Wednesday, July 17

KERJAYA OH KERJAYA

Ada seseorang sedang menanti cete terbaru blog sa..tettt. Baiklah, sila sediakan tisu atau pun sapu tangan untuk melap airmata anda yang bercucuran semasa membaca cete ini..ekeke joke. Ada sadis sikit cete pada kali ni berkaitan dengan permulaan kerjaya sa sekarang.

Sa bukannya pelajar cemerlang di sekolah, UPSR, PMR dan SPM boleh – boleh la. Keputusan SPM pun “cukup – cukup makan” dan menyebabkan sa tidak dapat menyertai kawan – kawan seperjuangan menyambung STPM. Sedih sangat – sangat sebenarnya dan pilu teramat di hati sebab duduk di kampung sedangkan kawan – kawan lain sudah memulakan persekolahan di pekan dan kawan –kawan yang cemerlang dapat memasuki universiti. Sedang mereka mengadap buku – buku, sa mengadap pokok – pokok getah, membantu keluarga di sawah. Tidak terlintas pun difikiran sa untuk berkerja dibandar, sebab sa memang suka di kampung.

Ditakdirkan sa mendaftarkan diri memasuki pusat latihan GIATMARA Limbawang dan mengambil krusus jahitan..opss bukan menjahit baju tetapi menjahit sarung sofa, dalam erti kata lain membuat sofa sampai siap jadi sebiji sofa yang cantik. Sebenarnya sofa yang lama tu boleh lagi diperbaiki, tapi ramai orang yang buang. Dengan kemahiran, macam – macam boleh jadi. Setelah tamat 6 bulan krusus jahit – menjahit, sa ditawarkan masuk ke Institut Kemahiran MARA Lumut Perak. Gembira bercampur duka la pula, kena merantau ke negeri perak dan meninggalkan famili.

Kalau ikut bidang di GIATMARA, sa sepatutnya ambil krusus jahitan dan upholstery, tapi entah napa pegawai MARA tu tiba – tiba berkata, pendidikan seni SPM kamu kredit ni, sa bagi masuk kamu ambil krusus seni bina la. Ya..sa angguk jak, apa krusus tu pun tada dalam kepala tika tu..ya kan aje. Setelah sampai di sana, bermula la kehidupan berdikari sendiri, berjauhan dari keluarga, suka duka semua la sendiri. Tau keluarga susah, sa jarang minta kirim duit sebab ada elaun dari MARA setiap bulan, tu pun untuk menampung keperluan selama 1 bulan.

Sudah habis belajar, sa terus balik sabah. 3 bulan selepas itu, syukur alhamdulilah sa mendapat kerja pertama sa sebagai pelukis pelan seni bina di sebuah firma arkitek dengan gaji rm800 sebulan. Bermula la pula suka duka sa bila bekerja dibawah orang yang bukan sebangsa dengan sa. Tuhan saja yang tahu bagaimana sa di layan oleh ketua sa, di marah, di herdik. Sa menangis. Ya memang sa tak tau buat kerja sebab sa tiada pengalaman kerja, dan juga bekerja ni tidak sama dengan apa yang sa belajar, jauh sangat perbezaan. Sa kuatkan semangat, tabahkan hati dan simpan azam dalam diri yang sa akan terus bekerja disini paling kurang selama 2 tahun dan janji yang sa akan mencuri ilmu dia. Sa nekad menghadapi hari – hari yang penuh dengan ketakutan semata – mata demi mama yang sentiasa berikan sa dorongan dan semangat.
Pertama kali bekerja, sa diuji oleh ketua sa. Dia sengaja membawa sa ke stor yang busuk, panas dan sunyi. Kemudian dia tinggalkan sa sendirian disana untuk menyukat keluasan stor tersebut. Sa rasa dia mungkin berharap esok sa tidak akan datang lagi bekerja..ekeke. ya la, mana ada gadis cute comel yang akan buat kerja ni. Dia memang tidak tau, sebenarnya gadis cute comel ni lasak orangnya. Sa diuji lagi oleh dia, sa kena kemaskan stor tempat menyimpan lukisan – lukisan lama dan macam – macam barang dalam stor tu. Selama seminggu sa mengemas stor yang panas dan berhabuk, sa berharap jangan la ada ular menyorok. Sa lalui setiap ujian dan arahan dengan tenang walau pun di marah tak tentu pasal.

Masa berlalu dengan pantas. Siapa sangka akhirnya sa Berjaya mencuri ilmu ketua sa selama 5 tahun tu.. ekeke. Rahsia kejayaan sa mencuri ilmu dia adalah melalui belajar dengan tekun. Jangan la sombong kalau kita rasa dalam diri kita langsung tiada kemahiran, jangan malu bertanya, jangan cepat patah semangat. Selama 5 tahun tu juga gaji sa rm800 dari dulu dan selamanya, tak pernah bertambah dan tak pernah berkurang. Bila dah Berjaya, sa rasa dah yakin, sa berpindah kerja ke firma arkitek yang sa berkerja sekarang atas sebab disini gaji sa lebih dari gaji sa dahulu. Sa nekad dah pindah kerja walaupun syarikat mengumpan sa dengan menambahkan gaji, maaf dah tak termakan dengan pujuk rayu..ekeke.

Alhamdulilah, sudah 10 tahun berkecimpung dalam dunia seni bina ni, pengalaman pun da banyak. Sa perlahan – lahan belajar lain – lain kemahiran. Dipermudahkan ALLAH, sa dapat sambung belajar secara Sembilan di polikk dengan sijil SPM “cukup – cukup makan” dalam bidang kejuruteraan awam bermula dari sijil sehingga la sekarang sedang menyambung diploma. Semuanya bukan mudah, ALLAH saja yang maha mengtahui apa yang sa lalui. Syukur alhamdulilah.

2 comments:

  1. Pengalaman kerjaya yang penuh dengan suka dan duka. Ada sedih dan ada ketawa sendirian membaca cerita gadis lasak ni. Yang penting ialah setiap kejayaan kita mesti datangnya dari doa seorang ibu kepada Allah. Setinggi mana pun kita memegang jawatan tanpa restu ibu dan ayah suda pasti hidup kita tak kemana. Tahniah Cik Afra kerna berjaya dalam kerjaya selamam 10 tawun...Teruskan menulis ya

    ReplyDelete
  2. terima kasih en. ariff.. kesimpulannya, sa bersyukur kerna di beri banyak kekuatan kiri dan kanan mengharungi setiap halangan. kesabaran adalah kunci sebenar kejayaan.

    ReplyDelete