Wednesday, October 11

KEMBALI BERSIARAN

Hari ini cuba untuk memulakan penulisan yang sudah sekian lama terabai disebabkan kesibukan diri dan beberapa masalah yang sulit untuk diselesaikan... alhamdulilah. Kemana menghilang selama ini..ekeke.. bukan menghilang, masih ada lagi dan kini kehidupanku berubah 360͒. Jika dulu, cerita lebih kepada kehidupan seorang gadis yang belum berpunya dan bebas membuat keputusan hidup. Namun kini sudah menyandang status seorang isteri malah seorang ibu kepada seorang baby lelaki comel.

Benarlah, kadang bila kita menginginkan sesuatu yang kita harap- harapkan tapi Allah uji kita dengan tidak memakbulkan keinginan itu sebenarnya bukan Allah jahat tapi bersyukurlah ada yang lebih baik Allah akan beri... begitulah yang terjadi dalam kehidupanku. Siapa sangka & siapa menduga rupanya jodoh ku adalah saudara kepada sahabat baikku sendiri yang sama - sama belajar dengan ku di polikk... bila aku ingat kembali perjalanan kehidupanku mencari cinta hati aku tersenyum. 

Semuanya bermula bila nasib malang menimpa aku dalam mencari cinta hati... asal ada jejaka yang ingin berkawan dengan ku mesti ada masalah... kebanyakan cuma ingin mengambil kesempatan berkawan untuk menjadikan aku mesin duit dikala mereka kesempitan. Ada juga yang baru pertama kali berjumpa sebab nak berkenalan... aku di reject terus sebab terlalu comel dan montel... ekekeke. Semuanya kebanyakan ada agenda masing - masing. Akhirnya aku pasrah, aku berhenti berharap & mencari. Aku mula sibukkan diri dengan kuliah & kerja krafku.

Entah apa angin pada hari itu tiba - tiba sahabatku meminta aku chat dengan saudaranya. Aku layan acuh tak acuh ya la... tak mengharap... ekeke. Mungkin sudah tertulis dalam loh mahfuz begitulah perjalanan kehidupan ku ini... pada 01.04.2014 kami mengikat tali pertunangan. Apa yang menariknya semua kawan - kawan kerja suamiku tidak mengetahui bahawa dia sudah bertunang... dan aku sendiri cuba merahsiakan jejaka yang menjadi tunanganku... ekeke

Genap setahun bertunang... akhirnya kami melangkah ke alam perkahwinan. Riuh kawan - kawan sekerja suamiku apabila mengetahui bahawa dia akan berkahwin, dan ada juga yang tidak percaya. Tak tau la kenapa.. mungkin sebab dia ni jenis yang tidak berani berkawan dengan perempuan, dengan aku sendiri pun sebelum kami bertunang tidak pernah sekali pun ada berkata yang dia ingin mengambil aku menjadi isterinya., tau - tau jer kata nak bawa keluarga dia jumpa mak & ayah kat kampung. Alhamdulilah kehidupan ku kini semakin bertambah baik dan ceria dengan kehadiran cahaya mata penyejuk hati Muhammad Ammar Amsyar. Bila bekerja ni sentiasa rasa nak balik cepat- cepat menatap & melayan kerenahnya. Semoga Allah sentiasa melindungi keluarga kecil ku ini... Amiinn 





2 comments:

  1. Tahniah dari blogger Warna Nostalgia

    ReplyDelete
  2. Terima kasih... akhirnya dapat juga bersiaran kembali...ekeke

    ReplyDelete