Wednesday, November 6

FOSTER





Mengalirkan airmata tengok cete ni, buat rawan – rawan hati. Dah berapa kali da tengok cete ni, disebabkan petang ni tada apa nak buat buka la lagi cete kat komputer ni. Cete ni tajuk dia ‘Foster’ atau pun ‘anak angkat’ cete mak dan pak salleh.

Mengisahkan mak salleh dan pak salleh yang kepingin nak ada anak. Sebelum ni memang dorang ada anak lelaki sorang tapi meninggal di langgar kete time dia kejar bola masa main ngan mak salleh kat luar rumah. Dorang usaha ler untuk mendapatkan anak, pi klinik buat pemeriksaan kesihatan. Masa kat klinik tu mak salleh Nampak brochure sebuah rumah anak yatim, dia bawalah balik sekeping. Kat rumah dia tunjuk kat pak salleh brochure tu. Pak salleh cam nak tak nak, tapi akhirnya dorang pergi jugalah rumah anak yatim tu.

Masa kat rumah anak yatim tu, mak salleh Nampak ler ada seorang budak lelaki yang comel berpakaian segak, tersenyum memandang dia. Setelah berjumpa dengan penjaga rumah anak yatim tu, dorang balik kerumah. Dalam beberapa hari kemudian datang budak lelaki yang mak salleh Nampak kat rumah anak yatim tu memperkenalkan diri bahawa dia dihantar sebagai anak angkat mak dan pak salleh. Mak dan pak salleh tak percaya, jadi bawa budak tu balik pergi rumah anak yatim. Kebetulan masa dah sampai rumah anak yatim tu, penjaga rumah anak yatim tu sakit, dan baru sahaja mahu dibawa kehospital. Dorang mak dan pak salleh pun Tanya la kat kerani. Kerani pun tak tau apa – apa sebab yang tau mengenai urusan pengambilan anak angkat ni Cuma penjaga yang sakit tu. 

Dorang yakin jer la yang budak ni memang dihantar untuk jadi anak angkat dorang. Bermula la cete dengan budak tu. Budak ni bukan sembarang budak, tapi budak akal panjang, petah berkata – kata, dia tak suka tengok cete kartun, budak ni secara keseluruhannya sebenarnya menjadi orang tengah untuk mengeratkan kasih sayang mak dan pak salleh yang selama ini agak hambar.

Semakin lama hubungan mak dan pak salleh semakin erat, saling berkasih sayang macam dulu – dulu baru kawin. Perniagaan pak salleh pun semakin Berjaya. Kehidupan mak dan pak salleh penuh dengan kebahagiaan. Mak dan pak salleh pun dah jatuh sayang lak kat budak lelaki ni, dan akhirnya mak salleh disahkan mengandung. Bukan main gembira lagi mak dan pak salleh. Satu pagi yang indah, mak dan pak salleh panggil la budak tu turun sarapan, tada turun – turun. Masa tu juga ada call dari rumah anak yatim dan bagi tau yang budak lelaki tu tiada pun dalam senarai anak yatim kat rumah anak yatim tu. Mak salleh terkejut, budak lelaki tu pun dah tada dalam bilik, menangis la mak salleh sambil baca surat budak lelaki tu.

Beberapa bulan kemudian, mak salleh selamat melahirkan anak. Pengakhiran yang menggembirakan. Kesimpulannya apa – apa saja yang berlaku, sebagai suami isteri hendaklah sentiasa berfikiran positif, saling berkasih sayang dan saling memahami antara satu sama lain. Hidup ini bukan untuk bersedih dan berduka, setiap kesulitan pasti ada kemudahan..InsyaALLAH.

No comments:

Post a Comment