Tuesday, August 20

ALL IN ONE



Lamanya tak update blog..kan?. so kali ni, sa buat cete istimewa sepanjang cuti hari raya sa selama 13 hari..lama kan cuti?.. panjang lebar ni, jangan jemu ya..ok selamat membaca.




01 - 02/08/2013

Raya pun da mau dekat, hari membeli – belah keperluan hari raya pun tiba. Macam ni lah rutin setiap tahun bila hari raya, tugas sa adalah memestikan semua keperluan untuk hari raya perlu ada dan mencukupi. Perbelanjaan hari raya sama- sama dikongsi dengan adik beradik..alhamdulilah kerjasama semua ni buat hari raya tambah bermakna. Kalau dah berbelanja tu, macam buka kedai runcit, penuh kuda putih dengan barang - barang..sabar jak la. Selalunya, sa akan senaraikan setiap barang yang perlu di beli, siap taip dan print lagi. Sebenarnya ini lebih memudahkan untuk membeli, biasalah perempuan kalau da soping tu mesti senarai barang sentiasa ada ditangan, siap bawa pen lagi untuk tanda mana yang da dibeli. Lagi pun kalau ada senarai barang ni kita dapat mengagak berapa kos pembelian dan paling penting sekali terhindar dari membeli barang keperluan yang tak penting pun.. ini la cara sa berjimat bila membeli belah musim perayaan. Bila mau dekat – dekat dengan musim perayaan, jalan raya sesak, pusat membeli belah sesak, parking kereta penuh, orang parking kereta sesuka hati menyebabkn lagi kesesakan..akhirnya jam 10 malam baru sa siap membeli – belah..masa untuk balik rumah.
 
03/08/2013
Awal pagi yang dingin.. hujan lebat. Misi hari ni adalah balik ke kampung. Balik ke kampung raya tahun ni berbeza sedikit kerna drive sendiri kuda putih dan ditemani pikacu. Selalu tumpang abang balik atau balik naik bas atau pun untuk lebih rasa seronok balik kampung naik keretapi..best sangat. Rugi siapa yang tak pernah naik keretapi. Pikacu terpaksa dibawa balik ke kampung sebab Ms. Herlina balik ke Tawau naik kapal terbang ,cian pikacu tinggal dengan mama angkat..ekeke. Berdasarkan planning asal, pagi ni sa ke pasar borong ikan sebelum meneruskan perjalanan. Cari – cari ikan basung dengan keadaan hujan renyai - renyai, mau buat laksa peneng time bersungkai nanti sebenarnya..malangnya langsung tiada seekor ikan basung pun dijual..sedih. bila sudah kepasar borong ikan ni semestinya memborong la banyak – banyak untuk dibawa balik ke kampung, ini kerna harga ikan di sini lebih murah berbanding harga yang dijual di pasar ikan Beaufort. Semuanya suda selesai..jom3 balik kampung..berhati – hati di jalan raya Cik Afra. 


 


Bila sampai di kampung..amboi, anak – anak buah da siap – siap menunggu bukannya menunggu makcik kesayangan dorang ni tapi menunggu pikacu yang cumil lagi gedik sampai..huhuiii. Alhamdulilah, setelah 2 bulan tak balik ke kampung disebabkan berjuang mencari ilmu dan rezeki..akhirnya terubat rindu menatap wajah mama. Love u mom muahh.
 



04/08/2013
Alhamdulilah, dapat juga berkesempatan bersama keluarga makan sahur puasa tahun ni. Dengan hidangan ala kadar, kami meneruskan puasa hari yang ke – 26. Selepas solat subuh, bermula lah misi di dapur..mengemas, membasuh dan segala – galanya. Macam ni la setiap tahun, tiada lagi orang yang boleh diharapkan untuk membuat kerja – kerja dirumah, ada kakak tapi sudah ada keluarga sendiri dan mempunyai rumah sendiri, adik yang sorang tu pula lambat lagi balik kampung, masih lagi bekerja. Sa, mama dan adik bongsu lah yang berbahagi tugas di rumah. Adik bongsu mengemas ruang tamu, sa mengemas dapur dan mama mengemas luar rumah...penatnya. 

