Thursday, August 22

Love Roses



tik tok tik tok...Cepatnya masa berlalu tanpa disedari. Kesibukkan melanda diri bermula dari cuti hari raya balik kampung sampai la sekarang. Seharian di penuhi dengan pelbagai aktiviti. Minggu lepas dan minggu ni misi sa ialah berusaha menyiapkan  500 tempahan Afra Cumil Craft. Penat tapi berbaloi. Seni kraftangan ni adalah salah satu cabang seni di dalam banyak – banyak seni. Membuat kraftangan ni memang perkara yang sa paling suka. Selain dari membuat kraftangan untuk Afra Cumil Craft, sa juga minat sulam kait, sulam silang pangkah, membuat manik di baju dan menjahit..macam sumandak sabah terakhir jak..ekeke. semua ni bakat terpendam ni, jarang – jarang ditemui.. spesis cam ni hampir pupus da ni di muka bumi ekeke. Sulam kait ni sa belajar dari nenek muda sa, umur baya kakak sulong tu yang kena panggil nenek muda, tapi dia suka kami panggil dia grandma.. updated sikit katanya. Dia la yang ajar sulam kait, sa ingat lagi mula – mula dia ajar buat sarung kotak tisu, dan paling susah buat kopiah 2 warna siap ada corak – corak, sebulan baru siap. Paling seronok buat kasut dan topi baby yang comel. Sulam silang pangkah lak kakak sulong yang ajar, ini pun best juga, buat corak pemandangan la, corak bunga – bunga la, macam – macam ada. Siapa yang datang rumah sa, boleh la melihat koleksi – koleksi sulaman di dinding ruang tamu rumah kami. Buat manik baju dan menjahit lak boleh la buat sikit – sikit, ada juga minat ni mau tambah kemahiran dalam bidang sulaman dan jahitan. Tapi bukan sekarang, nanti la da habis study InsyaALLAH.


Membuat kraftangan ni bermula dari minat dan rajin. Kalau ada yang berminat tu apa salahnya jadikan membuat kraftangan ni salah satu pendapatan sampingan macam sa buat sekarang. Tak payah kedai, post jak sana muka buku. InsyaALLAH, ada rezeki pasti ramai yang berminat membeli. Semalam sa ada keluarkan design brooch terbaru untuk Afra Cumil Craft, baru post gambar dalam masa 5 minit dah ada orang bertanya. Inilah mudahnya kemudahan teknologi kita sekarang. Sambil membuat brooch tu sambil – sambil juga fikir apa nama yang sesuai untuk design baru ni..emmm.. tiba – tiba teringat seseorang nun jauh disana tapi sentiasa dekat di hati, terus abadikan ingatan ni dalam kraftangan terhasilah nama “love roses”..sweet..kan?  Sebelum ni dah berusaha juga buat love roses ni,  tapi hilang semangat sebab langsung tak menjadi. Tok guru sa suruh sa belajar dari youtube..tapi langsung tak menjadi juga. Semalam cuba kaji kesilapan kenapa tak jadi, emmm..rupanya dah silap gunting kain daaa, patut la tak jadi..ekeke. 

 
Emm.. amboi gelak sakan Nampak?... tu buku bila nak buka? Exam lagi 2 bulan ni.. waaaaaaa..*______*
 

No comments:

Post a Comment