Monday, July 29

SUNGKAI DI GAYANG



Sungkai, Perak? Ekeke..bukan , di sabah perkataan sungkai bermaksud berbuka puasa. Tidak ada kene mengena dengan Sungkai Perak. Agaknya kalau ditukar Sungkai, Perak tu ke bahasa sabah jadi.. berbuka puasa, Perak..En. Ariff  la ni ajar..ekeke..jangan marah no, nanti kena jual.

Front



Melayan anak manja

Sabtu kuliah seperti biasa, namun pada minggu ni tidak bertemankan si kuda putih kesayangan ku itu. Si kuda putihku balik kampung dengan abang – abang tersayang. Ahad selepas kuliah habis, dorang datang ambik, terus fikir – fikir mau bersungkai dimana. Sebenarnya teringat – ingat dengan masakan ketam lembut goreng kegemaran sa. Bila makan ketam lembut ni pasti terasa kelembutan dan kelazatan isinya, lebih – lebih lagi ketam segar..orang peneng bila lagi nak mai sini?
 

Hidangan da sampai..jom makan


Dalam fikiran ni asyik teringat restaurant Gayang jak kalau mau makan makanan laut. Lagi pun restaurant ni tidak jauh dari Poli. Restaurant Gayang ni adalah salah satu restaurant makanan laut di sabah yang cukup terkenal kerna kesegaran makanan lautnya, masakannya yang enak dan harga yang berpatutan. Tapi yang paling buat sa gembira datang ke sini sebab ini lah salah satu bangunan hasil dari lukisan pelan yang sa buat..maka wujudnya restaurant Gayang. Sa ada berniat mau bawa seorang kawan istimewa makan disini, tu pun kalau dia sudi.. sa tau dia merajuk..alaa sa tak pandai pujuk..waaaaaaaaa.
 
Ekekeke...selesai..Alhamdulilah


Makan bersama abang – abang, kakak ipar dan melayan keletah anak buah kesayangan amat menyeronokkan. Lebih – lebih lagi melayan si Aliff anak buah sa yang comel dan montel ni, buat sa dan dia ketawa saja. Aliff anak baik. Alhamdulilah, kenyang. Aliff pun da ngantuk, masa untuk pulang. Kepada kawan – kawan yang mau datang sabah, jangan lupa singgah makan di Restaurant Gayang Kg. Baharu, Jalan Sulaman, Tuaran..pasti berbaloi. 

Cik Afra yang makan..ekeke nyummmm dapnya





2 comments:

  1. Meriahnya waktu bersungkai di Sabah. Di sini kami hanya jalan2 di Sungkai Perak

    ReplyDelete
  2. kalau en. ariff mai sini..cik afra akan bawa en. ariff makan sini no..wajib

    ReplyDelete