menikmati keindahan alam tuk hari ni.