Thursday, August 29

AKU, WAFI & ADEEL



Bangun!..bangun!..bangun!. kelakar juga dengar alunan lenggok lagu adik mengejutkan anak – anaknya Wafie, Adeel dan Aniq yang sedang lena diulit mimpi. Hari ini adik ipar suda mula bekerja selepas 2 bulan berehat kerna dalam pantang melahirkan anak yang ke – 3. Kesian juga melihat anak – anak buah sa, dengan baju tidur, gosok – gosok mata, baru jam 6 pagi suda dikejutkan. Anak – anak ini akan dihantar kerumah ibu mertua adik sa untuk dijaga disana. Adeel pula membuat kerenah awal pagi ni, tidak mahu memakai selipar tapi ingin memakai kasut. Adik bertegas mau Adeel memakai selipar sahaja, apa lagi, meraung manja la Adeel pagi ni. Sa di dapur baru saja menyiapkan sarapan pagi ni..mee hon goreng. Inilah rutin mereka setiap hari anak beranak.

Wafie dan Adeel yang selalu bermanja dengan sa, bila laptop sa terpasang pasti permintaan dorang berdua adalah cerita kartun Upin Ipin, Ultarman atau Mr. Bean. Tidak pula dorang bosan asyik tengok cerita yang sama berulang – ulang sampaikan jalan cerita pun dorang dah tau. Balik dari kerja selalunya sa lah yang ditunggu – tunggu jika semalam sa ada berjanji akan pasangkan kartun Upin Ipin. Tapi tidak semudah itu, sebelum pasangkan kartun Upin Ipin sa akan menyuruh dorang berdua mandi dahulu kemudian makan. Masa makan pula, sa yang akan suapkan dorang siap sa ugut lagi, siapa yang tidak makan banyak sa tidak kan belikan permainan dalam kotak.. ekeke. Ini la rutin sa setiap hari di rumah.


Bezanya kehidupan sa waktu kecil dengan kehidupan dorang sekarang, lebih – lebih lagi bila kedua ibubapa bekerja. Syukurlah sa membesar dikampung, ada mama 24 jam bersama walaupun ayah sentiasa berjauhan dengan kami. Anak – anak sekarang ni  cepat belajar menggunakan teknologi yang ada terutamanya Ipad, kita tak payah ajar pun dorang dah tau bagaimana mencari dan bermain game. Sa selalu melayan mereka berdua bercerita, tak kisah la apa jak cerita merapu dorang sa akan layan. Kadang – kadang ada juga pertanyaan yang perlu sa jawap walaupun jawapannya berdasarkan logik akal sa sendiri. Awas, setiap apa yang kita cakap pasti dorang kan ingat tu.. ekeke.. elakkan menipu bila kita melayan anak – anak bercerita.  


No comments:

Post a Comment