Friday, July 5

PANDANG UJIAN ALLAH SECARA POSITIF



Lamanya tak update blog. Sememangnya agak sibuk sekarang ni, dengan kuliah hujung minggu, dengan sedikit tugasan,  dengan tempahan ‘Afra Cumil Craft’, dengan aktiviti dirumah. Kena hadapi semuanya dengan senyuman yang paling sweet  ^______^ barulah hidup lebih ceria. Paling ceria balik rumah kalau ada anak – anak buah kesayanganku, riuh sikit bilik sa bila dorang yang masuk. Misi dorang 1 jak, minta dibukakan youtube untuk melihat kartun Upin Ipin atau pun kartun Ultraman di laptop sa.  Bila dorang tada, home alone jak ni. 

Beberapa minggu ni, Bosan juga tada kerja mau di buat di pejabat, Belek – belek majalah kesayangan sa ni ‘ majalah IMAN’ bil. No. 16. Inilah majalah yang mesti sa beli setiap bulan, dan sentiasa ada dalam kereta di baca masa menunggu lama, di atas meja kerja di baca pada masa bosan tada kerja dan tepi katil untuk dibaca sebelum menidurkan diri, kalau nda beli rasa kerugian. Sa selalu berkongsi membacanya dengan mama sa, dia pun suka majalah ni dan kadang – kadang dia akan bercerita dengan sa apa yang telah dibacanya. Sebelum majalah ni sampai ke tangan mama, sa akan membacanya dulu smpai khatam, sebab mama akan bertanya macam – macam. Dalam erti kata lain sa pula yang kena sedia dengan jawapan..ekeke. Bagus juga ya mama membaca, terbuka sikit pemikirannya dan ada sedikit ilmu yang dia dapat..Alhamdulilah.



Apa yang menarik tajuk salah satu isi kandungannya pada kali ini adalah mengenai ‘Pandang Ujian Allah Secara Positif’ hasil tulisan Prof. Dr. Muhaya Muhamad. Beliau merupakan salah seorang penulis tetap untuk majalah IMAN. Selain itu, beliau merupakan pakar oftalmologi, penulis buku dan penceramah inspirasi yang aktif. Kata beliau’ 3 perkara yang menghalang kita daripada gembira dan bahagia iaitu merungut, mengumpat serta menyesali apa yang berlaku. Oleh sebab itu jangan membiarkan emosi negatif menguasi diri. Apabila diuji dengan kesedihan atau penderitaan, kita hendaklah sabar dan redha menerima ketentuan Ilahi. Manusia mempunyai takdir masing – masing. Tidak perlu menangisi atau menyesali apa yang telah berlaku. Terimalah seikhlas hati kenyataan itu, walaupun bukan senang untuk kita melaluinya. Anggaplah hari – hari yang dilalui adalah hari – hari terakhir kita. Hanya pada-NYA tempat kita meluahkan segala hasrat dan hajat agar kita segera keluar dari penderitaan dan kesengsaraan yang ditanggung ini’.


Alhamdulilah, bila kita membaca sesuatu yang baik seperti majalah ini, Insya ALLAH sedikit sebanyak membuat kita berfikir sejenak tentang diri kita, muhasabah diri. Bila sa ingat – ingat balik apa yang sudah pernah sa hadapi sa selalu tersenyum. Sebab semuanya sudah berlalu dan hanya tinggal kenangan walaupun sukar sangat melupakannya. Bersyukur kerna dapat menghadapinya. Sememangnya hidup ini penuh ujian. Kita jangan terlalu tertekan, didiklah diri kita menjadi orang yang berfikiran positif, menjadi orang yang berharga dan yakin pada diri sendiri. Apa yang penting, kita terus berbuat baik, menghargai apa yang kita ada dan Jangan abaikan kebahagiaan akhirat. 







 

2 comments:

  1. As salam
    Ini yang dikatakan ilmu yang di manfaatkan. Teruskan cik adik manis

    ReplyDelete
  2. akan sentiasa di teruskan en. Ariff

    ReplyDelete