Wednesday, November 6

LA TAHZAN



Antara menonton berita di tv dan membaca, sa lebih suka membaca. Menonton berita di tv bagi sa amat membosankan, lebih – lebih lagi berita yang dipaparkan kebanyakan mengenai politik. Sa bukan salah seorang anti politik, Cuma kurang berminat dengan cerita politik. Dari tengok cerita politik lebih baik sa tengok cerita kartun..ekeke. Walaupun dah tua Bangka cam ni, kalau anak – anak buah sa menonton kartun semestinya sa adalah salah seorang diantara mereka yang turut sama menonton..ekeke. 

Opss..bukan nak cete pasal kartun ya, nak cete pasal buku. Biasalah minat membaca ni, buku dan majalah agama yang berfaedah adalah satu kemestian yang perlu dimiliki. Membeli majalah atau buku setiap bulan sudah menjadi satu kewajipan untuk sa. Sa sayang buku – buku dan majalah yang sa beli. Sa tak suka buku – buku sa rosak, dan oleh sebab itu sa akan balut kulit buku – buku dengan plastik khas tu sebelum sa mula membacanya. 

Satu hari tu cam biasa sa ke masjid berhampiran dengan tempat kerja sa. Sa Nampak banyak rak –rak buku kosong dikawasan ruang solat wanita. Tiba – tiba terdetik dihati sa, alangkah eloknya sa isikan sahaja majalah dan buku – buku agama kesayangan sa di rak – rak kosong tu. Semua orang boleh mendapat ilmu yang bermanafaat. Laju la pula otak sa berfikir..ekeke..kan elok kalau sa boleh jadikan ini satu projek kemasyarakatan, ajak kawan – kawan lain wakafkan majalah dan buku – buku agama untuk masjid ni..kan? InsyaALLAH..semoga ALLAH permudahkan. Alhamdulilah, sebahagian dari majalah dan buku kesayangan sa sudah pun mengisi kekosongan rak buku yang ada di masjid tu. Dengan niat hati sa mudah – mudahan setiap orang yang membacanya akan memperoleh ilmu yang bermanafaat untuk disebarkan kepada umat islam yang lain. 

Alamak dah lari tajuk ni..ekeke, sa sebenarnya mau bercerita tentang buku yang sa baca sekarang ni tajuk dia “La Tahzan” atau “Jangan Bersedih” kerna setelah kesulitan pasti ada kemudahan. Buku ni adalah buku yang terlaris di Malaysia hasil tulisan Dr. ‘Aidh bin ‘Abdullah Al Qarni dan diterjemahkan kedalam bahasa melayu oleh Noraine Abu. Buku ni lama da sa beli 18.01.2012, dah nak – nak masuk 2 tahun pun separuh tak habis lagi di baca ekeke. Muka surat sampai 613 sekarang sa baru kat muka surat 81. Sa sayang sangat buku ni. Sa beli buku ni pun sebab putus cinta dengan mamat tu dulu..ekeke. Selepas membaca buku ni Alhamdulilah banyak manafaatnya yang akan membuka pintu minda dan akal fikiran kita.. sa muhasabah diri selepas membaca buku ni.


Secara keseluruhannya, buku ini memang terbaik untuk kita semua baca. Terutama sekali untuk mereka yang menghadapi masalah dalam kehidupan terutama sekali mereka yang ragu – ragu, gelisah, dukacita, menderita, bersedih, sukar membuat keputusan, hilang harapan, hilang arah tuju, kecewa dan pelbagai lagi. Miliki dan bacalah buku ini, pasti buku ini akan mengatakan kepada anda “bergembiralah, tenanglah, bersikap optimislah dan jangan bersedih”. Maaf sa bukan penjual buku ni, sikit pun sa tiada kaitan, Cuma sa bantu promo buku terbaik untuk kita semua baca. Mana yang baik kita akan kongsikan bersama agar sama – sama kita memperoleh manafaat, InsyaALLAH.

FOSTER





Mengalirkan airmata tengok cete ni, buat rawan – rawan hati. Dah berapa kali da tengok cete ni, disebabkan petang ni tada apa nak buat buka la lagi cete kat komputer ni. Cete ni tajuk dia ‘Foster’ atau pun ‘anak angkat’ cete mak dan pak salleh.

Mengisahkan mak salleh dan pak salleh yang kepingin nak ada anak. Sebelum ni memang dorang ada anak lelaki sorang tapi meninggal di langgar kete time dia kejar bola masa main ngan mak salleh kat luar rumah. Dorang usaha ler untuk mendapatkan anak, pi klinik buat pemeriksaan kesihatan. Masa kat klinik tu mak salleh Nampak brochure sebuah rumah anak yatim, dia bawalah balik sekeping. Kat rumah dia tunjuk kat pak salleh brochure tu. Pak salleh cam nak tak nak, tapi akhirnya dorang pergi jugalah rumah anak yatim tu.