Tidak sedar yang masa berlalu begitu pantas, tau – tau jak da petang. Rumah sa ni banyak pokok kelapa, kalau sudah di kampung ni memang air kelapa muda sentiasa menjadi hidangan pada waktu bersungkai. Ambil buah kelapa muda ni pekerjaan yang mudah jak pun, yang penting galah mesti panjang dan pisau kait tu kena tajam, bising la mulut mama kalau sa yang ambil buah kelapa.. dia takut buah kelapa jatuh atas kepala sa..ekeke.. lex la mom.


Sedapnya minum air kelapa muda masa bersungkai, dengan kehadiran anak – anak buah yang sama – sama memeriahkan Suasana bersungkai walaupun ada yang mengaku puasa maka – maka puasa yang yuk. Yang lucunya lagi, anak buah sa sorang ni puasa makan jak.. haus jak dia minum, bising la mulut atuk dorang, bising sebab air gas kegemaran dia dalam peti sejuk habis di minum oleh anak buah..ekeke. cakap dengan mama..elok la tu habis, ayah tu suka sangat minum minuman manis – manis..emm da habis beli lagi katanya. 




05/08/2013

Puasa yang ke-27. Hari ni jadi pemandu mak cik dan nenek. Cian dengan dorang, tiada kenderaan mau pergi ke pekan beli keperluan hari raya. Ajak sekali mama, tapi ada keje mama  yang belum selesai, kebetulan adik bongsu ada kelas tusyen, luahkan perasaan kecewa la dia, kata dah lama tak jalan – jalan di pekan..cian. lain kali la kita pi lagi..kunun sa memujuk.  Kalau bab membeli - belah ni memang sesuai sangat wanita yang jadi pemandunya. Naluri kewanitaan yang memahami macam mana punya telitinya wanita – wanita membeli barang.. sempat lagi sms Tanya orang cat rumah tu. Dia cakap pempuan ni memang cukup lambat kalau beli barang..ekeke.. harap dia memahami hakikat itu. Lagi senang.. harap nanti dia kasi sa pi membeli – belah sendiri.. dia duduk rumah diam – diam..kan?..boleh?
 


06/08/2013
Tengok mama macam tak berapa sihat hari ni, selsema katanya. Sa suruh dia bersiap, bawa dia pi klinik kesihatan di kampung Padas Damit. Klinik kesihatan tu agak jauh juga dari kampung kami, dan disana la kakak sa bertugas sebagai jururawat. Sebelum ni kakak bertugas di klinik kesihatan ibu dan anak di Mersing, Johor. Bila suaminya yang sebelum ini bekerja sebagai tentera pencen muda, dorang menetap dikampung dan kakak pun pindah bertugas ke tempat kelahiran sendiri. Syukurlah, kakak dapat juga menabur jasa kepada orang kampung sendiri. Tapi kami adik beradik yang lebih rasa gembira dan lega, sekurang – kurangnya ada kakak menetap di kampung, boleh lah menjenguk mama dan ayah.

Selepas dari klinik, sempat lagi kami meninjau ke kampung Bintuka. Majoriti penduduk kampung disini adalah nelayan. Walaupun agak jauh di pekan beaufort, namun semua infrastuktur dan jalan raya amat baik. Ini adalah kali pertama sa datang kesini..kesian.


Balik kerumah, sa meneruskan misi membuat kuih “makmur”, kuih yang harus ada setiap kali hari raya. Kalau tiada ni kuih, hari raya tidak berseri..ekeke..kuih ni adalah kuih kegemaran nenek sa. Bila hari raya jak pasti kuih ni yang pertama kali akan dimakannya. Kuih makmur ni adalah adunan kacang tanah, tepung dan sedikit minyak sapi, apabila adunan sebati barulah di bentuk bulat – bulat kemudian di bakar dalam pembakar. Apabila sudah masak barulah di tabur dengan gula icing..sedapnya.








07/08/2013
Alhamdulilah, semua adik beradik suda sampai, dan berkumpul. Hari ni misi sa membuat kuih kelupis pandan. Kelupis pandan ni juga adalah makanan wajib ada di hari raya menggantikan lemang atau ketupat. kelupis pandan ni adalah nasi pulut yang dimasak dengan santan kemudian dibungkus menggunakan daun pandan. Awal pagi lagi sa sibuk ke kebun mengambil daun pandan yang cantik dan lebar. Semakin lebar daun pandan yang digunakan, semakin senang la membungkus nasi pulut tadi. 

