Sunday, July 7

TUDUNG BARU DAN NENEK PEMINTA SEDEKAH

Perut masih lagi kurang selesa ketika ini. Ini lah pukulan minuman kopi yang menjadi kegemaran sa setiap hari. Namun harus menerima hakikat yang sa kena berhenti meminumnya bila gastrik yang muncul. Bermula dengan perut kembung berangin,sapu jak minyak panas sambil layan anak - anak buah tengok cete upin ipin. Jam 12 malam mula meragam. Adoi.. tak senang tidur dibuatnya bila tahap kesakitan tak mampu tertanggung. Apa yang dimakan pada waktu petang semuanya dimuntahkan. Badan jadi lesu. Adik pun nda senang hari lalu mengajak ke klinik waktu itu sudah jam 3 pagi dengan keadaan semua kawasan Putatan dilanda Black Out. 

Hari sabtu, terpaksa juga ke kuliah dengan kesakitan, berdoa dalam hati agar jangan la mencari tandas ketika dalam perjalan. Alhamdulilah, selamat sampai juga di rumah Miss Herlina yang sememangnya sudah menjadi rumah kedua sa ketika hari - hari kuliah hujung minggu. Sampai jak terus cari bantal dan tidur, ganti balik ketiduran yang terganggu. Kalau dulu sa menginap di hotel kawasan polikk, tapi dimarahi oleh Miss Herlina katanya buat apa membazir duit, sedangkan rumahnya ada untuk sa tumpang menginap hujung minggu, lagi pun Miss Herlina bersendirian tinggal dirumah tu dengan pikacu juga la. Alangkah baik hatinya Miss Herlina. Terima Kasih Miss Herlina.

kelas tengah hari tak mampu sa hadirkan diri, ketika itu mata masih lagi mengantuk tahap ultarman tanduk kerbau kata anak buah sa 'adel'..ekeke.. ada pula ultarman tanduk kerbau. Rupanya ultarman tu yang bertanduk, yang kerbau tu pula sebab keluarga sa ada memelihara kerbau, jadi bila balik kekampung dorang mesti memerhatikan kerbau.

Petang ahad, selepas balik kuliah singgah kejap membeli barang - barang "Afra Cumil Craft", letak kete tidak jauh dari KK plaza, masuk ke KK plaza berkenan dengan tudung cantik, beli 3 helai. Dalam hati berniat selepas keluar dari KK plaza mau singgah makan kejap di satu kedai makan yang tidak jauh dari kedai yang mrnjual barang - barang karft. Sudah selesai membeli tudung, alhamdulilah kedai makan tu masih lagi buka, dan sedang ramai pelanggan, ada meja yang belum lagi di kemas, sa duduk meja kecil di sudut dinding.

Setelah minuman sampai, tinggal menunggu makanan sampai, Tiba - tiba datang seorang nenek menyentuh bahu sa. Nenek peminta sedekah, kenap la masa tu sa menggelangkan kepala tanda tidak mau memberikan dia wang sedekah walau pun rm1.. issskkk kejamnya. kenap ya??.. dia pun berlalu, dan perasaaan sa ketika itu sebak. Kenapa la sa menggelengkan kepala tadi ya, selalunya sa akan menghulurkan seringgit dua walaupun sa tahu ada orang niatnya meminta sedekah ni jadi sumber mata pencarian, yang nenek tu pun sa tengok poketnya penuh dengan duit syiling kiri dan kanan. Mungkin sa yang terkejut sebab tiba - tiba nenek tu muncul dari belakang dan terus menyentuh bahu sa.Sa sebenarnya ta peduli sangat peminta sedekah ni, kalau kita ikhlas bagi jak la walaupun kita tau ada sesetengah orang tidak sepatutnya buat macam tu.

Malam ni di rumah, baru sa sedar yang tudung 3 helai yang baru sa beli tu tertinggal di kedai makan tu.. Ya ALLAH.. Allah dengan cepat dah ganti sedekah sa untuk nenek tu, kepada orang yang terjumpa tudung yang sa beli tadi, ambil jak la, dan pakai dengan izin sa sedekah la tudung tu untuk kamu. Semoga Allah mempermudahkan Urusan kita semua dunia dan akhirat..aminnn 

1 comment:

  1. Salam...Insyaallah akan ada lagi baik yang Afra akan dapat.

    ReplyDelete