Masa kat rumah anak yatim tu, mak salleh Nampak ler ada seorang budak lelaki yang comel berpakaian segak, tersenyum memandang dia. Setelah berjumpa dengan penjaga rumah anak yatim tu, dorang balik kerumah. Dalam beberapa hari kemudian datang budak lelaki yang mak salleh Nampak kat rumah anak yatim tu memperkenalkan diri bahawa dia dihantar sebagai anak angkat mak dan pak salleh. Mak dan pak salleh tak percaya, jadi bawa budak tu balik pergi rumah anak yatim. Kebetulan masa dah sampai rumah anak yatim tu, penjaga rumah anak yatim tu sakit, dan baru sahaja mahu dibawa kehospital. Dorang mak dan pak salleh pun Tanya la kat kerani. Kerani pun tak tau apa – apa sebab yang tau mengenai urusan pengambilan anak angkat ni Cuma penjaga yang sakit tu. 

Dorang yakin jer la yang budak ni memang dihantar untuk jadi anak angkat dorang. Bermula la cete dengan budak tu. Budak ni bukan sembarang budak, tapi budak akal panjang, petah berkata – kata, dia tak suka tengok cete kartun, budak ni secara keseluruhannya sebenarnya menjadi orang tengah untuk mengeratkan kasih sayang mak dan pak salleh yang selama ini agak hambar.

Semakin lama hubungan mak dan pak salleh semakin erat, saling berkasih sayang macam dulu – dulu baru kawin. Perniagaan pak salleh pun semakin Berjaya. Kehidupan mak dan pak salleh penuh dengan kebahagiaan. Mak dan pak salleh pun dah jatuh sayang lak kat budak lelaki ni, dan akhirnya mak salleh disahkan mengandung. Bukan main gembira lagi mak dan pak salleh. Satu pagi yang indah, mak dan pak salleh panggil la budak tu turun sarapan, tada turun – turun. Masa tu juga ada call dari rumah anak yatim dan bagi tau yang budak lelaki tu tiada pun dalam senarai anak yatim kat rumah anak yatim tu. Mak salleh terkejut, budak lelaki tu pun dah tada dalam bilik, menangis la mak salleh sambil baca surat budak lelaki tu.

Beberapa bulan kemudian, mak salleh selamat melahirkan anak. Pengakhiran yang menggembirakan. Kesimpulannya apa – apa saja yang berlaku, sebagai suami isteri hendaklah sentiasa berfikiran positif, saling berkasih sayang dan saling memahami antara satu sama lain. Hidup ini bukan untuk bersedih dan berduka, setiap kesulitan pasti ada kemudahan..InsyaALLAH.

Sunday, November 3

KARYA

Agaknya kan..memang orang berjiwa seni ni, apa - apa pun memang penuh kesenian. Ekeke.. sa akui sa memang cenderung kepada seni kejiwangan, seni jari - jari kreatif..dan yang sebagainya. Bila ada masa lapang sa suka menghasilkan karya kejiwangan sa dan kemudian sa akan postkan di page sa. Semua idea ni akan datang dengan tiba -tiba. Jemput la masuk ke page Ayat - ayat cinta Afra Luthfiyah.


Ini adalah beberapa karya kejiwangan yang dihasilkan dari idea yang datang secara tiba - tiba.

Adik sepupu jadi model






Ni tangan adik sa.sombol


Anak buah sa jadi model..ekeke



BALIK KAMPUNG

Alhamdulilah, akhirnya dapat juga balik ke kampung walaupun sekejap. Rasanya dah hampir sikit lagi nak 2 bulan tak balik kampung di sebabkan kesibukan kuliah hujung minggu. Cuti semester dah bermula, inilah saja kesempatan yang ada untuk sa balik ke kampung. Rindu lak ngan mama, cuti hujung minggu yang begitu sekejap. Tadi balik secara solo pun rasa cam malas nak drive.. redah juga memandangkan esok da kerja.


Si comel Zara Arissya pun dah membesar bagaikan juara. Seronok tengok dia, jaga dia pun tak banyak karenah. Tadi gendong - gendong Arissya sampai tetidur, sedap sungguh dia tidur. Masa dia tidur, perhati dia.. kelakar, Arissya tidur sambil senyum - senyum..senyuman ahli syurga.


Wednesday, October 30

TAK PAYAH PAKAI...




Awal pagi bergerak dari rumah Ms. Herlina ke pejabat. Memandangkan kertas peperiksaan berakhir jam 4.30 petang sa teruskan saja bermalam dirumahnya, faham sangat kalau dah jam 4 petang cam ni jalan mula sesak, semua bergerak balik kerumah.

Alhamdulilah, semalam berakhirnya peperiksaan akhir untuk semester ke – 5 sa di polikk. Keluarkan apa saja yang ada, sa paling suka bab mengira – mengira ni. Lebih – lebih lagi bila sa faham jalan pengiraan memang sa suka. Terasa macam cepat pula masa berlalu ketika membuat pengiraan sampaikan tak mau lepaskan kertas jawapan tu lagi bila masa suda tamat..ekeke.. alahai bayangkan saat – saat pengawas peperiksaan tu nak ambil kertas jawapan pun sa sempat lagi minta kat dia bagi peluang tulis 1 ayat... sadis sungguh…ekeke

Sempat lagi ambik gambar sebelum exam bermula


Awal pagi tadi sarapan sendiri, selalu sarapan dengan kawan satu pejabat. Jaranglah juga makan sarapan di kedai kakak ni. Bukan tak sedap, Cuma agak jauh dari pejabat. Memang niat hati mau bersarapan di kedai kakak ni sebab kedai dia jer yang ada jual mee soto. Dari rumah Ms. Herlina lagi sa teringat – ingat mee soto.

mee soto


Sedang makan sarapan muncul kakak tokey kedai ni, dengan seluar ketat, baju lengan panjang ikut body singkat lagi menyerlahkan bontot, dan pakai tudung macam sangkut jer tudung asal – asal tutup kepala. Kalau kakak ni tak pakai tudung sa rasa tada la sa nak kata apa.. lantak la, sendiri mau ingat. Sa muhasabah diri, periksa balik diri sa sendiri macam mana dengan pakaian sa tutup aurat sebenar atau ada juga terbuka?.. tak kisah ler nak pakai fesyen apa, tapi pakai la elok – elok kalau da namanya pakai tudung. Pakai tudung lak jangan la main sangkut kat kepala jer, kalau pakai cam tu baik tak payah pakai... tak faham..


UJIAN



Letihnya mengira jawapan soalan geoteknik ni. Perlu di ulangkaji berulang kali barulah lekat kat kepala..InsyaALLAH. Alhamdulilah belum lagi ada kerja yang perlu dilakukan, sa ambil kesempatan ulangkaji pelajaran sementara ada masa yang terluang di pejabat ni. Bekerja sepenuh masa dan belajar Sembilan adalah dua perkara yang berbeza tapi cukup bermakna untuk dilakukan. Ramai juga kawan – kawan yang single cam sa ni sudah tidak berminat untuk menyambung belajar, dan ada juga yang berminat namun memikirkan kos menyambung belajar menyebabkan mereka akur untuk melupakan hasrat menyambung belajar. Semua ini rezeki masing – masing, syukur alhamdulilah ALLAH bagi sa kesempatan dan peluang.

Awal pagi tadi semasa datang ke pejabat, masa nak letak kereta, memang sa suka letak kereta di kawasan tu, tetapi telah dihalang oleh sebuah kereta. Bertanya – Tanya juga dalam hati, siapa la yang letak keretanya yang makan sampai 3 petak tempat letak kereta? Sekali keluar seorang lelaki yang seperti sa kenali, macam sa kenal, dia ker?

Ekeke.. betul la, rupanya abang Ben. Abang ni kerja sendiri, pasang, membaiki, servis aircond. Kalau peti sejuk rosak pun dia boleh baiki. Sa kenal Abang Ben ni kerna meja isterinya kak Ratna berjiran dengan meja sa di pejabat satu ketika dahulu. Sa mengenali suami isteri ini, mereka amat baik hati, bila sa lewat balik kerja merekalah yang tolong hantar sa balik kerumah. 

Bercerita tadi dengannya sekejap sebelum sa naik ke pejabat. Kesian juga dengar cerita darinya tadi, dia bagitau anaknya yang ke – 2 sekarang lumpuh dari pinggang sehingga kaki. Ini adalah disebabkan ketumbuhan di belakang si anak yang sekian lama baru dapat dikesan. Bila diambil air tulang sum – sum, doktor mengesahkan yang air tulang sum – sum anaknya sudah di jangkiti kuman. Sekarang masih lagi dalam rawatan, dan air kencing pula disahkan berkuman baru – baru ni. 

Sama – sama kita muhasabah diri, inilah ujian dari ALLAH. ALLAH telah berfirman : “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: ‘kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji bagi membuktikan keimanan mereka? Sesungguhnya Kami telah menguji orang – orang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang yang benar dan Dia mengetahui orang – orang yang berdusta’”. (Surah Al – Ankabut: 2-3)  sa doakan semoga Abang Ben sekeluarga tabah dalam menghadapi ujian. Semoga ALLAH bukakan pintu rezeki untuk mereka sekeluarga, dipermudakan urusan dunia dan akhirat..aminn.