Membungkus pun ada teknik – teknik dan seninya yang tertentu. Sesudah habis dibungkus, mama sudah menyiapkan kuali untuk mengukus kelupis pandan.  Apa yang istemewanya kelupis pandan ni, ia Cuma ada di rumah kami sahaja, susah jumpa di rumah orang lain, suda sa pi beraya rumah orang memang tiada dorang buat..ekeke.. dan masa makan, aroma wangi pandan akan membuka selera. Selalunya kelupis pandan ni dimakan bersama kuah kari,  rendang atau pun kuah kacang..sambil taip sambil telan air liur dibuatnya.





08 – 09/08/2013

1 syawal suda menjelma, syukur alhamdulilah dapat menunaikan solat sunat aidilfitri bersama penduduk kampung di surau tidak jauh dari rumah sa. Selepas solat semua saudara mara sa akan pergi ke kubur membacakan Yassin beramai – ramai. Sa pula yang tak dapat menyertai dorang sebab suda sibuk di dapur dan rumah sudah diserbu. Rumah sa tidak jauh dari tanah perkuburan, jadi selepas saudara mara balik dari sana, rumah kami adalah destinasi pertemuan semua. Meriah sangat – sangat rumah kami awal pagi hari raya, ada saja cerita.

Syukurlah, raya tahun ni adik yang kerja di Johor ada balik, senang sikit hati sa.. dibandingkan dia dan sa, dia lagi pandai memasak makanan yang sedap – sedap. Cakap jak apa makanan yang mau makan pasti akan dimasaknya. Sepanjang dia bercuti hari raya tu.. masak jak kerja dia pagi petang siang malam..ekeke.

2 syawal, sa ajak adik beraya dirumah saudara mara. Bawa sekali anak – anak buah untuk memeriahkan perjalanan. Sekali kira – kira, 15 buah rumah rupanya yang kami da masuk..ekeke.. sampai budak – budak muak tengok kuih raya..sampai ada yang tak mau suda masuk kerumah.. ekeke..



09/08/2013


3 syawal, sa jadi pemandu sumandak – sumandak hari ni. Adik bongsu da siap – siap bagitau sebelum raya lagi hari tu yang dia minta sa jadi pemandu dorang pigi beraya di Membakut. Dengan 4 lagi kawan dia, hujan lagi tu, kami pun bergerak la ke Membakut. Entah la budak – budak ni, sa ni layan jak la.. mana dorang mau pigi sa ikut jak sebab bukan jadi pemandu free..ekeke.. kena bayar beb. Boleh la topup minyak kete. Masa perjalanan balik sa berfikir – fikir pasal budak – budak ni. Muda dan masih belajar di sekolah menengah lagi suda ada boyfriend termasuk adik sa, sa yang da kerja ni pun tada boyfriend.. bukannya jelous.. tapi dorang belum matang lagi. Melihat kepada situasi sosial dorang ni, memang jauh bezanya zaman sa dulu dengan sekarang. Dulu kawan – kawan sa tu la juga kawan sekolah sa. Dorang sekarang ni lain, rangkaian sosial dorang suda makin meluas menggunakan teknologi yang ada.. emm.. muka buku punya pukulan. Sa jumpa seseorang di muka buku juga.. ekeke…nah apa beza?



Sampai dirumah, bergerak lagi kepekan Beaufort dengan adik.  Isi minyak kereta dan adik membeli belah di pasar basah. Selepas itu menuju ke restaurant KFC..pi memborong KFC 3 kotak..ekeke. Malam ni kami ada majlis makan beramai – ramai dengan saudara mara terdekat. Ciannya malam tu, ada makcik dan pakcik kami tak larat suda mau datang makan..ekeke.. perut sarat dengan makanan di rumah terbuka jiran, yang datang Cuma sepupu – sepupu yang kecik dan sumandak – sumandak. Apa – apa pun acara tetap diteruskan.
 






  10 - 11/08/2013
Kepenatan melanda diriku, selama dua hari ni, kaw - kaw rehat. Pagi sibuk di dapur da ok semua.. bantal - bantal dan tilam empuk memanggil. Menjelang malam ada pula aktiviti gambar ramai - ramai.






12/08/2013
Bersiap - siap untuk balik ke KK.. sayu hati tinggalkan mama.. 



13/08/2013
Bangun awal pagi siapkan sarapan, hari ni mau hantar adik ke airport.. alaa da balik JB da tukang masak handalan..ekeke..ok la daaa.



14/08/2013
Tak larat da menaip..kejang jari jemari..ekeke..


2 comments: